Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140514

Minyak kelapa yang bagus


Ma aku anak bongsu, beza umurnya aku rasa dekat 30 tahun dengan mak long aku. Umur dia kalau ikut ic baru 80an tetapi menurut ma aku, masa buat ic pun main agak-agak je. Umur arwah mak mereka dengan anak sulung hampir. Mak long aku dah uzur sangat. Dah nyanyuk. Dah tak tahu apa yang dikata, apa yang dia cakap. Aku pun dia dah tak ingat dan tak kenal siapa. Tetapi kadang-kadang ada juga benda yang dia ingat. 

Aku suka juga menyakat dia. ‘Mak Long muda lagi..’

Dia menjawab lemah.. ‘Tua dah..’ sekarang dia dah tak boleh bangun lama. Banyak baring.

‘Tu rambut hitam lagi. Mak Long letak apa?’ Rambut mak long aku memang akan buat kita orang muda ni rasa cemburu. Hitam pekat, jarang sangat nak jumpa uban. Aku pun tak percaya macam mana aku yang muda remaja ni dah beruban. Adohai.

‘Buh minyak benar’. Minyak benar tu minyak kelapalah.

‘Mak Long buat macam mana minyak kelapa?’ Saja nak test ingatan dia.


Kaedah pembutan minyak kelapa secara tradisional

Maka Mak Long pun akan menceritakan langkah-langkah membuat minyak kelapa. Tak komplek sangat nak buat minyak kelapa secara tradisional ni, cuma makan masa nak buatnya. Masakkan santan sampai naik minyak. Lepas dah naik minyaknya. Tiris ambil minyak kat atas. Lepas itu masak lagi santan yang tak jadi minyak. Ulang je langkah sama.

Aku sebenarnya tak ada rasa nak buat minyak kelapa ni sendiri tetapi aku tulislah kat blog ni mana tahu suatu hari nanti aku nak buat ada rujukan. Nak buat perusahaan minyak kelapa dara sendiri ke.


Petua menghitamkan dan melambatkan uban rambut

Masa aku budak-budak dulu suka juga aku mintak minyak kelapa dari Mak Long aku ni buat letak kat rambut. Konon nak rambut hitam pekat macam Mak Long. Tetapi yang tak tahan baunyalah. Memang tengik. Kalau pakai minyak kelapa mesti lepas itu kena shampo sepenuh tenaga, biar hilang bau semerbaknya. Itu yang aku rasa faktor petua hitamkan rambut guna minyak kelapa tak jadi kot. Nak cantik kena tahan bau tengik.



Ma aku cakap dulu-dulu minyak kelapa ini juga yang dibuat untuk mengoreng. Kagum aku! Iyalah dulu orang kampung susah, mana mampu beli minyak. Buah kelapa memang banyak kat sekitar kampung boleh kutip je.


Antara Minyak kelapa dengan minyak jagung yang mana lebih bagus?

Minyak yang bagus adalah minyak yang tahan perubahan tindak balas kimia bila kita memasak. 

Minyak jagung ni kita kelaskan dalam Polyunsaturated fat. Maksudnya minyak ni struktur kimianya tak tepu, jadi dia akan bertindak balas bila dipanaskan. Ia akan menukarkan kolestrol baik kepada kolestrol tak baik bila dipanaskan atau proses kimianya dipanggil teroksida.


Minyak kelapa kita kelaskan dalam saturated fat maksudnya minyak ni struktur kimainya dah tepu, jadi tidak akan bertindak balas lagi. Dah tepukan..macam otak kita yang tepu tak boleh masuk apa dah.


Minyak zaitun pula macam yang kita tahu sebagai minyak yang sihat. Tetapi minyak zaitun ni tetap tidak sesuai untuk dimasak. Lebih sesuai buat dressing salad. Bagusnya minyak ni kalau untuk buat sapu-sapu tak dipanaskan. Ia dikelaskan dalam monounsaturated fat, kerana ada double bond dalam fatty acid structure. Kandungan lemaknya stabil tetapi terdapat lebihan oleic acid in olive oil yang buat tak imbang yang biasa dikaitakan dengan risiko breast cancer. 



