Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140618

Budak nakal, budak cerdik

Masalah mencari siapa nak menjaga Luth dah selesai. Masa nak buka mulut, ingat sekejap pesan Puan Rai, doa sikit dalam hati.  Alhamdulillah, mudah sangat kesangupan jiran baik hati nak tolong jagakan Luth. Mudahnya dari kepala otak aku fikirkan apa ayat yang nak disusun, punyalah takut nak minta tolong.

Risau tu tetaplah risau, bukan sikit-sikit tapi banyak.

Macam biasa, tiap petang balik kerja aku akan tanya Tok Ma macam mana Luth hari ini? Macam biasa, Tok Ma akan cerita panjang. Luth menangis nak tidur. Luth tak nak hisap susu. Luth nak diulik sampai tidur. Luth tak nak makan. Macam-macam. Risau lagi aku fikir macam mana nak hantar rumah orang ni? Takut menyusahkan orang, tak boleh nak buat apa kerja jaga Luth sorang.

Luth aku ni memang popular. Hampir setaman kenal dengan dia ni. Suka menegur orang  yang lalu lalang, terutama awek secomel dia. Luth dicarta nombor satu. Suaranya paling kuat, menangis setaman boleh dengar. Fikir-fikir, ramai juga suri rumah kat kawasan rumah aku yang boleh tengok-tengokan Luth sambil-sambil tu. Kalau dengar lain macam tangis dia tu, bolehlah intai-intai juga.


Walaupun aku rasa, aku yang paling baik jaga Luth tetapi selalu juga kemalangan. Dalam jagaan aku juga Luth lompat katil, jatuh tertumus dari kerusi dan bemandi gulai asam pedas. Semalam baru mulut dia luka kena bucu kerusi. Berdarah juga sikit, puas aku pujuk nak tengok kat mana luka kemas dia kacip mulut. Lepas puas menangis aku ulik tidur, lena sikit baru dapat tengok. Bibir dia luka sikit, agaknya kena kacip gigi. Nasib baik selera lagi hisap susu.



 

Nakal dia menjadi-jadi, celik mata langsung tak duduk diam. Ke sana ke mari, tambah-tambah sejak dah dapat kaki ni. Sekejap ke dapur, mengemas bawang lada. Siap kemas dapur, singgah ruang tamu, kutip sampah sarap bawah tikar. Puas mengutip sampah, masuk bilik pulak nak panjat katil. Kemas mana yang berkedut, mak tak sempat kemas sebab bangun pagi lewat. Sibuk sungguh kehidupan Luth sekarang ni. Tak apa, sebab aku lagi risau kalau dia tak aktif, tak nakal, sakit ke dia kita tak tahu.  Orang kata budak nakal, budak cerdik. Lagipun, banyak faedahnya bila dapat anak yang aktif ni..salah satunya maknya akan selalu kurus, dan automatik akan cantik..eh tiba-tiba rasa syok sendiri baca komen Puan Hainom semalam-semalam. Kembang setaman hari-hari ..Hik..hik.

Mintaklah semuanya baik-baik.


Aku bukan serah Luth kat orang jaga, aku serah Luth kat Allah jaga. 

19 ulasan:

  1. pengasuh dekat umah senang kalo apa2 pon.. adik saya dulu pernah gak mandi asam pedas kat umah pengasuh.. habes satu badan gelembong ^_^ lepas tu terus xhantar dah kat sana sebab pengasuh jenis kaki dera ..

    BalasPadam
  2. Itulah hikmah Luth menangis lantang satu taman boleh dengar.
    Betul Allah jaga Luth bukan kita manusia. Kita semua sebagai perantara aje

    BalasPadam
  3. ada kelebihan Luth nangis kuat2..kalau ada apa2 boleh dengar suaranya setaman...
    Pb dah boleh menarik nafas la ya..jiran dah setuju..harap Luth pandai menyesuaikan diri nanti..Budak bijak..In Sha Allah ..ok jer nanti..:)

    BalasPadam
  4. Hihuhihi... betul tu ... biar nakal asalkan sihat... yang penting kuruskan... hihihi

    BalasPadam
  5. heh heh ... exercise yg baik utk kekal ramping . pandai luth .

