Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140514

The Liebster Award

Assalamualaikum semua.


Data plan internet kita tak pulih lagi. Jadi memang slow lah nak blogwalking sekarang ni. Kadangya, dapat buka je blog-blog kawan-kawan. Berzaman nak tunggu dapat komen. Sorry sangat-sangat ye. Janji lepas ni kita gi jalan. Kita baca bersungguh-sungguh dan komen dengan bersungguh-sunguh. 



Oleh kerana tak nak menghampakan Mummydearie yang tercinta dan yang paling ku kasihi aku gagahkan jua menaip entry The Liebster Award ini slow-slow. 




Sebab aku rasa malas nak baca link orang putih yang panjang berjela tu..maka kita copy je lah ayat MD, rasanya dah faham aturannya ala surat berantai ni.. 


  1. Buat ucapan apresiasi kepada penaja yang meninggalkan pesanan suruh join The Liebster award tu.
  2. Letakkan link penaja yang glamor tadi dalam blog kita.
  3. Kopipes The Liebster Award dalam blog kita.
  4. Senaraikan semua rules yang ada (dari 1-9). 
  5. Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh penaja tadi.
  6. Senaraikan 11 fakta rawak tentang diri sendiri.
  7. Calonkan 5-11 blog lain yang akan meneruskan legasi soal-jawab ini. 
  8. Senaraikan 11 soalan baru untuk bloggers yang terpilih untuk turut serta nanti.
  9. Sila maklumkan kepada bloggers yang terpilih dan letakkan link untuk entri ini.

11 fakta rawak tentang PetakBunga adalah
  1. PetakBunga orang Kelantan
  2. PetakBunga laki bini orang Kelantan 
  3. PetakBunga beranak kan Luth di Kelantan jadi Luth pun orang Kelantan
  4. PetakBunga sayang laki dia walaupun suka kutuk laki dia
  5. PetakBunga kisah orang ngorat laki dia walau nampak tak kisah
  6. PetakBunga tak rela dimadu
  7. PetakBunga sakit hati bila laki dia puji perempuan lain depan dia
  8. PetakBunga ni pendiam di dunia nyata dan laki dia sebaliknya
  9. PetakBunga tak suka masak tapi bila dia masak memang sangat sedap, give ted kan…
  10. PetakBunga lulusan engineering walau tulisan nampak macam tak sekolah
  11. PetakBunga ada darah gemuruh bila bercakap depan orang sebab dia jenis pemalu

11 soalan yang MD nak PetakBunga jawab adalah…


1. Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?

Blog mummydearie ni best tau. 
Ibaratnya macam naik roller coster. Kalau korang masuk jejak masuk dalam blog ni korang akan rasa macam-macam.. takut, gayat, pening, rasa nak pitam. Semunya bercampur-campur. Tetapi sekali korang pergi kat blog tu..esok-esok korang mesti rasa nak pergi lagi. Macam ketagih nak main pening-pening lagi. 

2. Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
Apa khabar? sihat ke? MD kahwin mat salleh ke?

3. Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Kalau dah jumpa anak MD mestilah jumpa MD. Tak akan HD pulak bawak jumpa kita.

4. Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
Baik hati
Cun
Comel
Lawa
Tertawan terus
5. Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian? 
Beranak. Cemas macam nak terberanak

6. Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Malu nak cerita

7. Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?
Dah jawab kat soalan 1. Next please.

8. Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
Sebab sekarang bekerja rasa bestnya kalau duk rumah. Senangnya tak payah gi ofis hari-hari. Tapi bila cuti seminggu rasanya baik aku kerja. Bosan eh duk rumah.

9. Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Ke Mekah bersama MD sekeluarga.

10. Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Mengunkit nga laki.

11. Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..) 
Anak dia putih gebu. Jadi aku rasa dia lawa sebab anak laki ikut ibu dia, kalau ibu dia lawa anak dia comel. Macam anak aku. (Aku harap dia jawab soalan no2)

Dia ni jenis banyak cakap macam laki aku, sampai budak cashier pun dia boleh ajak borak lagi..huhu..


Aku rasa serba salah sebenarnya nak tag sapa pulak ni, takut malu sendiri. Sapalah yang sudi di tag aku blogger picisan ni…huuhu.. nak tag blogger glamour aku takut dia tak sudi nak main award-award dengan aku.. karang di cop tumpang glamour pulak. Sedih, maka aku dengan rendah diri mengetag juga pegomen-pengomen tegar blog aku dengan rasa rendah diri harap ada kesudian. 

Calon-calon aku adalah..

Kawan-kawan baru yang aku rasa comel dan terasa sangat ingin mengenalinya dengan lebih dekat 
UmmuAidan-Arissa yang jauh perantauan yang menanam pokok di kebun cinta
Sorang lagi perantau Nurbijen


Aku nak tanya kamu soalan ini..

  1. Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?
    Ewah..
  2. Bilakah pertama kali kamu bercinta?
  3. Apakah pengakhiran cinta pertama kamu itu?
  4. Apakah pengajaran yang kamu dapat daripada pencintaan yang lepas?
  5. Blog kamu ini sebenarnya pasal apa?
  6. Siapakah insan-insan kesayangan kamu yang kamu selalu ceritakan dalam blog kamu?
  7. Komen entry yang bagaimanakah berkesan kepada kamu? Pendapat, pujian , kutukan.
  8. Apa yang kamu dapat dengan berblog selain kepuasan membaca komen yang buat kamu tersenyum?
  9. Apakah yang buat kamu nak baca blog PetakBunga?
  10. Apakah yang membuatkan kamu bosan dan menyampah dengan blog PetakBunga? Sila jawab dengan hati-hati..mana tahu ada hadiah misteri daripada PetakBunga. Ha..ha..
  11. Adakah kamu sudi berkenalan dengan PetakBunga dengan lebih dekat? Aku sebenarnya dah tak tahu apa nak tanya da..
Kalau tak nak main dengan aku tak apa, aku faham. Tunduk malu dan sedih, kesat air mata..

