Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140506

Orang minyak suka perempuan cantik


Aku dan kawan sebilik aku adalah antara orang yang paling lambat mengetahui berkenaan keganasan orang minyak ni. Kami langsung tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan orang minyak. Bayangkan sedang kami lena diulik intan,  tiba-tiba orang minyak masuk ke bilik kami dan menculik kami. Pasti keadaan ini akan menjadi muka depan Harian Metro. Ini boleh mendatangkan malu besar kepada pihak pengurusan Kolej Mawar. Memang tidak patut membiarkan kami begini.



Selang beberapa bilik dari bilik kami adalah bilik gadis-gadis cantik dan vogue. Mereka memang cantik sungguh tetapi aku tidak kenal dan tidak pernah bercakap dengan mereka. Jumpa pun jarang sangat jauh sekali untuk berkawan. Mana mungkin mereka yang cantik ingin berkawan dengan aku yang tak berapa cantik ini. Tetapi aku tahu mereka 4 orang dalam bilik itu cantik-cantik semuanya sebab ada gambar passport kat depan pintu. 

Gambar passport orang cantik sahaja yang cantik.

Bilik mereka letaknya agak dekat dengan tandas. Semasa aku ingin ke tandas, aku telah melintas bilik mereka. Hari itu gambar mereka semua sudah hilang. Semua sudah hilang, tinggal nama di pintu bilik mereka. Aku cepat-cepat berlari ke bilik, memberitahu kawan sebilik aku berkenaan hal cemas itu.

‘Gambar budak-budak kat hujung tu dah tak ada. Ada orang buang.’Kawan aku tahu siapa budak hujung yang aku maksudkan. ‘Aku rasa, orang minyak dah cabutlah.’

Kawan aku mengiyakan kata-kata aku. Kami berdua tiba-tiba rasa sangat takut.  Sudahlah kami cuma tahu hal orang minyak pagi ni. Sedangakan menurut kawan-kawan jiran sekolej, cerita orang minyak ni sudah tersebar beberapa hari. Mengikut jiran-jiran kami, sudah ada beberapa kes di kolej ini tetapi tidak didedahkan oleh pihak pengurusan kolej. Ini memang mencemaskan kami gadis-gadis sunti ini.

Maka hari itu kami berjalan-jalan ke sekeliling kolej kediaman. Rupanya hampir semua gambar-gambar passport yang ditampal diluar pintu bilik sudah tiada. Termasuk gambar carta organisasi Majlis Perwakilan Kolej juga tinggal nama tanpa gambar lagi.

‘Far, kau rasa kenapa gambar kita ada lagi?
Buruk sangat ke kita, orang minyak tak nak ambil pun gambar kita?’

Kami rasa betul-betul terhina ketika itu.

Walaubagaimana pun aku rasa bersyukur ketika kejadian itu aku belum ada teman lelaki. Kerana menurut kawan aku yang bukan rakan sebilik, hanya pakaian lelaki yang boleh mengelakkan dari serangan orang minyak. Aku tidak pula bertanya pakaian yang sudah dibasuh atau belum yang sesuai dibuat tangkal orang minyak.


Kejadian ini berlaku suatu masa dahulu ketika orang minyak sedang berleluasan. Apabila menjelang tengah malam, persekitaran kolej kediaman Mawar sunyi sepi. Jarang berlaku keadaan begini. Biasanya, kolej Mawar tidak pernah tidur.


38 ulasan:

  1. Seram jgk klu ada kes org minyak ni..para gadis2 keng brhati2

    BalasPadam
  2. Oh,really? seram je dan yang paling penting sangat bahaya. Dulu masa kat hostel cikgu suruh budak perempuan kalau nak tidur pakai seluar panjang, tapi masih ada yang degil pakai kain. Pernah terjadi kes budak lelaki naik dorm budak perempuan, memang bahaya sangat. Walauapapun, tak kira orang minyak ke apa ke still kena berhati-hati. Nice sharing sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. adik petua pakaian lelaki sila jgn cuba.

      ikut arahan cikgu itu betul.

      Padam
  3. mmber ina dulu study kat SMACH machang.. dia ingt betul2 dh org minyak sbb dalam samar2 lastly bila dh semakin dekat, baru tahu lelaki masuk dorm perempuan.. haissssshhh.. hehehe

    nice sharing sis.... semoga kita selalu dibawah lindungan allah ta'ala... :)

    BalasPadam
  4. org lelaki boleh gelak plk time org minyak mengamok dikampung sy ..tp bagusnya depa jugak jd jaga ronda2 tgh2 malam siap bawa buluh runcing bagai....ada bagusnya ; ramai gadis takut keluar malam...berbulan menanti tp tiada tangkapan org minyak dan tiada kes khaluwat berleluasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut nya sekejap je..

      org minyak takut buluh runcing ek?

