Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140530

Ucapan buat pengantin baru

Hari last kerja bulan ni. Kering oh balik kampung tengah bulan. Cuti hari Buruh pun bukan. Cuti hari Wesak pun bukan. Cuti Israj Mikrak pun bukan. Cuti sekolah pun bukan jugak. Cuti meraikan orang kahwin. Orang nak kahwin pun, ikut rasa hati dia je nak kahwin tengah bulan ke hujung bulan ke. Kesian kita yang kais makan hari-hari ni nak bertahan beberapa hari ni. Tapi tak apalah, asal adik bahagia.


Buh gambar tak nampak mukalah..kan jadi glomur pulak adik ipar tiriku.

Apa-apa pun selamat pengantin baru dari kakak ipar tiri mu. Dengan ucapan buat biras ku, cepat-cepat dapat anak yang comel, bijak lagi beriman macam Muhammad Luth Rafiqi. Anak sapa lah tu kan?

Melalui perkahwinan Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembang biak -. an-Nahl: 72

Penat tahu dah tua baru nak kahwin macam kakakmu ini. Anak pun masih kecil, ingat nak beranak 6, 7 orang lagi ni. Insyallah.

Kahwin ni tak boleh tangguh-tangguh. Kalau dah sampai jodoh kena cepat-cepat kahwin, tak payah fikir-fikir sangatlah. Yang penting ada iman boleh bagi makan pakai kau, insyallah Allah permudahkan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud
Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah.


Selamat menempuh alam baru berumah tangga. Bergaduh sikit-sikit biasalah tu. P.Ramlee kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Seronok juga gaduh-gaduh manja ni tau, kalau tak tak akan sampai kakak boleh tulis dalam blog. Okaloh. 

27 ulasan:

  1. Chaiyok PB. Bagus ni ada niat nak anak 6 7 orang..meramaikan umat Nabi. Saya nak sorang lagi je, insyaAllah. Hihi.. itu pun harapnya ada rezeki.

    Semoga adik PB ni dapat hidup dengan aman dengan pasangannya.. lawa baju diorang tu. Warna terang, mesti lawa gambo jadinya

    BalasPadam
  2. Hehehe, part ucapan kawen lambat tu paling boleh diblahkan. Serius ke nak beranak lagi 6,7? Kena kembar 3 le setiap kali ni. Aku macam rindu nak bau baby lagi, tapi.... mcm belum ready plak. *biroh*.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat nak beranak 6 sekali bulih dok?

      Padam
  3. Selamat pengantin baru untuk mereka....
    Gaduh2 manja tu biasalah....:)

    BalasPadam
  4. Selamat pengantin baru... :-)

    BalasPadam
  5. alamakkk..aku pun kawen lambat..canner?????

    BalasPadam
  6. haha PB...mereka apa kira kita kais pagi makan pagi yg penting mereka dapat kawen hehe....
    Kalau dah kakak walaupun tiri takkan tak balik ye dak hehe...
    Insyaallah adalah rezeki yg Allah gantikan tu nanti...
    Selamat Pengantin Baru buat biras awak tu

    BalasPadam
  7. PB ni tua mana eh?haihh..
    selamat pengatin baru buat adik tiri PB..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ke tanya tua mana..
      6 tahun lepas kalau jumpa nga laki kita patut kita kahwin umur 25tahun.

      Padam
  8. alhamdulillah selamat ngantin abru
    apesei gambo takder kepale tu :)

    BalasPadam
  9. Nape gi cantas kepala pengantin? Kesian pengantin penat ambil gambar cantik-cantik nak glamorkan diri di hari persandingan tau....

    Aduhai, ada hati nak tambah 6,7 lagi? Respeklah sama PB. I nyer kilang dah ceased operation ok. Kalau nak lagi senang, siap-siap buat kembar ler -lelaki perempuan. Complete dapat 3 pasang anak lelaki dan perempuan PLUS tuk ketua, Ustaz Luth. Jadilah keluarga bahagia :)

    Alah, cakap kat adik ipar tiri tu bolehlah mula berblog. Kalau ada yang tak kena, ngumpat je pasal laki dalam blog. Eh, macam pernah dibuat orang sebelum ni. Sapa ek?

    BalasPadam
  10. selamat pengantin baru buat mereka..semoga tercapailah cita2 nak anak 6, 7 tuh yer..:)

    BalasPadam
  11. Selamat pengantin baru buat adik tiri PB tu..
    Duit kita yg bocor PB.. dorang bertambah karung ehe :)
    Tapi lah kira sedekah tu :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kira eh dgn adik beradik..huhu

      Padam
  12. Hikmah besar kahwin awal ni. Satunya, waktu muda ni la tenaga tengah kuat. Tenaga kuat bukan sebab nak buat anak je, nak jaga anak tu, lagi kuat tenaga yang nak kena pakai. Ada yang baru sorang pun dah tak menang tangan laki bini nak handle. Serius ni. Haha

    BalasPadam
  13. hahaha.. sempoi boh gambar bahu ke bawah..

    selamat pengantin baru buat adik ipar tirimu? panjangnya gelaran.. huhu

    BalasPadam
  14. Owh ADIKIPARTIRI... Ekkk macam pelik pulak .. Erkk pasangan kepada adik tiri la kan... Huahua.. Pahal aku susah nau nak paham..
    Selamat pengantin baru PB .. Eh eh adik ipar tiri PB.... Atau singkatannya adik pari... Muahahaha...

    BalasPadam
  15. 6,7??alang2 lajak sampai 10 je...heheh..senang nak ingat jumlah anak nanti..:p

    BalasPadam
  16. huk huk... I pun nak beranak 6 7 skali harung kalau boleh, sakit giler woooo beranak baru2 ni, tapi nak anak ramai lagi, canner. dah la kena kejar masa kalau nak ramai lagi ni, nampak nau tuo nyo hohoho.

    BalasPadam
  17. selamat pengantin baru ... insha Allah , luth ada adik lah nanti tu ... heeee

    BalasPadam
  18. Selamat pengantin baru.

    BalasPadam
  19. Selamat pengantin baru buat adiknya...ciaan sekerat jer gambarnya...

    BalasPadam
  20. bagus kalau ada impian tu pb. saya pun dulu nak 10 anak tapi Allah tak izinkan.
    kesian pengantin...nampak tangan je..

    BalasPadam
  21. selamat pengantin baru buat adik PB
    wahh nk 6 anak yek..insyallah..chaiyok!!
    kite 5 je dh leee...x daya dahhh kui kui

    BalasPadam
  22. selamat pengantin baru buat kedua mempelai..

    BalasPadam
  23. memang agak kering klu balik kg hujung2 bulan...hehe..
    apapun selamat pengantin baru buat adik PB..moga bahagia till jannah...:)

    BalasPadam
  24. Selamat pengantin baru buat mereka.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...