Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140519

Perfume Britney Spear, Kose Sekkeisei Lotion Mask, Top up Kredit Dan Bawal Adi Juma


Perfume Britney Spear

Laki aku memang suka wangi-wangi. Kalau pergi kerja adalah 5 ~ 6 kali dia spray. Perfume dia memang cepat sungguh habis. Jadi, perfume akulah jadi mangsa. Terima kasih sangat kat Yana sebab hadiahkan perfume ni. Kali pertama menang ala-ala GiveAway. Teruja gegile. Tahun lepas dapat, tahun ni baru nak buat ucapan terima kasih. Maaflah sebab baru guna. Sukatan yang Yana bagi tak guna lagi, sebab kita sibuk tak ada masa nak buat kek. Sibuk..huh

Kose Sekkeisei Lotion Mask

Kali pertama orang tengok anak kita Luth..mesti diaorang akan tercakap. Oh, putihnya dia, macam anak cina. Lepas tu dia orang pandang mak dia, lepas tu dia orang jelling pak dia. Lalu aku cakap, kenan kawan-kawan cina kat ofis. Jadi aku semangat nak pakai mask dengan harapan mereka tahu Luth tu ikut sapa. Terima kasih ye Christy sebab hadiahkan mask ni. Moga aku jadi putih tak lama lagi. Mask ni bagus jugak untuk acne and blemish kan?

Top up Kredit

Sejak aku kahwin ni, telefon aku jarang sangat-sangat nak berdering. Kadang aku pun tak tahu mana aku letak handphone aku. Jadi jarang benar aku topup telefon aku. Kiranya topup GiveAway Puan Rara tu secara tak langsung aku tahu simcard aku belum expired. Terima kasih ye. 

Bawal Adi Juma

Atas sebab aku masuk GiveAway Puan Rara juga aku kenal Diana yang jadi sponsor topup. Aku rasa aku memang ada luck dengan blog Diana sebab lepas tu aku menang lagi cabutan GiveAway blog Diana pula. Dapat tudung bawal Adi Juma dari Idzwa. Aku sebenarnya jarang sangat pakai tudung bawal. Aku lebih suka pakai shawl yang tak payah iron. Laki aku kata comel dan nampak muda, lagi pun akukan sibuk tak ada masa nak iron. Tapi satu hari tu, rasa lama tak pakai tudung bawal kat tempat kerja. Tahu tak, ada kakak ni tegur, nampak lain hari ni.. Aku rasa sebab tudung bawal tu tak melekat kat dahi aku. Oh. Nanti kalau aku nak buat kelainan lagi atau aku rajin sangat aku pakai ek. Terima kasih ye.. 


Terima kasih ye semua. Semoga rezeki anda semua murah. 


Aku nak beri hadiah kat korang korang tak nak masuk aku punya GiveAway ala-ala feeling cinta-cintun.. Iyalah sapalah aku ni..


Rasa nak merajuk.

17 ulasan:

  1. Alhamdulillah rezeki... congrats ye PB? Iolss tumpang happy ni tau...

    BalasPadam
  2. hoi~~!! bertuah gila ko.. banyak betul menang.. semoga bertambah putih dan wangi lepas ni.. ahahaha..

    BalasPadam
  3. tahniah ! banyak luck nih . hadiah banyak sungguh PB dapat . jgn merajuk petak bunga ...

    BalasPadam
  4. Tahniah :-) Alhamdulillah, murah rezeki

    BalasPadam
  5. wangi tu bau perfume b.s....

    sabar eyh.... bz skit la ni... nnt up n3 InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. hambooiii banyak hadiah ehh.

    BalasPadam
  7. samelah suami kite pon suka perfium. dia kalu nak gi keje, sembur bukan main. kalau duduk2 saje kat umah pon dia sembur jugak. wangi je hihi.

    Kite pon suka pakai shawl. skang ni pakai pulak bawak jadikan shawl.

    BalasPadam
  8. Olo... jangan la merajuk. Aku cam nak join. Tapi aku ni pemalu nak cerita perasaan cinta2 aku kat blog. Nanti ko pengsan nak baca sebab aku kalo setat jiwang, payah nak berenti. hehehe.. Boleh email ke penyertaan? Heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lyd, join la. Aku nak baca kisah jiwang ketat kau tu. Hehe. Nak tengok, sama jiwang dengan aku tak?

      Padam
  9. vavavava...byk wooo dpt...yg aku jawab soalan ko tuh boleh dijadikan penyertaan x?..boleh la boleh laaaaaaa..kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. puan petak bunga...aku ade send something kat email ko..

      Padam
  10. Tahniah. Murah rezeki.

    BalasPadam
  11. wahh! Tahniah PB.. murah rezeki awak... :)

    BalasPadam
  12. org rajin berblog mcm PB ni mmg patut dpt adiah....tahniah ye
    (mcm sy ni tak bape reti ikut GiveAway huhuhuhu.....)

    BalasPadam
  13. syukur ... macam2 derkan... orang rajin berGA... memangler dapat...

    BalasPadam
  14. Wah, banyaknya hadiah! Padanlah lagi jauh dah nampak putih berseri, wangi dan comel terletak aje tudung tu :)

    Kita nak join juga PB tapi kita malulah part reveal-reveal kisah cinta ni. Kalau suruh mengarang kisah cinta dongeng tu boleh ler ....semua kubantai saja :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Parfum Britney Spears.

    ----------

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...