Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140528

Malam berpelita

Tangan laki aku macam sakit sikit. Rasanya tak seliuh, mungkin ada salah urat sikit. Ni angkara kursus Quantum anjuran tempat kerja dia lah. Kekonon kalau kita ada keyakinan diri tinggi. Papan pun kita boleh pecah dengan rileks je. Laki aku kan gagah perkasa, jadi dia pun volunteer pecahkan papan tu. Hajat hati nak pecah 5, 6 keping juga papan tu, tapi katanya Tuan Pengajar pulak tak bagi. Boleh takat 2 keping je. Haruslah terpecah dipecahkan abang yang gagah perkasa.

Dan sudahnya sebulan dah asyik duk mengadu kat aku tangan dia sakit. Okaloh.

Ayukan mak budak ni berkurung sentiasa macam gadis pingitan.

Balik kampung tu, dia dah rancang nak berurut. Malam tu laki aku kata nak pergi rumah tukang urut. Nak mengurut satu badan. Malam sebelum tu laki aku dah buat peragai balik tengah malam dah dekat pagi, jadi malam ni aku nak ikut juga. Tahulah laki aku, kalau dah jumpa kawan-kawan dia memang tak ingat dah anak bini. Tambah pulak berbulan-bulan dia simpan modal nak menyembang dengan kawan-kawan sekampung ni. Jadi untuk mengelakkan aku dengan Luth kena tinggal kat rumah dia, kampung dia. Mahunya aku ikut juga. Ikut ke mana sahaja.

Laki aku mula tu memang tak berapa nak bawa pun. Lagilah aku nak ikut.

Ingat nak pergi dengan motor je, tapi abang kakak ipar aku macam takut-takutkan aku dengan misteri kampung mereka. Rasanya pergi dengan kereta je lah. Aku mengangkut sekali Luth yang tengah tidur magrib tu ikut sekali.

Tempat laki aku menjala ikan.


Rumah dia jauh masuk ke dalam lagi dari rumah laki aku. Lalu kat jambatan simen. Tiba-tiba laki aku berhenti kat tengah hutan. Gelap gelita. Dari lampu kereta aku nampak ada sebuah rumah. Lepas tu perasan orang keluar dari rumah, bawa pelita. Ada lelaki dengan perempuan panggil jemput naik. Laki aku terus on kan lampu kereta sampai aku naik tangga rumah dia. Aku takut-takut juga. Rasa macam tak berapa kukuh je tangga kayu tu. Rumah tu kecil sangat. Pondok mungkin sesuai dipanggil.

Laki aku dah bagi tahu keadaan rumah tukang urut tu. Tapi aku macam tak berapa percaya sangat.
Selain suami isteri tukang urut. Masa aku datang tu ada seoranga nak dara tengah memasak dalam gelap ada sikit cahaya pelita. Juga ada budak perempuan dalam 4 tahun  cucunya makan keropok depan pelita minyak tanah. Aku naik sekejap, Luth yang tidurnya dah terjaga. Mungkin sebab rasa panas sikit rumah tu.

Sebak betul aku. Tak pernah langsung aku terfikir zaman ni ada lagi orang hidup bergelap malam hari. Aku betul-betul rasa sayu time tu..tak tahu nak cakap macam mana. Sekejap laki aku berurut, Luth menangis. Panas satu, satu lagi tempat sempit dan gelap. Tak tahu nak main apa. Serba salah aku minta izin balik dulu. Laki aku hantar aku balik dulu kemudian pergi balik berurut.

Rumah tukang urut lepas jambatan ni. 

Bila teringat anak kecil dan anak gadis aku jumpa malam tu aku mesti rasa sebak. Tak dapat aku bayangkan mereka membesar dalam kesusahan sebegitu. Kalau kita ni, satu malam elektrik putus dah serba tak kena, mereka pula sepanjang malam hidup bergelap.


Laki aku cakap mereka suami isteri orang Thailand itu yang susah nak dapat bantuan. 

16 ulasan:

  1. ada lagi yg hidup camtu...kat kawasan luar bandar ramai kot... sedih kan

    BalasPadam
  2. emmm, sedihnya kan...

    BalasPadam
  3. hadehh.. dah berpuluh tahun merdeka pun masih ada yang begitu.. tak kira la warganegara mana.. tapi kan diorang tinggal dalam malaysia.. layak kot dapat benda asas mcm air dgn letrik.. entah pegi sekolah ke tidak dak pompuan tu kan..

    BalasPadam
  4. mcm baca cite kisah2 20thn lps..masih ade lg yg hidup mcm tuh..kesiannye..

    BalasPadam
  5. meme kesian kan...walopon asal siam..tp dah duk sini..hrmm..anak angkat mak akak(orangsiam) tp diarang senang lenang kat klate..pandai meniaga..baik pulak tu.boleh diharap tengokkan mak kat kg..:)

    BalasPadam
  6. kiranya tngan suami tu terseliuh la eh..tk jgk kn klu xurut ptah ke apa ke kta xtau

    BalasPadam
  7. kalau kita tengok bersama mu ditv3 baru jumpa macam2 kan PB..di ada depan mata..tu yang buat sedih ye PB

    BalasPadam
  8. memang ramai je y susah zaman sekarang ni..
    tapi ramai yang hidup senang..mampu berkaren dalam umah tengok tv ada astro pon masih mengeluh susah..itu lagi susah..

    BalasPadam
  9. Bila balik kampung, banyak merayau memang kita akan dibukakan mata, Banyak lagi yang susah dari kita yang dok mengeluh dekat bandar semua ada nie.

    BalasPadam
  10. Sedih dapat tahu ada rakyat kita yang masih susah macam tu. Kita ni banyak membazir.. kalau banding dwngan orang kehidupan serba kekurangan barulah lebih rasa berjimat sikit..

    BalasPadam
  11. memang kesian, ada juga yang beratap zink, panas sangat siang hari. Luth dah besar aunty tengok, permandangan cantik dan nyaman.

    BalasPadam
  12. sebak membaca n3 ni... ;(

    BalasPadam
  13. Ada lagi yang susah begitu ya... Betul tu PB, kalau satu jam je takda letrik, mahu gelabah macam dunia nak kiamat jek gamaknya. Inikan pulak sepanjang malam. Aduh, kesian sungguh!

    Awat laki hang tunjuk terror sangat. Sepapan je cukuplah. Nak 5,6 papan pastu sakit tangan. Eh, nak nasihat apa pun tak tahu dah! Kira ni ngekor ajelah laki kesayangan tu ya takut tak ingat jalan pulang. Huhuhu....sedih pulak cerita PB ni berbanding dengan cerita keluarga tukang urut tu!

    BalasPadam
  14. sbb dia org thai kot tu yg x dpt mohon api ... redhanya lah mrk tanpa tv , peti sejuk dan lampu ... bertuahnya lah kita kan . eh, tak juga sbb rabak la juga nak membayar bill dek penangan kehendak yg x terhad ...

    BalasPadam
  15. Sianya. Kita yg hidup sempuna ni klu blackout kejap pun mengeluh kan

    BalasPadam
  16. Serius ke ada lagi orang yang susah macam ni? Ketua kampung tak tolong ke? Aih... ni marah ni. Aku rasa makin banyak cerita kesusahan org yg aku dgr sejak kebelakangan ni. Tolong sikti2 mana yg mampu je la. Huhu. Kampung husband ko kat mana?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...