Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140518

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Aku selalu tertengok cerita Renungan Ajal kat Astro. Mana tak tertengok, kalau dah disiar ulang-ulang-berulang-berulang kali.  Ceritanya perihal sebuah kisah pegawai agama Kor Agama Angkatan Tentera yang terpilih oleh Allah SWT untuk mendapat tanda-tanda kematian dalam masa 100 hari. Tanda-tanda yang dikurniakan  pada 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari.

Dia mula dapat tanda itu bila lepas sembahyang asar rasanya. Lepas itu kehidupannya yang normal telah bertukarlah..iyalah mestilah terfikir-fikirkan dah nak mati kan ni. Masa ni selalulah dia berpesan-pesan kat anak bini dan mak dia.

Tanda-tanda ini aku rasa bukannya dapat kat sebarang orang. Mungkin orang yang terpilih Allah sahaja.

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT.

Tanda 7 Hari Sebelum Hari Kematian
Orang yang lama sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan. Ini aku selalu perhati..jadi bila mereka sihat tiba-tiba, aku  jadi takut.

Tanda 3 Hari Sebelum Hari Kematian
Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Tanda 1 Hari Sebelum Hari Kematian
Denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

Tanda akhir Sebelum Hari Kematian
Akhirnya,  kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan   akan turun  ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Tapi aku lupa pulak cerita hujungnya Renungan Ajal tu macam mana. Agaknya aku tak pernah sempat tengok sampai habis..huu. Aku rasa dia matilah kan lepas 100 hari tu.


Aku suka jawapan Ustaz dalam pencetus ummah baru ini. Dia ditanya lebih kurang begini..

Adakah orang sekeliling akan perasan tanda-tanda kematian orang yang bakal mati? 
Mungkin yang bertanya ni sedang menjaga orang yang dalam uzur dan merasa ajal orang itu dah tak lama.

Ajal maut semua tu rahsia Allah SWT.

Sebaik ditiupkan roh ketika dalam kandungan ibu, Allah sudah tuliskan ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki dan bagaimana kehidupan dia baik atau buruk. Semua ini rahsia Allah. Sebelum ini dia tak suka pakai baju putih..kebetulan sehari sebelum kematiannya dia pakai baju putih, nak jadikan orang akan cakap..

Oh patutlah dia pakai baju putih, sebab dia dah rasa kot nak mati..

Kalau dia tak mati, semua tu tak timbul. Mungkin orang cuma cakap, dah buang tabiat ke? Atau berani bergurau lagi..nak mati kot?

Wallahu a’lam…

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Abdullah bin Abbas r.a.


Jika aku mati hari ini..komen seterusnya akan berbunyi oh..patutlah petakbunga tulis entry ini..

Selalu bersedia, ingat mengingati. 
Semoga kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

5 ulasan:

  1. Acik pernah tengok tapi tak ingat tajuk.
    PB acik tak sesuai la bak cerita cinta..dah tua.malu hi hi

    BalasPadam
  2. Tengok gak citer tuh tp xsmp habis...nti nak cri la

    BalasPadam
  3. Berkali dh tgk drama tu... Tak semua org dpt rasa..

    BalasPadam
  4. Takut menghadapi tapi maut itu pasti.. doakan utk kesudahan yang baik2.. saya tak perasan pun cerita PB cakap tu. Nak cuba carilah. Nampak macam menarik je kisahnya..

    BalasPadam
  5. Takutlah bila membaca entri ni. Bila sampai part yang akhir tu lagilah takut. Oiiit, buang tebiat ke apa?

    Apa-apa pun saling mengingati tu sesuatu yang baik. Sedang enak mengunyah sambil tergelak sensorang, terbaca entri ni terus hilang senyuman!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...