Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140602

Anak kecil merajuk

Sejak akhir-akhir ni Luth makin pandai merajuk. Kalau salah sikit, ada yang tak kena dia akan buat gaya merajuk. Contohnya semalam dia nak gelas yang ayah dia minum. Gelas plastik tu memang kadang-kadang aku bagi dia, tetapi kerana air teh masih penuh dan panas maka ayah dia tak bagi. Bila ayah dia tak bagi, dari berdiri dia terus hentak punggung. Menangis sambil tunduk muka ke lantai. Aku ambil gelas lain, isi air masak sikit bagi kat dia. Pun dia tak nak, dibuang gelas tu. Protes la tu. Kemudian bagi gelas yang dia nak asal tu. Pun marah lagi. Dibaling semua gelas tu. Tak puas hati lagi lah tu. 

Aku dengan ayah biarkan sekejap. Sebenarnya kalau boleh kami memang tak nak lah biarkan dia menangis gitu. Aku dengar ustaz kata jangan biarkan anak kecil menagis, nanti anak kecil bila besar jadi degil kalau tak dipujuk. Orang tua pun selalu pesan, jangan biar anak kecil menagis, nanti dia rasa seronok menagis dari tak menangis. 

Bila ayah dia hulur tangan, nak dukung pun dia meraung. Menjerit lebih kuat pulak tu. Tak nak terima pendamaian. Dipukul-pukul peha dia, hentak-hentak kaki. Menangis dengan bersungguh-sungguh. Macam sakit-sakit je. 

Puas menangis, dia ambil balik gelas tadi, letak kat mulut dia. Lepas tu dia buat bunyi..hu..ha..hu ha dari dalam gelas. Bergema-gema. Bila kita sorak..pandainya Luth. Dia ketawa bangga.

Tak tahu lah aku macam mana nak pujuk anak kecil ni. Nak digula-gulakan pun kecil lagi. 

Aduhai anak sorang. Sabar je.


GiveAway ala-ala aku tak ngudi lagi..nanti-nanti ek.

24 ulasan:

  1. Luth dah pandai merajuk ye..

    BalasPadam
  2. Luahan perasaan Luth tu PB hehee... tau pulak dia gelak bila PB dan en hubby tu sorak bila buat macam tu.. :)

    BalasPadam
  3. kalau aisy menangis aku peluk dia pujuk pelan pelan.. biasanya menjadi.. dia sampai lentok2 muncung2 mengadu..

    kalau kakak dgn abang tengok mood aku la.. tgh baik hati aku pujuk.. kadang aku biar je.. kijam kan aku.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak selalu syg adik.
      manjalah aisy, pas ni nak bolh adik tak de dah dipujuk

      Padam
  4. anak2...memang suka merajuk..besok2 dah besar skit..pandai mengadu..
    kadang2 suka gak tengok diarang merajuk tapi bila time kita berserabut..geram pun ada..sabau jelah..:)

    BalasPadam
  5. Dah pandai merajuk ye.....tp klu aku, anak aku, aku biarkan kejap dia nangis.. pastu br pujuk :)

    BalasPadam
  6. dah ada perasaan tu...tu y merajuk..pujuk juga, tengok gayanya...sapa tak sayang anak kan..

    BalasPadam
  7. kalau tanya pendapat doktor pulak, biarkan anak2 menangis dulu. elok untuk paru2nya. baru pujuk..jangan baru bunyi ek sikit dah pujuk. macam2 kan pb..
    kecil lagi luth tu....protes nakkan perhatian, hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kdg x lart, biar juga..bgus ek utk paru2.. tp kita mak ni cepat kesian

      Padam
  8. ada la akal baru nak muncul tu... sbb tu merajuk lebey ;)

    BalasPadam
  9. Comel Kak Ton...Kak Ton dapat dari mana? Huhuhu ....

    Anak kita kalau nak nangis, kita biar aje. Kalau dipujuk, dia naik lemak berkilo-kilo. Kalau nak apa-apa, dia nangis siap-siap sebab nanti mak pujuk pastu dapatlah apa dia nak. So, kita tukar style, kalau nangis jek tak dapat apa-apa. Kalau berhenti nangis baru Mommy bagi apa nak...

    Luth dah pandai baca response makpaknya ni. Bravo Luth. Buat hal lebih sikit biar makpak fikir 18kali kalau nak anak 6,7 lagi. Hahaha ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. org kata kalau anak ramai, jd x manja dah..

      Padam
  10. Assalamualaikum, kunjung balas ke sini. Terima kasih singgah di blog saya.

    BalasPadam
  11. Comel kak ton..huahuahua..

    Luth dh byk akal..;)

    BalasPadam
  12. Ikut PB kot kuat merajuk...ekekeke...

    BalasPadam
  13. Nampaknya Luth dah tahu apa best nyer tantrum…
    Kena lebih bertabah lah yer PB :)
    Kalau saya mmg jenis tak layan sgt anak2 bila merajuk… Dah dia nak benda yg mmg tak boleh, lagi la saya tak bagi…. mmg kena explain betul2 kenapa kita tak beri… Kalau tak jalan juga, merajuk la sorang2… hahaha, jangan ikut sbb saya mmg mak yg ganas… Strict i told you...

    BalasPadam
  14. kalau anak saya merajuk, saya bawa keluar carikan kucing. memandangkan dia seorang yang tak boleh tengok kucing :)

    BalasPadam
  15. Budak kecik mmg gitulah PB...nak ikut kata dia aje...Semua dia yg betul.... masa umur mcm ni mmg dia yang jadi tuan...ikut kan ajelah hehe...
    Meh lah Okje cakap bagi pihak MD.... cantekkkkkk

    BalasPadam
  16. alololo merajuk plak si comei ni....majok nape tu?

    BalasPadam
  17. Amboiii luth dh kuat merajuk skang

    BalasPadam
  18. Aku baca, budak2 mmg akan lalui fasa mcm ni. Sama ada teruk atau tak teruk bergantung on how parents dia response. Part yg terus hentak punggung tu, kalo Luth yg satu lagi tu plak, akan buat badan keras takmok dukung takmo org peluk. Aih..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...