Minyak kelapa ni produk keluaran negara kita. Minyak yang murah. Walaupun minyak kelapa lebih murah berbanding dengan minyak jagung, minyak zaitun tak bermakna minyak ni tak bagus. Kita jangan terpengaruh sangat dengan semua yang datang dari luar tu bagus je. 

Bila aku cakap benda ni kat orang-orang tua yang sakit yang doktor suruh masak guna minyak jagung je..tentulah dia orang tak dapat terima. 
Tak apalah.



Itu je serba sedikit yang aku rasa perlu aku share kat sini.

27 ulasan:

  1. Memang bagus minyak kelapa buatan sendiri ni PB.. akak pun tengok arwah nenek akak tak ada uban walau pun umur dah 80an masa tu..

    Good info utk jenis2 minyak tu.. tambah pengetahuan akak :)

    Dah tambah tabung Nufnang PB :)

    BalasPadam
  2. teringat kat nenek saya sebab nenek pon amalkan minyak kelapa camtu..& dulu2 guna minyak kelapa buat goreng2..

    BalasPadam
  3. minyak kelapa yg paling sy tau kegunaannyer utk lebatkan rambut...

    BalasPadam
  4. tang bau tu yg tak tahankan PB..
    nice info...banyak belajar pasal minyak arini..:)

    BalasPadam
  5. Selalu dgr jer org guna minyak kelapa nie tp xtau pulak khasiatnye..:)

    BalasPadam
  6. Teringat kat mak sy PB.. masa kecil2 dulu rajin buat minyak kelapa sndiri.. pastu sapu kat rambut kmi adik beradik...hihi

    BalasPadam
  7. Rasanya saya tak mungkinlah buat minyak kelapa ni sendiri. Nanti kalau PB rajin terbuat ke apa ke, silalah pos sikit ke rumah saya ya. Masa si Abang kecil dulu, babysitter dia suka betul letak minyak zaitun kat rambutnya. Bila balik rumah saya tengok muka anak saya dengan berminyaknya, dengan lo-kos (cam skemalah kononnya) aje muka. Kesian pulak rasanya... Tapi memang rambut Abang lebat merimbun masa tu ...

    BalasPadam
  8. satu lagi, org dulu dulu, tak guna sangat shampoo...zaman sekarang, macam2 shampoo digunakan...maka rambut rosak rosak...cepat keluar uban sebelum tiba waktunya..:P

    BalasPadam
  9. mana ada tengik, kalau minyak kelapa buat masak, masakan bau sedap. Kalau boh kat kepala, dia manyak bau santan masam skit. Tapi tak lar masam sanya. Kalau nk bagi wangi, waktu masak, boh daun pandan banyak2. Aku salu jer tolong mak aku buat minyak kelapa,. Untuk kuih apa tah.

    BalasPadam
  10. kalau mak aku dia amalkan santan kelapa yang diperam.bagi lebat rambut

    kalau tahap aku ni memang dah takde harapan aku rasa..botak je kot :D

    BalasPadam
  11. haah ms dlm pantang mak sy buat sndiri myk kelapa. bila dah habis dia xbuat dah. pstu beli yg brand tropika pny. tp still rs buatan mak pny lg bes. huhu

    BalasPadam
  12. dodulu my nenek selalu santankan rambut dengan santan kelapa yang dah masam. tapi ok ler.. rambut lebat tau. hitam pekat

    BalasPadam
  13. masa sis kecik , sis pernah nampak my bonda buat minyak kelapa . Tahi minyak tu boleh buat kuih . sis dah buat liebster award drp petak bunga .

    BalasPadam
  14. Pernah tgk arwah nenek buatkan minyak kelapa ni… mmg berbau tengik la sikit… mmg kena marah tau arwah nenek kalau calit kat rambut saya…. hihihi
    Skrang dah mula menyesal… Umur baru 30an dah banyak uban…. haih, dah tua belum tiba masanya….

    BalasPadam
  15. PB, kau kenal tak komen ni, great sharing.




    kah kah kah kah.


    tak kenal?

    blurr la tu. huh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What?
      Realy dont understnd.

      Padam
  16. iya, tetiba teringat kat nenek.. masa kecik2 nenk suka bubuh minyak kelapa kt rambut cucu cucunya tiap kali lepas mandi time kitorang balik kampung. hihi..

