Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140613

Basikal roda tiga

Petang-petang hari lepas balik kerja aku akan bawa Luth keluar kat laman sekejap. Kalau aku tak sempat, Tok Ma dia akan bawa. Sebab dah biasa gitu, bila petang hari memang Luth tak boleh duduk dalam rumah. Merengek je kepanasan. Keluar sekejap pun tak apa. Tengok abang-abang naik basikal, kakak main kejar-kejar dia dah rasa seronok sangat. Mood nak berjalan, berlari dia makin membuak.


Walaupun Luth tak berapa gagah sangat lagi berjalan, sekarang ni dia cukup seronok naik basikal. Pinjam basikal tayar 3 jiran punya, pun seronok sangat.


Tak bergerak, dapat naik, tekan-tekan hon basikal lagi seronok. 


Tetapi, biasalah budak-budak kadang berebut semua nak naik basikal yang sama. Kadang jadi kedekut tak nak bagi pinjam. Bila aku turunkan Luth dari basikal yang dia tak puas main, dia merajuk, menangis. Tak nak berjalan, tak nak berdiri, terus lembik kaki dia.


Aku ingat nak beli satu kat Luth untuk birthday nanti. Tapi macam lambat lagi nak tunggu hari lahir pertama Luth, aku pulak tak sabar nak beli, nak tengok Luth naik basikal dia punya. Tapi jiran aku kata basikal macam ni budak pakai sekejap je. Membazir je, baik terus beli basikal yang rupa basikal tu..


Dulu berapa belas ringgit je, sekarang mahal tahu. Basikal yang anak jiran punya 80 ringgit katanya. Tengok kat Rantau Panjang, macam-macam design basikal tapi fikir nak mengangkut dari kampung macam tak muat je.

Oh, aku teringin benar nak beli Luth basikal. Lambat lagilah aku nak beli gitu. Anak aku baru 10 bulan. Tak akan aku nak beli basikal besar tu. Walaupun perkembangan Luth ni agak cepat, tapi rasanya dengan fizikal dia macam lambat lagi boleh kayuh basikal besar tu. Kesian pula Luth.


Walaupun aku tak kaya, teringin juga nak beli apa yang anak suka. Ingat-ingat masa aku kecil pun aku ada basikal roda 3 ni. Memang lah dulu murah sekarang mahal, tidaklah dapat aku rentas waktu pergi beli yang murah tu atau aku simpan sahaja basikal aku masa kecil-kecil dulu buat pusaka.

Nanti kita beli basikal ek Luth. Jangan hari ni suka esok tak suka sudah.



17 ulasan:

  1. Betul cakap jiran tu, basikal roda tiga tu guna sekejap je.. tapi kita ni mak-mak memang kalau boleh nak je jugak belikan anak walau tahu guna kejap. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.. boleh simpan kat adik2 dia kan..
      ayat gian nak beli.

      Padam
  2. Basikal tiga toda memg kejap je dorg guna tp tetap jugak nak belikan.ank pnye psl

    BalasPadam
  3. teringat dulu ada basikal roda tiga nie..pastu upgrade basikal besar sikit tp still girlish hehehe..siap buang tayar kecik yg dua kt tepi supaya boleh naik basikal roda dua..hehehehe

    BalasPadam
  4. skang nie ko belikan la la mcm ala2 kete tp version budak2 umur luth..alaaaaa yg kecik2 tuh..laki aku belikan itu utk anak buah aku masa umur die 2thn..smp ke skang umur 4thn duk main lagi kete tuh..

    BalasPadam
  5. beli jelah..kesian kat Luth(biasanya mak2 yg lebih)..bukannya tak beradik lagi dah..silap2 tahun depan dpt adik..kalau dah tak pakai simpan elok2..untuk adik-adik..:)


    BalasPadam
  6. Salam Jumaat PB.. betul tu nanti dah besor sikit baru beli...sebab budak2 mmg cepat besar... Pa'e dulu masa setahun lebh kot baru beli..tpi yg roda 3 jugak lah...haha.. pastu umur 2tahun lebih beli yg lain plak..besar sikit hadiah hari jadi dia... sabar erk Luth, nti ayah ibu belikan utk Luth...hehe

    BalasPadam
  7. mesti luth suka punya kalo mak dia belikan..anak saya pengasuh belikan utk siar2 depan umah..ibu dia takdok pon beli bagai..

    BalasPadam
  8. Yelah..kita sedaya upaya nak belikan anak2 apa yg dia suka..
    luth masih berjalan terkedek eh..kata org jalan jatuh..heeee

    BalasPadam
  9. huhu..nmpk gayanya kena beli gk la..kesian luth asyik berebut dgn jiran je..

    BalasPadam
  10. beli ajalah pb. kan ada lagi bakal 5 adiknya menunggu giliran guna basikal roda tiga tu..:-)) tak rugi punya..ye kan luth?

    BalasPadam
  11. tang luth suka nak tunggang tu , beli jer . klu dok fikir itu ini sudahnya tak beli pula nanti ..

    BalasPadam
  12. Betul kata Anim tu beli ajelah...lambat lagi besarnya tu...sempat lagi Luth pakai 2-3 tahun...Kalau luth dah besar kan adiknya boleh guna pulak... Tak gitu mama Luth???

    BalasPadam
  13. beli la satu utk luth… mesti seronok dia…
    Yg jenis besar tu, hadiah masa 2 tahun pulak...

    BalasPadam
  14. blh jer beli yg roda 3 tu....lm jgk die pakai, nt simpan utk adik plak...
    nak tggu beli yg besar, lambat lg la Luth nk ada basikal hehehehe....

    BalasPadam
  15. anak saya tak dak basikal kecik. dah besar sikit pak sedara dia bagi basikal anak dia. lega,jimat duit.heheheh kalau ada adik, beli la satu, nanti adik dia bleh naik. tak la membazir..

    BalasPadam
  16. PB, I tell you... my eldest son tak reti naik basikal walaupun dah 8 tahun. Puncanya badan Abang comel dan mantap sangat, tinggi pun ya berbanding rakan sebaya.Setakat kereta mainan yang Adik selalu naik ni, tak penat dia merasa dah sempit part kaki yang montok nak disumbatkan masa umurnya sebaya Adik. Maka Mommy tak pernah beli basikal. Kaki panjang, basikal macam ni memang tak sesuai utk Abang. Kesian dan sedih sangat kita rasa masa tu. Bila Abang dah besar dan tak reti naik basikal, rasa bersalah pulak dalam diri ni. So, kesimpulannya, kalau ada rezeki lebih, belikan ajelah PB untuk Luth bila dia dah besar sikit nanti, dah pandai bawa diri bila ibunya marah :) Ada juga basikal yang leh kayuh untuk lari dalam rumah bila Luth merajuk nanti. Tunggulah sampai lepas raya. Nanti bila dapat duit raya banyak sikit, belikanlah Luth basikal ya :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...