Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140519

Teringin nak ikut Nuffnang melawat kilang Mamee

Aku tanya laki aku boleh tak aku ikut. Mula dia kata tak payahlah. Kan dah pernah pergi Melaka. Nanti kita pergi Langkawi. Aku cakap puas dah aku pergi Langkawi. Jemu dah. Nak pergi honeymoon kat Cameron Highland belakang rumah pun tak terpergi pun. Lalu laki aku pujuk, kita sekarangkan suntuk duit. Nanti dah ada duit sikit, kita pergi ye..

Tapi pergi tak payah pakai duit pun. Lagi pun ni kali pertama Nuffnang ajak aku yang punya blog yang tak berapa hidup di alam maya ni.

Okey pergilah.

Tapi aku terpaksa menolak bila fikir-fikir.
Hari sabtu aku sangat sibuk. Aku nak membasuh, kemas rumah, tidur. Lagipun aku tak boleh tanpa Luth dihari sabtu.

Ginilah jika orang ada anak kecil. Oh. Kalau nak pergi aku kena angkut semua orang pergi sekali.



Esok aku rasa hari terakhir kena hantar conformation. Jadi hari ini aku nak bagi tahu aku tak pergi. Tak payahlah mengharapkan aku pergi. Lagi pun aku rasa 60 orang yang dipilih tu pun dah cukup.

Aku nak bagi tahu kat Nuffnang  aku sporting tau, bukan aku tak nak pergi aku tak boleh pergi. Lagi pun, aku takut sesat nak pergi Subang. Aku rasa jauh sangat nak drive ke Subang lepas kahwin ni. Kalau Nuffnang offer masa aku bujang-bujang dulu, insyallah aku nak juga pergi. Bukan saja suruh pergi Subang, balik Kelantan pun aku boleh drive sorang-sorang tahu.


Aku sporting tahu.. lain kali jangan lupa ajak lagi, mana tahu masa tu aku tak sibuk.



Suka juga aku pergi berjalan dan bersuka-suka.. Siapa yang dapat pergi tu jangan lupa ambil gambar Mamee Moster aku nak tengok. Kalau ada Zizan, bagi tahu aku peminat no 2 dia.

25 ulasan:

  1. Peminat no 2 zizan rupanya PB ni ye.. tak pe lah PB esok2 kalau ada rezeki boleh pergi ikut Nuffnang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita g oversea terus kan..
      bukan siam.

      Padam
  2. Tak per lah. Tunggu luth beso sket yerp. Bley mama di berjimba²...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kita berjimba sama2 ek

      Padam
    2. Nak jugak jimba syamer-syamer yuozzzeezzz..

      Padam
  3. wait seminit... subang tu kg. subang ke? apakah kena-mengena dgn kg subang itu? me? membesar kat sana ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia suruh naik bas kat subang nak pergi kilang mamee kat melaka.

      Padam
  4. Hehhe bila dah bergelar isteri juga ibu camni la kan ...
    Nak buat benda satu2 kena ingat suami dan anak2 dulu..

    BalasPadam
  5. Saya dapat jugak invitationnya. Main join je. Dapat or tak dapat tak harap sangat. Kuota 60 orang ni, rasanya kejap je dah penuh. Hehe

    BalasPadam
  6. Kalau pergi boleh pulun makan mamee monster puas2 muehehehe. tapi masa dengan anak lebih berharga kan, Luth dah besar sikit boleh la kot mak dia lebih begiat aktif (ayat ku cekema ni kenapa?)

    BalasPadam
  7. ada rezeki g lain kali..hehe

    BalasPadam
  8. saya pun dapat jmputan tapi tak pergi jugak..
    1. takde geng.. sebab kena pergi single kan..
    2. tarikh tu jugak balik kampung, huhuhu.....
    next time ler jawabnya =D

    BalasPadam
  9. mula nak join, tapi sebab nuffnang sponsor transport..terus xjd sbb konfem2 takleh g dengan husband..kalau dah kawen ni family 1st..harap nuffnang buat event area KL yang x perlu berjauhan dgn suami lama2 sgt..hihi!

    BalasPadam
  10. Dapat juga jemputan, tapi sah2 tak perlu minta izin housemate… kikiki
    Sini mamee mahal tau, GBP2.70 satu pek yg ada 10 supik… dalam RM15 gitu tapi sekali sekala terbeli juga bila teringin nak makan…

    BalasPadam
  11. bila luth dah pandai baca esok, mesi guling2 gelak baca tentang entry emaknya ni.. hihi

    BalasPadam
  12. insha Allah , akan ada lagi peluang ...

    BalasPadam
  13. tak dapat jugak nak join Saturday still working day. takde rezeki insyaallah rezeki masa akan dating pulak

    BalasPadam
  14. frust sbb xdpt join..nk mntk nuffnang sponser tiket flight kompom xkena layan..hehe..

    BalasPadam
  15. Bestnyeeee dpt invitation..;)

    BalasPadam
  16. Aku pun dapat jugak. Padahal blog aku mana ada nuffnang punya ads. Huhu.

    BalasPadam
  17. ooo dapat email tak tengok pun... ooo menarik rupanya...
    ala best gak kalau dapat pergi jumpa kawan2 blog...

    BalasPadam
  18. Semua blogger dapat jemputan ni ..kan??saya pun tak pergi la..kalau bayaran nya mahalnya mahal saya pi la..hahahah..:p

    BalasPadam
  19. Ada juga nampak jemputannya tapi terus terang memang tak pergilah saya ni, PB. Kalau anak-anak takda di keliling, memang Mommynya tak berharap pun nak jalan-jalan makan angin macam orang bujang. Tak syok gitu ...

    Peminat Zizan rupanya ye ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...