    BalasPadam
  6. Luth kan hero..mana leh duk diam2..hehe..
    samala kak Aisyah pon eksiden..bibir pecah..

    BalasPadam
  7. hehe..beselah boboy ni mana boleh duduk diam...
    yang penting Luth sihat

    BalasPadam
  8. luth boleh masuk dlm calon menantu aku...mungkin akan dipanggil intebiu kali kedua dan ketiga sbb qisya ngan luth sama je peel nye..nangis kuat smp selorong depan belakang boleh dgr...pemes dhhh..bile jmp ngan sape2, "oooo inilah budak yg selalu dgr nangis tuh"..ayat tuh dh biasa aku dgr dh..ahahahahaha..

    mesti ko lega selega2nya kan jiran ko nak jaga luth..

    BalasPadam
  9. salam k.PetakBunga ...
    huhu..tgh mencari pengasuh ker..insyaallah..mudahan serasi..
    luth yg comey dan lasak.. besar nnti mesti bijak orangnye

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...selesai satu masalah...

    insyaAllah...berdoa la agar semuanya baik2 je

    BalasPadam
  11. memang umur dorang nie sangatlah tak lekat nak pegangnya..yg anak dara sy pun dah makin pandai meragam kalo takikut kehendak dia...huhuh

    BalasPadam
  12. hero katakan mmg xduduk diam.. mmg budak aktif ni budak yg cerdik.. tu semua proses pembelajaran dia

    BalasPadam
  13. alhamdulillah.. settle..

    aku ingat something yg ko makan masa pregnant kot yang Luth jadi aktif gitu.. tapi Aisy pun sama tau.. ada je benda dia nak buat.. dahi calar2 dah.. nasib baik mak mertua aku tak kata aku pendera anak.. huhu..

    BalasPadam
  14. Lepas solat sll la baca fatihah. Niat dlm hati moga allah jaga anak kita sebaik baiknya

    BalasPadam
  15. betul ayat kat bawah tu. tu lah yg selalu kak sebut kat hati bila tinggal berdua saja dengan si abdul di SP..
    part lasak tu, biasalah anak lelaki. kalau tak de berbekas sana sini, tak gagahlah kan lut kan...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum.

    Budak, dah dapat kaki, memang ligat. Kalau kena cara, memang boleh jadi kurus n aktif jaga budak usia macamni..tambah lagi menyusu badan. Itu hsil pengamatan saya, tgk keadaan sekeliling,hehe

    BalasPadam
  17. Makin nak membesar kan tu yg lasak skit kot.. InsyaAllah semua akan baik2 je.. lagipun Luth good boy...hehe..
    doa banyak2 moga Allah sentiasa memelihara anak kita....:)

    BalasPadam
  18. Kira ni dah bersemangat nak menjaga anak yang aktif sebab akan terus kekal langsing dan cantiklah tu :) Eh, Luth dulu tali pusat lama tak tanggal? Si cerdik pandai imam muda kat rumah ni, 25 hari lepas lahir baru tanggal tali pusat tau. Orang kata lambat tanggal, nakal sikit. Confirmed betul kot ...

    Nasib baik Luth spesies budak yang rajin. Mak tak kemas rumah, dia boleh jek tolong. Kalau jenis yang baring bersantai je, lagi susah hati mak nanti tau!

    BalasPadam
  19. Laaa....rupanya vontot yg mengembang semalam tak kecut lagi hehe....
    Legalah yeh PB dah laku Luth tu bila Tok ma balik kg ni....
    wah dahsyat sungguh penyerahan tu...mmg tawakkal ala Allah sungguh tu...mmg itu pun sepatutnya...
    mmg betul kata org budak yg aktif ni mmg bijak budaknya...mcm Luth!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...