Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140619

100%

Customer asyik komplen je bulan ni. Dan aku pulak asyik kena marah dengan bos je bulan ni. Customer marah, aku kena marah. Aku marah, aku tak tahu dah nak marah kat sapa. Tapi tak apa, kita sabar banyak-banyak. Salah kita, kita tak beri komitment 100% lagi. Sekejap-sekejap teringat nak update blog. Bos aku tak tahu, update blog ni salah satu persedian kalau nak berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa suatu hari nanti. Atau lepas pencen.

Ustaz kata, kalau gaji kita 9 ratus pun, kalau kita kerja macam orang gaji 9 ribu. Rezeki tu akan macam orang gaji 9 ribu juga. Cuba guna dulu cadangan ustaz ni, kalau tak jadi juga baru fikir nak berhenti kerja. Kira pilihan paling akhir lah tu, lagipun lebih setengah tahun 2014 dah ni. Rugi tak dapat bonus nanti. Nak berhenti kerja, kena pilih awal tahun.

Semangat betul aku main sukaneka. Mesti menang! Datanglah semangat nak bekerja ni..Oh..datanglah.


Maaflah kawan-kawan, sibuk sikit kita sehari dua ni. Jeling-jeling gitu je blog member-member.  Ingat juga nak gi jalan rumah kawan-kawan blog tapi tak berapa sempat sikit. Ada lapang sikit, kita ingat nak link blog member-member kita yang selalu bergosip sini. Kalau ada yang terlepas pandang kita buat tak tahu, atau selalu datang rumah kita tetapi kita ni berat sangat kaki nak gi jalan rumah kawan, bagi tahu lah..dengan ucapan ‘sombongya.’ 

14 ulasan:

  1. X per take ur time...kalau bz just dulukan kerja..ok? SA pun bz..x dpt nk bertandang selalu...mlm pun x byk nk blogwalking sbbpenat

    BalasPadam
  2. Sama la PB..sibuk la jugak minggu ni..

    BalasPadam
  3. Bestnya main air tu.

    BalasPadam
  4. Samala kita..dok jeling2 blog je..tak sempat lagi nak bertandang..hari ni baru ble..huhu

    BalasPadam
  5. xper...kita pon kalau bz dpt nk update blog selalu and bw..biasalah tu.

    BalasPadam
  6. takpa PB..ambil masa untuk bereskan kerja2 tu dulu..dah ok dah, jemput la dtg ke blog :)

    BalasPadam
  7. Sabau ajelah PB.....dah makan gaji namanya. Gaji tu termasuk duit kena marah dgn boss tu tau haha....Betul tu....nk berhenti kena planned betul betul kalau tidak melepas bonus 6 bulan gaji hehe

    BalasPadam
  8. Okla tu sempat jgk jeling2..jgn x update blog langsung...hihi..

    BalasPadam
  9. Kerja kena sepenuh hati.... blog sekejap2 release tension ok la.. hihihi

    BalasPadam
  10. oklertu kerja harus dibereskan... memang ada kalau kita rsa dah nak cari keje lainjer.. esok2 dah sejuk okler kejeni..
    yang penting kerja sepenuh hati...

    BalasPadam
  11. sama la PB..pk bonus je tak jadi berenti..alahaii..duhai hati, bertabahlah..
    main air memang best..

    BalasPadam
  12. mcm tu la cabaran kerja . klu x nak kena marah , jadi boss ... heh heh . dulukan yg ptg . bonus tu rugi klu terlepas ... lambat atau cepat , janji x lupa melawat rumah kawan2 .

    BalasPadam
  13. Yalah PB ... dah katanya makan gaji haruslah terima segalanya dengan tenang hati. Nak stress, stress selalu, orang lain tak susah, kita dan keluarga kita gak yang susah. Wah, pencen nanti nak jadi blogger sepenuh masa ya? Kita nak rileks-rileks tepi pantai je....

    Kalau dah sibuk nak buat macamana. Oklah, lenkali kalau terlepas pandang nanti kita ingatkan - Lum jengah rumah lagi... SOMBONGnya sekarang ni ek !

    Keh3x.

    BalasPadam
  14. nilah asam garam kehidupan harian

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...