Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140522

Nasi Dagang beras perang

Beras kalau simpan lama-lama nanti masuk bubuk. Kalau dah berbubuk, nak letak cili kering pun dah tak lari bangsa kutu ni. Lagi beranak cucu generasi kutu beras tak reti bahasa ni. Walaupun aku ni pencinta haiwan, aku lebih rela bagi makan orang dari bagi makan kutu.

Malam sebelumnya ma dah siap rendam beras perang. Hajat hati nak masak nasi dagang esok.


Semalam sudah direndam.

Beras ni laki aku beli kat kampung. Laki aku cakap tuan kedai beras bagitahu yang ni keras sikit, kena campur dengan beras pulut. Tapi sebab beras pulut dah out of stock lepas buat tapai baru ni..terpaksa guna beras ni je, tu yang rendam sampai semalam.

Paginya, ma dah mula mengukus beras.

Lepas tu aku, luth dengan ma pergi beli ikan ayor. Tak pagi sangat dah, sebab aku ngantuk semalamnya Luth tak nak tidur malam. Beli kat kedai runcit Acheh je. Tak berapa segar sikit ikan, tak apalah dah terdesak. Beli santan juga.

Balik rumah ma siang-siang ikan. Tak ada perkhidmatan menyiang ikan pula kat kedai runcit Acheh. Lepas tu ma kukus siap-siap ikan.

Ma tolong gitu-gitu je. Tugas paling penting, serah kat aku macam kupas bawang. Banyak tahu pakai bawang, menangis aku terharu. Selain tu Luth juga banyak menolong dalam memastikan keadaan dapur terkawal.


Sambil kukus nasi, kami gulai ikan dengan kuali ajaib aku. Rempah kari ikan 2 packet aku campur dengan rempah kari daging nak bagi lagi power.


Telur rebus, tumpang rebus bawah pengukus. Lepas dah nak masuk gulai ikan ayor, celup je sekali. Buat lauk selingan.

Halba dah berbau semerbak setaman, maksudnya nasi dah masak.


Kami dah pack siap-siap dalam polystyrene. Oh mana lauknya…

Lauk ada lagi dalam kuali ajaib aku. Nampak dah cantik semuanya.



Sekarang gulai ikan dah masuk plastik siap-siap. Baru kali pertama aku guna skill ikat plastik jadi gelembung bulat, jadi isinya nampak banyak. Kena mula pulas getah dari atas baru angin masuk.


Nasi dan lauk semua sudah siap.. mari kita berjalan-jalan ke rumah jiran tetangga.



bubuk aka kutu beras

21 ulasan:

  1. Nak alamat aku x?..rawang ke sri gombak kalau jalan mcm okayh lagi laaaaaaa..ahahahahha..

    Aku skang nie dh xtau nak wat ape dh..byk gile smp naik2 bulu tengkuk aku buli roma aku..mencikkkk!!..

    BalasPadam
  2. nah hantar kat iolss tak PB? he he he...

    BalasPadam
  3. jgn lupa hantar kt rmah cik nor skali..hihik

    BalasPadam
  4. sedappya... pos ke Sabah sikit... haha

    BalasPadam
  5. eh eh nasi dagang lah..dah lama tak makan nasi dagang y sedap...
    nak masak cam tak reti jek

    BalasPadam
  6. alaa..umah kaksura tak hantar pun..p.klang jer..hihi..

    BalasPadam
  7. nnti anta kat subang bestari sikit ye PB.. hehe

    BalasPadam
  8. PB, tak sampai pun kat rumah aku? Laki kau lupa la tu.

    BalasPadam
  9. Singgah sini
    sedap nampak, agih pada jiran, kalau lah kita berjiran...

    BalasPadam
  10. terrornya maska nasik dagang. Tak cukup pulut, tambah nasik dagang..oi!

    Letak telur eh dlm kari ikan tu?

    BalasPadam
  11. Bestnya pandai buat nasi dagang...mesti sedap n pure..untuknya jadi jiran PB..hhehee

    BalasPadam
  12. 2 hari mem kat rumah napa takda orang hantar nasi dagang ni? Mana polystirene kepunyaanku? Ngelat tau, kata aje berjiran baik :(

    Gila terror lah PB buat nasi dagang. Sampai hati tak hantar ke rumah jiran yang vogue ni tau!

    BalasPadam
  13. wahhh..untung jiran mkn sedap..lappaa plak tgk..haha

    BalasPadam
  14. sedapnya nasik dagang...nak jugaklah jadi ahli tetangga nie...:)

    BalasPadam
  15. My feveret nasi dagang ni and iols memang suka makanan² dari pantai timur.

    BalasPadam
  16. Jiran jauh ni telan ailio aje la…
    Wah, terror PB masak nasi dagang… saya setakat ni belum cuba lagi, maybe sebab kurang minat kot

    BalasPadam
  17. jiran blog dpt tgk jer ... ambil bau pun x leh ni ... hehehee . teringin gak nak cuba masak nasi dagang . campu pulut rupanya ...

    BalasPadam
  18. akk wawawawa sedap nyewwwww....... terase teringin sesagt...tapi kat sni ssh nk dpt... sobs...

    BalasPadam
  19. Lama xmkn nasi dagang...sedapnye

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...