Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140505

Masak


‘Madam’, panggil Budak Nepal. Aku suka benar dia panggil aku madam. The only one man panggil aku madam. Aku perasan macam bos bila dipanggil Madam. Lalu dia beritahu aku dengan bersungguh-sungguh, ‘Saya kampung banyak-banyak masak.’

‘Apa masak?’ Aku faham maksud dia kampung tu tetapi apa maksud masak tu aku tak berapa faham.


‘Itu news, rumah-rumah semua masak. Saya punya rumah masak’, jelas dia lagi.

Sebab aku ni berpengalaman lebih 4 tahun dalam komunakasi dengan bangsa asing, aku dapat tangkap apa maksud dia. Ini pasti bukan berkenaan main masak-masak. ‘Oh, terbakar. Itu api bakar rumah ke?’ Tanya aku lagi, nak dapatkan confirmation.

‘Iya-iya.’ Dia angguk laju-laju, bersungguh-sungguh.

Aku tak ketawakan budak ni walupun dia menggantikan perkataan terbakar dengan ‘masak’. Baru berapa tahun dia masuk Malaysia dia dah boleh bercerita dalam bahasa Melayu. Sebab aku sedar, aku yang dah berpuluh tahun belajar Bahasa Inggeris ni pun lebih teruk daripada dia cakap Melayu. 

Mungkin aku kena kerja kat London baru pandai cakap orang putih kot.

Budak Nepal itu menggunakan perkataan ‘masak’ untuk menerangkan situasi ‘terbakar’. Aku dapat tangkap sebab kat kilang aku tugas budak ni adalah memproses material virgin ke proses seterusnya yang dalam bahasa mudah kami panggil ‘masak’ material. Jadi, bila ada melibatkan kepanasan, dalam fikiranya terus terlintas perkataan masak. Walaupun proses itu tidak melibatkan api tetapi itulah perkataan yang paling dekat. 


Terbakar adalah Panas->masak

12 ulasan:

  1. hehe..teringat catch phrase dak bangla masa awal2 diorang bertapak kat malaysia..

    berapa? baru lama?

    sebab kerja kat stesen minyak..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hijau ka? Kuning ka? Merah ka?

      Padam
  2. Jenuh duk pikir masak ape..ingat kat umah die selalu die masak..rupenye terbakar..im sorry beiya..hehhehe..

    BalasPadam
  3. kahkahkah.. serius kalau saya memang tergelak jugak

    BalasPadam
  4. Wow, kira terrorlah PB ni menganalisa 'bahasa pasar' yang digunakan oleh pekerja asing di Melesya ni. Ingatkan tadi kat rumah dia suka main masak-masak. Rupanya dah habis terbakar alahai....

    BalasPadam
  5. oooooo....bru tau..hehehe

    BalasPadam
  6. hehehe... lama nak menangkap maksud n3 ni !

    BalasPadam
  7. respect lah . klu saya berkerut dahi nak memahami tu sbb mmg x de pengalaman dgn bersembang dgn bangla ...

    BalasPadam
  8. ingatkan dia selalu masak kt umah...lain upanya...

    BalasPadam
  9. Betullah PB agaknys kalau kita dicampak kat London selama 4 tahun harus lupa ckp melayu balik Mslaysia

    BalasPadam
  10. Masak is Panas… kira dekat la tu kan..

    Tapi dgn satu syarat… kena duduk London sorang2 tanpa orang yg pandai bertutur dalam bahasa melayu.. baru dapat slang English tu… Tak payah 4 tahun, setahun pun dah berbelit lidah nak cakap melayu… hihihi

    Teringat masa mula2 datang Yorkshire ni… Rasa terkejut pun ada bila omputih faham kita cakap english.. Kalau kat M'sia, asyik kena gelak jer walau salah sebut sikit…. huhuhu

    BalasPadam
  11. suka pulak baca komen dari nurbijen nih..
    masak = terbakar...emm ..kesian pulak umah dia terbakar..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...