Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140529

Luth dah 10 bulan baru bertatih sendiri

Sepuluh bulan sudah aku jadi mak manusia paling comel sedunia ni.


Hidup aku pun dah makin terurus. Aku pun dah makin kurus. Orang kata! Okaloh. 
Berjaga malam pun dah jarang sangat, cuma nak boleh tidur tu susah sangat. Apalah yang susahnya nak tidur Luth? Pejam je lah mata. Mana ada orang tidur sambil nyut-nyut susu, Luth. Penat juga mulut mak nak berzikir, bersyair, bernasyid, Luth tak tidur-tidur juga. Kenyang-kenyang Luth bingkas bangun balik. Boleh pula turun katil, sambung main. Tahulah Luth dah pandai turun naik katil sendiri. Eksyenlah, dah tak payah mak tolong. Ingat ye, nak turun kena hulur kaki dulu.


Macam tok ma cakap, mak kecil-kecil dulu 8 bulan mak dah boleh berjalan. Setakat 5 tapak budak umur 10 bulan dah seronok ke? Ngg.. aku  nak berlawan dengan anak sendiri padahal seronok sangat tengok anak dah boleh bertatih. Mula-mula jalan kena slow-slow Luth. Setapak-setapak. Luth ni nak cepat je, nak lari-lari terus..tahulah mak ada tunggu nak dakap kalau jatuh. Mungkin Luth ikut belah ayah lambat boleh jalan. 4 bulan ayah dah boleh jalan itu namanya, besar yang amat punya bohong.


Seronoknya  orang ada gigi 6 batang ye. Ayam goreng pun dah boleh makan ye. . Gigi kapak yang tajam. 

Alhamdulillah Luth tak pernah deman lagi setakat ni. Pagi tadi badan dia panas sangat. Harap-harap tak melaratlah..
Luth ni kuat.

22 ulasan:

  1. Cepatnya 8 bulan dah boleh jalan. Luth pun kalau masuk keluarga kakak 10 bulan dah bertatih cepat juga. Anak-anak kakak kan PB semua boleh berjalan dah setahun lebih. Jenis penakut dan lambat jalan..

    ps: kakak suka tengok bontot dia masa nak turun sofa tu - pandai kan:)

    BalasPadam
  2. dah besar luth ye..bagus luth tak pernah demam..anak saya setiap bulan demam..

    BalasPadam
  3. hahaha..makin comel Luth dengan gaya dia tu..pasni siap2 lah PB nak mengejar plak ye...bila 'dpt kaki' nti lagi kuat main & nak jalan jer...hehe

    BalasPadam
  4. Alala comeynya Luth..aksi duduk gambar pertama tu mengoda..geram pulak..
    skit lagi dah dapat kaki..maknya pulak tak larat nak mengejar..:)

    BalasPadam
  5. luth, pinjamkan montot tu nak babab..muka cheeky sgt tuh. cnfrm ikot maknya :p

    BalasPadam
  6. Amboi! dah besar dah Luth...dah pandai tateh...kena beri tumpuan lebih...sebab budak tahap ni tengah lasak...

    BalasPadam
  7. da anak bujang... da besar kan... smua pon nak buat sendiri kekdahnyer he3... time to xplore da world, katanyer...

    BalasPadam
  8. memng comel bujang PB ni..seronok kan anak membesar depan mata..tunggu dia dah bercakap dan bertanya macam2 pulak nanti

    BalasPadam
  9. masa nilah masa paling penat bagi seorang ibu (walaupun seronok). kena tengok apa dia buat, mana dia pergi. haha, nanti pantang pintu terbuka..laju je dia keluar. tu belum lagi rumah ada tangga. tengok gaya luth pun boleh tau dia ni aktif..anak lelakile katakan

    BalasPadam
  10. cepat tuh dah boleh berjalan..arissa pun masih dok bertiti lagi..tapi tak kesahlah bila dia berjalan secara natural bila sampai masanya..
    bagusnya luth tak pernah sakit yer...yg arissa nie asyik jer demamlh, selsemalah..berat pun tak naik2 dah 3 bulan..

    BalasPadam
  11. dia dah tumbuh gigi tak?anak aku tak bertatih pon lagi tapi gigi dia..humangaih kalah gigi atok dia :D

    BalasPadam
  12. gigi atas dah nk masuk ke5. <- bangga ni

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah...sihat luth yerp noks. Smoga terus membesar bagai johan. Cepat gak dah nak berjalan. Nanti bila dah dapat kaki makin slim lah mak luth ni ☺☺

    BalasPadam
  14. ada gak yg sethn masih x leh jalan ... suka dah ada gigi kan luth . boleh gigit2 la mak ... seronok luth naik turun tuh .

    BalasPadam
  15. Salam.. Cepatnya dia melangkah. Paus lah ibunya nk mengejar lepas ni. Hihihi

    BalasPadam
  16. Ololo cute luth panjat sofa tu ... hehe

    BalasPadam
  17. salam. afne dtg ziarah. cpt juga luth 10 bln dh pandai tatih.

    BalasPadam
  18. heheheh comel luth...oo buli mama yeak.... tapi tu laa boykan mmg camtu.... mcm anak lieya laaaa...tak reti2 penat...kdg2 pelik tgk bateri ape laa dieorg pakai nieh...

    BalasPadam
  19. Cepatnya perkembangan dia berbanding Luth yg seblah sana tu. heheh. Luth ko ni tak penah demam ke sejak kecik? Hebatnya. Untung betul. Syukur alhamdulillah.

    Yg part ajar turun sofa tu sama le, tiap kali dia nak turun, keluar suara gorgon "turun kakiiii duluuu'. heheh. terperanjat la budak kecik tu.

    BalasPadam
  20. Gambar pertama tu macam tengah buat exercise regangan kaki gitu. Memang kuat Ustaz Luth ni. Terserlah kepimpinannya sebagai ustaz di usia muda nanti. Muka Luth ni cute sangat, ikut siapalah agaknya ...

    Mak oi, kalau ya pun nak menipu takkanlah 4 bulan ayah Luth dah boleh jalan. Nampak sangat kepenipuan fakta di situ. Kesian pulak kat ayah Luth ni. Luth, aunty nak pesan ni - kalau turun sofa, biarlah bersopan sikit. Jangan main terjun tiruk kepala dulu ya, sayang!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...