19 ulasan:

  1. banyaknya jawapan...hihihih salam rabu petakbunga

    BalasPadam
  2. kalau gi blog MD memang roller coaster feel nya ...hhee... macam2 ada...

    BalasPadam
  3. wahhh... best nya..saya pun dah kena tag.. tapi blm berkesempatan jawab soalan...:)

    BalasPadam
  4. I lap u, comot-comot gitu ~__^

    Pertama sekali (ek eleh, nak komen mcm blog ni dia punya pulak...) nak ucap ribuan terima kasih kat PB kerana walaupun tenetnya semput-semput, masih lagi bersemangat kental membaca entri kita dan membalas jasa dengan menyahut cabaran ala-ala sengal nih :) Saya sendiri semput tau lepas kena tag. Walaupun tak boleh tag kita balik tapi kita jawablah soalan tu kat sini ya :

    1. Bila terasa ada anak panah menyucuk dada ...
    2. 14 tahun. Bukan cinta monyet kerana ia berakhir selepas 10 tahun gitu ...
    3. I tak kawin dengan first boyfriend so you knowlah what happened kan ....
    4. Jangan beri semua, simpan sikit diri kita untuk masa depan :)
    5. Sebenarnya untuk anak-anak makanya kisah anak-anak ajelah patutnya tapi like you said, dah macam roller coaster pulak. Macam-macam ada nak suruh orang pening, mabuk, pitam dan sengih sorang-sorang...
    6. Siapa lagi you rasa?
    7. Komen yang gila-gila macam si penulis entri. Kalau nak kutuk pun bisa saja kutelan, kalau tidak ku delete aje :)
    8. Dapat melepaskan kuasa meroyan yang tahap gaban bila asyik menulis. Idea banyak dalam kepala, so kalau tak keluar rasa sakit kepala pulak :)
    9. Sebab hang ni kelakarlah PB. Entri sempoi dan lucu amat menarik bila ada masa lapang. Takdalah berkerut dahi memikirkan apa lak yang nak disampaikan si penulis ni sambil rasa macam nak telan pil tidur!
    10. Entahlah, belum pulak jumpa entri yang membosankan. Psstt....kalau ngumpat pasal laki tu lagi best. Sukalah kita baca dan datang tengok komen 2,3 kali sambil senyum-senyum dan dalam diam tolong ngumpat sama :D
    11. Of courselah sudi tapi masalah dalamannya, kita pun is very the pemalu gitu walaupun muka nampak cam kekwat ajek!

    My blog like a roller coaster? Hahaha.... saja nak suruh mengimbau zaman pegnan dan bersalin. Itu yang suka buat orang muntah-muntah, pening-pening dan rasa tak cukup zat bila membaca :)

    P.S. Agak-agak dapat hadiah tak ni? At least bagilah kita hadiah untuk komen terpanjang .... ^__^

    BalasPadam
  5. ah kena tag,....ohhhh tidakk...kalau ade kesempatan nanti sy jwbnya, kalo idak mintak maaf byk2 yer,...huhuh

    BalasPadam
  6. Ohhh tidakkkkk.. Dah 4 org tag... Hah bagi mase kak jemah nak study dulu baru boleh goreng jawapan.... Akan dijawab soooooon.. Insyaallah...

    BalasPadam
  7. selamat menjawapp pada semua..
    syok pulak baca orang punya fakta nih..

    BalasPadam
  8. Selamat menjawab lah buat yg tercalon.

    BalasPadam
  9. Vah vah vah vah beteh. Ada jugak nama aku terselit dalam ni. One fine day ye PB aku jawab.

    BalasPadam
  10. kedua2 blog sis kena tag . insha Allah akan usahakan . dah 4 blogger tag sis nih .

    BalasPadam
  11. Jap jap jap..disebabkan kene tag so kene jawab jugak..tp jap jap jap sbb skang nie kat klinik..jap jap jap tau..ahahaha

    BalasPadam
  12. he3 aci x nak tag pada diri sendiri sbb soklan2 tu mcm suwittt jer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aci lia..jap kita update buh nama lia..
      ramai gak yg dah kena tag..
      ha..ha..

      Padam
  13. tapi.. bagaimana kalau aku jadi madu ko?ko tak kisah kan?kan?kahkahkah.

    eh macam best plak. Ni kira GA ke hape? :D

    BalasPadam
  14. Alamak, kita kena tag ke? Insya Allah, kalau sempat saya buat entry… kalau tak sempat, minta maaf in advance yer…
    Tapi fakta diri kita dgn PB no 1-5 tu mmg sama… dan saya pun pemalu juga…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Done…
      http://ceritadanishdanumi.blogspot.co.uk/2014/05/liebster-award.html

      Padam
  15. selamt menjawab soalan buat yang di tag :)

    BalasPadam
  16. makin berleluasa liebster award ni..rasa berhutang plak klu tak buat..nasb baik tak kena tag ngan PB.huhu

    BalasPadam
  17. Aku pon kena tagged dgn blogger bertuah Mummy dearie. Tapi aku rasa cam aku tak buat ikut format. Heheh.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...