Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140624

Aku surirumah

Pagi ni lepas solat subuh, kejut cik abe bangun. Macam biasa, kena bebel-bebel sikit.

Masuk dapur, buat air cuka epal untuk aku. Amalan detok kekonon. Buat air nescafe, kefin sikit untuk lakiku membangunkan otak pagi mengantuk. Potong epal hijau masam-masam manis, kekonon nak breakfast secara sihat. Dasar tekak Melayu, tak cukup makan sikit-sikit. Potong juga kek Marble E€on $ave yang dah dilayer dengan chese sesedap rasa aku.

Sambil lakiku siap-siap nak pergi kerja, minta tolong bukakan bilah kipas angin. Kotor berabuk sangat, nanti gatal hidung. Kipas angin bilik tok ma pun bawak masuk bilik. Kipas atas tak cukup, panas sangat. Ni rasa nak pakai aircond ni.. Aku gosok, sabun bilah-bilah kipas. Liat  betul kotoran melekat.

Lakiku panaskan ejin motor. Sambil lepak dilaman, susun rancangan pokok-pokok kayu, sayur dengan laki aku. Ingat nak alih sikit pokok-pokok ke tepi pagar sikit. Susun cantik-cantik. Sekarang nampak semak sangat. Janji dengan laki nak buat projek ubah suai, susun atur laman petang karang. Sangat teruja.

Lakiku dah pergi kerja sekarang, Luth tidur lagi.

Hari ni aku surirumah. Pengasuh semalam dah tak sanggup nak jaga Luth. Dia menangis sepanjang hari semalam.

20 ulasan:

  1. Best kek tu..hihihi..btw slmt jd surirmh lah cik petakbunga..:)

    BalasPadam
  2. Samalah kita surirumah..alamyeker,..luth xserasi kot ngan pengasuh..cian luth...

    BalasPadam
  3. alahai ..kesian luth..semalam pun akak jadi surirumah ...hehe..bestnya duk umah tak yah kerja..:)

    BalasPadam
  4. sedap je nmpk kek tu;-)

    BalasPadam
  5. kesiannya dgr Luth menangis seharian...emmm, kenalah PB cari pengasuh lain plak..

    BalasPadam
  6. Seronok duduk rumah dgn anak2 kan..

    BalasPadam
  7. siannya luth.. sian jugak ko.. tapi seronok dok rumah.. haha..

    BalasPadam
  8. untungla dapat jadi surirumah hari ni :P

    BalasPadam
  9. aduh idaman hati betul kalo boleh dok umah jadi suri rumah.....rase ari ni gak nak anta surat resign kalo boleh heheheeheh...syok dpt membesarkan anak sendiri kan...

    wow bagusnye awak minum cuka epal...dulu lieya minumgak mase buat atkins....pastu tak tahan dah bauuuuuu die....surenderrrr lieya hahaahahaha

    BalasPadam
  10. best betul kalo cite2 itu menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  11. Hi PB, best la dok rumah.. rasa. Luth tu belum biasa dengan pengasuh semalam kot, tu yang nangis je..

    BalasPadam
  12. aku xleh nak jd surirumah smp bulan 7..cuti aku dh abis tunggu system refresh balik cuti aku..pastu baru leh sambung jd surirumah blk..huahuahuahua..

    BalasPadam
  13. Alamak, kesiannya Luth! Maknanya percubaan hari pertama Luth tinggal dengan pengasuh tak berjalan lancarlah yek! Mana nak cari pengasuh lain ni, PB? Tak tanya jiran-jiran yang lain ke, mana tahu ada yang sanggup nak jadi babysitter baru Luth?

    Padanlah macam-macam buat pagi-pagi buta. Kalau kita ni hari bekerja, memang rushing je walaupun bangun sebelum Subuh. Ni leh basuh kipas, tengok pokok-pokok luar rumah, oh ohsemnya kalau dapat pagi hari bekerja begini... Kita cakap dengan suami pun tidak pepagi tau, nak cepat sempat salam jek :)

    BalasPadam
  14. Kena cari babysitter yg ngam juga buat Luth tu PB.. tidak nangis jer sepanjang hari.. best APA jadi surirumah.. happy jer tak kalut pepagi nak gi kerjakan..

    BalasPadam
  15. Sekali2 jadi suri rumah teruja pulak...sian luth...

    BalasPadam
  16. surirumah mmg ohsem..huhu

    alahai kenapa dengan pengasuh luth yg sebelum ni..budak dah cerdik mmg la tak nak dengan org yg tak kenal.temphoari sy kursus tinggalkan sekejap afia dengan acu dia,meraung tak ingat smp muntah2..pas antyar sy tempat klursusu cepat2 en suami balik..ada abah dia baru ok.hehe

    BalasPadam
  17. luth dah biasa dgn tok ma dan suasana rumah dia ... mungkin juga sbb baru first day dgn org luar so tak dpt biasakan diri ... sabar lah ... tenang kan fkiran ... insha Allah , adalah penyelesaiannya nanti ...

    BalasPadam
  18. Bestnye kan doj umah. Boleh buat macam macam. Berangan jugak nak jd surirumah. Boleh berangan je la.

    BalasPadam
  19. Bestkan jadi surirumah...kan okje dah kata best.... Yang tak bestnya cuma ilek money hehe.....
    Amboi rajin membersihkan kipas.....OKje nak gak basuh tingkap dapur tu rasa mcm dah berkeladak sangat...tp ayaq pulak tak berapa nak mengizinkan.....
    Masalahnya...time tak de ayaqlah rajin tu datang hehe

    BalasPadam
  20. seronok tau jd surirumah...verangan nak jd surirumah spenuh masa..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...