Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140603

Cirit-birit

Baru je aku cakap Luth tak pernah deman, minggu lepas Luth dah kena cirit birit. Aku harap, kenyataan aku tu tak lah jadi macam aku sombong pula. Haruslah aku sebagai mak gembira anak sihat walfiat, tak kira siapa pun. 

Aku pun tak tahu kenapa Luth boleh cirit birit. Tapi aku ambil perhatian semualah kemungkinan-kemungkinan penyebabnya.


Aku tak tahu apa kaitan menganjak bulan dengan perubahan tabiat anak. Tapi kalau dia ada perangai baru macam bulan lepas dia tidur awal, bulan ni dia tidur lewat.. Maka aku selalu salahkan bulan. Macam orang datang period pulak!. Jadi mula-mula dia berak dari sekali, dua kali sehari ke 5,6 kali sehari. Aku salahkan beralih bulan.

Lepas tiga hari Luth cirit birit baru aku pergi jumpa Doktor. Malu betul aku bila doctor tanya dah berapa hari kena? Rasa macam tak bertanggungjawab pula lepas tiga hari anak sakit baru nak terhegeh-hegeh jumpa Doktor. Luth ni walaupun asyik cirit birit tetapi aktif dia langsung tak kurang. Time menangis, menangis dengan bersungguh. Time ketawa, gelak mengekek. Makan pun okey jer. Memang tak ada nampak lemah cuma aku je rasa penat, baru sekejap tukar lampin dia memberak lagi.

Doktor tanya juga kot ada tukar susu lain ke? Mungkin tak sesuai. Tak ada pulak aku tukar-tukar susu. Lagi pun Luth pun masih menyusu aku. Susu formula cuma topup . bila hari aku kerja sebab stock BM aku cuma 2 botol sehari. Sikit sangatlah hisap, sebulan, dua tu tak habislah susu formula dia. Doktor cuma cadang cairkan sikit susu dia jika dia masih cirit-birit ni. Aku pun risau takut susu aku yang tak sesuai. Kebetulan juga minggu lepas aku puasa jadi aku rasa tak adalah makanan pelik-pelik sangat aku makan. Makan biasa-biasa je. 

Aku paling takut kalau makan dan minum dia tercemar. Sebelum tu aku dah basuh semua botol-botol susu dia dengan air panas. Bab air panas buat cuci botol ni, aku sikit konfius sebab ada aku baca kata tak boleh guna air panas. Tapi aku guna prinsip, botol susu memang tahan air panas jadi tak keluarlah bahan-bahan bahaya nya. Lagi pun aku bukan masak botol susu tu. Lemak-lemak susu tu memang susah nak tanggal kalau tak rendam dengan air panas. Kan sentel kuat-kuat calar pulak plastic tu katanya keluar pulak bahan bahaya tu.

Masa aku pergi malam tu badan Luth sikit panas, tetapi doktor check katanya tak deman pun. Patutlah aktif je. Kuat je dia. Doktor bagi 2 jenis ubat untuk cirit birit dan sakit perut. Aku bagi malam tu balik klinik dan pagi esoknya.

Alhamdulillah dah tak berak. Aku berhenti, kan terus tak berak naya pulak aku kena cari ubat nak kasi berak pulak.

Biasalah budak usia ni semua benda dia nak kutip buat masuk mulut. Tu lah yang kena cirit birit aku rasa.

Habuk belakang tikar lagi dia cari. Sportcheck mak dia ada bersihkan ke tak?




19 ulasan:

  1. Bila anak sakit mak ayah jadi serba tak kena.

    BalasPadam
  2. Aalahai anak mak.. check habuk bawah tikar sampai cirit-birit ye sayang....

    Kalau kakak dulu pun macam PB kata nak tukar bulan juga... sebab itu kena 2-3 hari nanti baik..

    BalasPadam
  3. Irfan pun baru baik dr cirit birit...berak byk kali...tp dia xde merengek sakit perut ke apa...
    risau gak...