      Padam
  5. macam seram jer... hu hu hu...

    BalasPadam
  6. ada gangguan orang minyak ke?ish menakutkan.
    kolej mawar? saya dulu kolej melati.. mana ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tu kolej melati belum buka.

      Padam
  7. ooo kesah benar
    mati-mati igtkan cerpen td

    BalasPadam
  8. mcm seram tp xtau nape kite boleh tergelak2 bile baca..tetibe mcm kompius kejap whether nak serious ke nak gelak..hurmmm...;)

    *mmg betul2 ade nyeah gangguan org minyak..takutnye...*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pn rasa nk gelak juga bc komen ini.

      Padam
  9. betul ke petua pakaian lelaki tu?org minyak kan orang..mesti pandai bezakan klu kena tipu.haha..

    cerita ni kisah benar ke PB?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita betul..
      org minyak tu x tahulah betul ke tak..huh

      Padam
  10. seram lah pulak..tiba2 macam nak gelak pun ada...

    BalasPadam
  11. Huhu.. Seram baca tpi yg akhir tu mcm nk gelak pun ada..

    BalasPadam
  12. yelah serm ada, ada part tu macam lucu pun ada, pandai adik mengarang, ada bakat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bc komen ni tb2 kertas2 berterbangan..
      rupanya lubang hidung duk kembang kucut.

      pst, sila puji lagi..you make my day..

      Padam
  13. muahahaha kesimpulan yang tak leh blah, adehh orang minyak pun pandai nak memilih, macam la minyak dia menjalani pemeringkatan dua kali, khennnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1step collect gmbr perempuan cantik.
      2nd step baru tuju..

      Padam
  14. zmn sekarang rasanya org minyak sekadar penyamaran drp ditangkap ... heheheee

    BalasPadam
  15. pb..dahlah baca tengah malam..huhu

    BalasPadam
  16. orang minyak busuk!.. hihi

    BalasPadam
  17. See, PB kau punya cara tulis la nak buat orang gelak tau baca kisah ni. Spoiler tau tu namanya. Oh BTW aku rasa kalau perempuan cantik bukan orang minyak aje suka, orang bukan minyak pun suka tau!

    BalasPadam
  18. memang seram lah orang minyak ni...huhu

    BalasPadam
  19. saya nak tuntut hadiah daripada GA ni http://www.dianarashid.com/2014/05/senarai-pemenang-1st-giveaway-by.html tapi blog ni tiada chatbox...

    apa2pun saya dah email tuan blog ni :)

    BalasPadam
  20. Aku rasa pakaian dalam laki kot lagi sesuai buat tangkal orang minyak.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko jg nak bg petua bukan2 plk..
      haha..

      Padam
  21. Hehe ....lawak tau PB...pasal gambar yg tak kena cabut dek org minyak tu....sebenarnya betul berlaku ke tidak tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya orang yang cantik cabut.
      takut org minyak tahu dia cantik.

      Padam
  22. PB, kalau saya tak baca komen saya mati-mati ingatkan ini cerpen terbaru nak keluar kat majalah Pa&Ma gitu :)

    Orang minyak ni macam kat semua asrama pun ada.... kita dulu pun pernah dengar pasal orang minyak. Punyalah scarynya dah teman sebilik aje berkaraoke sampai tak ingat nak balik bilik... security pun tak tegas sangat, kereta nak masuk kawasan asrama bila-bila pun boleh... Nasib baik kita orang takda gambar tempek kat depan pintu. Tapi rasanya orang minyak tak kacau sebab masuk aje bilik penuh gambar boyfriend dan retis antarabangsa kot....so orang minyak tu rasa rendah dirilah I guess ....

    BalasPadam
  23. hahaha... kecik hati betul kalo saya berada di tempat awk waktu tu. tapi bagus jgk kalau org minyak aim yg cantik je.

    BalasPadam
  24. uikss..menakutkan je..moga kita dijauhkan dari perkara² camni kan

    BalasPadam
  25. Nasib baik tak pernah ada pengalaman orang minyak masa kat asrama…

    BalasPadam
  26. Erkkkk de lg kes org minyakkkk.adehhh

    BalasPadam
  27. Kolej mawar uitm ke? Mmg mcm2 ada. Teratai semua sama je. Haha...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...