Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140630

Business Pom Pom Girls 23268

Sambil-sambil jadi surirumah aku terfikir juga nak ada business online sendiri. Business online ni bukan barulah sangat dengan aku. Cuma aku tak mampu nak maintain je business online dulu terutama lepas kahwin, sibuk sangat. Entah apa yang sibuk tu..

Tengok orang jual tudung, rasa nak jual tudung. Tengok Tudung Fareeda tu sampai tertempek kat kapal terbang..kaya tu. Rasanya kalau musim raya ni, mahunya dapat beli kapal terbang kot taukey tudung tu.

 Fikir, lepas fikir-fikir. Kena rancang betul-betul dulu. Bukan main ikut je apa orang buat kita nak buat. Tak ada identiti, payah nak berjaya. Takat tiru orang, tak pasal-pasal kena saman pula.

Kena cari business yang mudah nak handle terutama aku dah ada kerja tetap sekarang ni. Kira business yang tak membebankan sangat dan aku suka. Insyallah. One fine day.

Bercakap pasal business aku geram betul dengan melaun yang buat business pom-pom girl ni.


 Korang pernah tak dapat message dari nombor 23268?
RM1.  Enjoy Pom Pom Girls Vid(No data caj)
 Aku salin balik sebiji sebutir message yang aku terima.

Aku pulak jenis yang kadang-kadang malas nak baca sms daripada nombor-nombor begini, buat-buat tak tahu je. Aku kan perasan sibuk. Tak ada masa nak baca benda tak ada faedah. Sebab tiap-tiap hari aku dapat sms begini, aku dah rasa menyampah.

Tahap menyampah aku mula bertukar jadi nak marah pula bila aku perasan RM1 kat depan sms tu.. tu pun entah dah berapa hari aku terima sms tak berfaedah ni. Ke seminggu sudah. Dan aku tak perasan pun kredit aku ditolak atas sms yang aku tak pernah langgan.

Lepas beberapa hari baru tergerak tangan aku nak reply ‘STOP’.

RM0. Anda telah Berjaya membatalkan service POM2. Terima Kasih.

Huruf kecik-huruf besar aku salin sebiji sebutir.

Pandai pulak sms ni berterima kasih. Aku nak je maki sms ni. Bila nya aku langgan? Macam ni punya bisness pun ada ke? Kerja menipu je.

Budak-budak aku foeigner worker selalu mengadu kat aku kredit diorang selalu habis lepas topup agaknya pasal ni lah. Aku ingat diaorang yang duk download entah apa-apa. Manalah diorang reti nak Stop ke apa. Senangnya berniaga.

Berniaga tu dah bagus, ikut nabi tapi tengok jugak berniaga apa, bagaimana kaedahnya..jangan duk fikir duit je..


Sabar, puasa.

18 ulasan:

  1. oh tak pernah lagi menghadapi situasi dan masalah yang begini... dah macam boleh agak jer pom pom girls tu business apa...ha ha ha.... salam ramadhan PB...

    BalasPadam
  2. haha...ada jugak yg macam ni ek..tak langgan pon kata kita langgan..mmg marah betul la..

    BalasPadam
  3. suami slalu ngadu cmtu.asal topup ja kdit abis kena tolak.psl bisnes ni la kot.mybe dia lupa la tu dok download apa sblm2 ni

    BalasPadam
  4. memang geram dgn sms tak diundang mcm tu..kita sibuk2 dok buat keje,igtkan urgent sgt..bila baca sms entah apa2..yg nak kena stop tu lg la hot...

    BalasPadam
  5. salam ramadhan
    singgah pagi....lama rasanya sy x blog walking
    hari ini ada peluang so singgah jap =)

    BalasPadam
  6. xsuka gak jenis langgan melanggan ni

    BalasPadam
  7. memang hangin la kalau dpt sms camni..makan duit orang..kerja menipu..
    Apa susah Pb..bisnes shaklee ngan akak pon boleh..hihi..:)

    BalasPadam
  8. X pernah dapat pulak msg macam ni. Kalau dpt pun x berminat nak layan.

    BalasPadam
  9. Memang dapat jugak selalu tp sebab post paid kan tu yg tak perasan...sian pulak laki mak kena bayar gini...harus reply stop jugak lepas ni

    BalasPadam
  10. Oh, tak pernah pulak dapat! Nasib baik sebab kita pun memang jarang nak membaca sms gini gaya. Mahu terus kena campak masuk tong sampah. Nak cepat kaya pun kenalah berhemahkan ... menyusahkan orang lain, siapa yang suka!

    Eh, ya ke Fareeda ada kat kapal terbang? Hebatnya...dulu-dulu pernah baca kisahnya setakat tukang jahit jek. Tuah manusiakan....

    BalasPadam
  11. ada tau sms y kalau kita tak reply dia kan terus je hantar dan cas..camtulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. keji kan business ni? tak pernah langsung kita melanggan benda2 x berfaedah gini.

      Padam
  12. saya pun kalau sms gini saya tensen
    sekarang saya block aje semua sms yang gitu
    senang hati

    BalasPadam
  13. perghh.. aku kalau dapat msg jenis gini cepat2 delete terus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku g delete lah tak baca kena charge tb2.

      Padam
  14. klik kt link tu...masuk je...terus download apa ntah...terus cancel...macam2 cara org nk menipu...dpt duit cara menipu

    BalasPadam
  15. hahaha..tuh semua.teknik nak tolak kredit org kan...whattttheeefishhhh

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...