    BalasPadam
  4. sian luth.. beralih bulan la tu kot..saja bagi mak dia panic.. hehehe...

    walau pun bpa free aku pun tak basuh dgn air panas. sbb kawan aku pergi kursus, dia kata BPA free pun chemicalnya boleh keluar kalau guna air panas. so rekomen guna tablet utk steril tu je.. aku pulak tak kose nak beli tablet2 bagai tu.. so aku basuh dengan air suam+sabun dish drop.. sbb air panas tak boleh.. air suam takpe kot..hahaha...

    BalasPadam
  5. sampai bawah tikar Luth spotcheck yer sayang he3... semoga x berulang lagi, InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... dah sembuh pun..

    BalasPadam
  7. baby senang kene ceri beri kan... kalau makanan tak sesuai ngan dia pun kena, manalah kita nak tahu makanan tu tak sesuai perut dia kan

    BalasPadam
  8. istilah tukar bulan tu memang selalu juga saya gunakan..
    ceret beret pulak luth..iyalah, kadang2 kerana air, kerana makanan yang tak sesuai dgn perut dia. sama dengan anak kak yg kecil dulu, satu hari dekat 10 kali membuang. puas p doktor sana sini. doktor ke 5 barulah Allah izinkan sembuh. rupa2nya alah dengan susu lembu. kena cari susu soya ..

    BalasPadam
  9. memang selalu pakai istilah'beralih bulan'..doc pon slalu ckp cam tu..hihi..apapun kena berjaga2 juga..jangan sampai anak lembik..letih sebab cirit..kena jugak bagi ubat..
    Budak2 baya Luth ni ni memang suka mengutip..benda yg kecik2 tu la yg diarang nampak..:)

    BalasPadam
  10. Cirit birit nak membesar ni .... :)
    Sampai bawah tikar luth spotcheck hehe

    BalasPadam
  11. Salam PB...mmg risau klu anak cirit birit..sy sllu risau anak hidrasi..kurang air...bab tu klu cirit birit laju je bawa gi klinik. .. tapi faktor nak besor pun iya kot..bak kata org2 tua...:-)

    BalasPadam
  12. Kalau kita, belum sempat sehari cirit birit dah sibuk nak jumpa doktor. Itu jenis mak yang melampau ler kononnya. Biasa gak dengar beralih bulan, bertukar arah angin budak-budak ni. Kalau Luth rajin buat spot check gini, ibunya kenalah ambil langkah berjaga-jaga - lebih rajin berkemas. Kih3x.

    BalasPadam
  13. Tapi betullah PB...okje dulupun salahkan bulan hehe.... lagi lagi kalau demam mmg bulan semata yg salah...Sian Luth...nak ringankan badan nak berjalan kot

    BalasPadam
  14. cian luth...

    mcm aku pun kalau qisya demam mesti salahkan bulan itu..kesian bulan itu..mungkin ayat penyedap hati gamaknye..

    BalasPadam
  15. aloololo ciannyer luth....
    erm, ade org ckp anak kalo nk beraleh bulan or nk pandai mmg cirit birit...tp setakat ni alhamdulillah Medina blom lg menunjukkan tanda2 tu.

    BalasPadam
  16. alhamdulillah dah sihat ... org single cam saya ni x tahu nak kata sbb apa leh cirit birit ... heh heh heh

    BalasPadam
  17. susu badan lagi..untunglah luth.. sihat dah luth ye..alhamdulillah..
    kalo anak saya cirit kompem susu formula dia tercemar (100% minum susu formula)..kena la beli susu tanpa laktosa..

    BalasPadam
  18. Budak kalo cirit birit mati dikaitkan dgn susu kan...tp kdg kdg diorg nih suke mengutip jugak...tuh jugak leh pnce cirit birit kan

    BalasPadam
  19. Aku rasa betul le sbb dia mengutip. Beralih bulan pun betul gak. Tapi skrg dh sihat, syukur alhamdulillah.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...