    BalasPadam
  17. Banyak manfaat nya kan Minyakk Kelapa ni..nak dapat rambut hitam memang kena sapu minyak ni selalu ye..tapi bau dia agak kuat kan..busuk..hehe..tapi busuk2 tulah banyak khasiat kan..

    BalasPadam
  18. udoh kita yg muda belia suka sngt bertukar syampoo.
    ada je iklan baru nk aje try .itu yg cpt beruban kan..
    org dlu mna ada gna syampoo.

    BalasPadam
  19. Memg byk kelebihan mjnyak kelapa buatan sendiri nih

    BalasPadam
  20. Saya peminat minyak kelapa. Byk brand yg pernah saya try.
    (1) minyak kelapa yg paling murah
    Saya beli RM10 utk 1 litre di Masjid India buatan Bangladesh. Bau tengit yg kuat bersama aroma kelapa bermakna minyak ini terhasil dengan memasak santan sehingga pecah minyak. Minyak yg terhasil dari pecah minyak tulah yg dibotolkan. Banyak hasilnya dan cepat pembuatannya. Ini kaedah org tua2 kat kampung. Nenek saya pernah buat. Bila dimakan rasa tengit kat tekak. Khasiat antioksida, vitamin E yg sgt baik utk kulit bila disapu dan utk kesihatan badan bila dimakan musnah. Kualiti lemak baik pd minyam juga terjejas.

    (2) minyak kelapa sederhana mahal
    Yg pernah saya beli RM 30 utk 100ml dari Indonesia. Tiada bau tengit bmakna tidak menjalani pemanasan. Tetapi bau masam yg amat sangat yg pada pendapat saya menggunaka ragi bagi menghasilkan kuantiti yg banyak dlm masa yg cepat. Walaupun khasiat antioksida,Vitamin E dan lemak baik tidak terjejas, nak makan tak lalu sebab bau masam kuat sangat.

    (3) minyak kelapa agak mahal sikit
    yg pernah dibeli ialah RM38 sebotol. Buatan Malaysia kelapa dari Bagan Datoh. Tiada bau tengit, bau masam macam takde je. Dari pengalaman saya jenis yg mcm ni takde penggunaan haba dan ragi, jadi semua khasiatnya tersimpan pada kadar optima. Boleh ditelan bersama dengan air dgn mudah sebab tak rasa bau masam. Saya rekomenkan jenama inilah sebab berbaloi saya beli 8 dapat harga pengedar RM27.50 je sebotol VCO berkualiti RM38. Sebab nak kuruskan badan makan setiap hari 2 sudu. Alhamdulillah berkesan kurang 1kg sebulan. Ni dah 3 bulan kurang 3 kg. Lepas mandi sapu pada baby sbb eczema, alhamdulillah baby tak garu2 sebab rasa lega bila disapu. Sebab baby xgaru proses penyembuhan eczema cepatlah. Ni dia link VCO tersebut tulen-oil.com

    (4)minyak kelapa paling mahal
    xpernah try sebab 1. Tak mampu 2. Berpuas hati dengan jenama tulen-oil.com . Tolong iklankan utk dia sebab baru ni dia bagi percuma 2 botol utk baby. So kira berterima kasihlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada no.fon utk order minyak ni?

      Padam
  21. Saya setuju. Minyak kelapa lah yang paling bagus untuk dibuat minyak masak. Saya pun sedang untuk bertukar kepada minyak kelapa, untuk dibuat masak terus. Kalau tak jumpa supply, nampak gaya macam kena buat sendiri... bagi saya sumber semulajadi yang paling baik... terima kasih berkongsi.... :)

    BalasPadam
  22. minyak kelapa organik.. mahal gile!! dan dibuat dengan cara cold-pressed. maksudnya tak guna suhu untuk dpatkan minyak tu

    BalasPadam
  23. ah iya hitam susah banget mau ngehitemin :3

    BalasPadam
  24. Maryam melayu..boleh spesifikkan kat mana kat Masjid India tu boleh sy dapatkan minyak kelapa ni?

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum semua.. saya menghasilkan dan menjual vco organik dan proses diperam.. lawati blog ...minyaknyok.blogspot.com
    Confirm x da bau tengik..
    Vco berkualiti. Sangat berkhasiat
    019.203.5395

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...