Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140606

Diam sudah

Ayat manis je..

Dua tiga hari ni aku rasa kecil hati. Semalam aku dah cakap kat laki aku, esok aku tak nak masak. Aku masak tak sedap.  

Hari itu aku bakar ikan pari yang dia nak makan, siap bersambal bawang lada, asam jawa dan segala benda dalam peti ais ikut kreativiti ala master chef. Bau ikan pari memang aku tak suka, tapi aku tahan dan aku makan teman dia. Sekarang laki aku makan sepinggan tak bertambah, sebab dia kata nak diet. Bila ikan pari tak habis, nasi dia dah habis aku suruh dia ratah. Dia kata, tak nak. MASIM. Aku kecil hati.

Semalam aku goreng ikan pekasam. Kali ni aku buat kelainan sikit. Ikan pekasam aku celup bancuhan tepung beras. Kekonon nak buat ikan celup tepung yang rangup. Aku siap bubuh baking powder sebab aku ingat mak kakak ipar aku cakap goreng pisang kalau nak rangup, bubuh serbuk penaik sikit. Bila laki aku makan, dia kata MASIM. Aku kecil hati. Ikan pekasam memang lah masim. Tak akan nak masam je.

Tak habis lagi, petang itu aku buat bakar pudding roti. Tak payah ikut resipi. Blendkan je susu cair dengan telur dan tepung kastad sikit. Tuang je dalam roti. Malam tu aku siap suap kat mulut laki aku, dia kata MASAM. Lepas itu, aku pun ungkit segala-segala cerita lama..
Aku salahkan LIDAH dia!

Tak reti rasa makanan yang kreatif. Tak reti jaga mulut dan hati aku..

Sedap kan Luth mak masak? Tak payah kawan dengan ayah.

Benda kecil, tapi aku ngukit semua penat lelah aku. Aku kan tengah ganti puasa. Penat tau. Mana aku boleh rasa makanan, kan aku rasa termakan pulak. Tak payah jujur sangat beri komen. Aku nak dengar komen yang jujur bila aku masak sedap je. Sedapnya, lahir dari hati yang ikhlas. Tanpa ada paksaan, bukan membodek. Eh macam na nak ikhlas ni? Aduh, aku pun tak faham. Maksudnya puji bila sedap je. 

Tak sedap diam sudah.

25 ulasan:

  1. ahhaha..ayat merajuk ke ni PB... hihik.. alah, suami ckp je tu walhal memang sedap pun isteri masak dgn kasih sayang bah... hehe..
    Luth juga yg manis tersenyum... Luth kawan dgn mama erk... haha

    BalasPadam
  2. agak tersentuh hati SB. rasa kecil hati tu mmg patut ada..sememangnya agak sukar sikit kalo masak tak ikut tekak sendiri.sabar je lah jawabnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak malu tulis resipi... nanti kita stdy resipi SB

      Padam
  3. Haha. Kalau saya pun merajuk kalau dah 3 kali kena komplen je. Cer bagi dia masak sendiri pulok, entah sedap ke tak.. Tapi jangan merajuk lama2..tak baik tau. Kurang pulok pahala puasa tu..

    BalasPadam
  4. hehehe.. kalau en. suami saya.. dia akan jawab balik 'macam mana nak sedap kalau baru komen kata tak sedap..lepas tu taknak masak dah..'

    BalasPadam
  5. alahai cianye ibu Luth......saje je tu cik abang nak gurau2...yang penting awak masak sedap
    tringat dlu masa pregnen....ada geng boleh gilir masak...makan bertambah, sbb tu berat naik melambung...

    now...masak sorang2....

    BalasPadam
  6. hai PB merajuk ye..takpe luth ada..hehe..
    kalo nk rangup, saya pon letak baking powder

    BalasPadam
  7. Sabo ye PB..elok dia jujur dari menipu walaupun kita kecik hati kan PB

    BalasPadam
  8. Tak tahulah PB nak bersimpati ke nak gelak dengar kisah sedih ni... Alah, mungkin dia tengah dietlah tu sebab tu semua tak kena, bukan sebab PB tak pandai masak. Tengok aje Luth, apa-apa pun masuk mulut - janji ibu yang buat. Maknanya bestlah tu PB masak. Camna nak komen negatif cam ni, kalau baru kata 'masin' dah merajuk.. Sebenarnya nak minta pujuklah tukan... nak minta apam balik macam mak Luth yang satu lagi ler tu ...

    BalasPadam
  9. hihihi......... merajuk sudah, abis la en asben lps ni dapur tak berasap...

    BalasPadam
  10. Alah biasalah PB....katanya laki bini.....ada masa mmg kita kecik hati dgn dia...ada masa kita tak sensitip pun ......ms P dah nk datang dah tu kot....
    Umur muda lagi .....darah masih manis tenaga masih kuat tu yg rasa tak puas hati aje tu kot...sok sok dah berkilau mvm okje ni nak kecik ati pun tak larat dah hehe
    ....

    BalasPadam
  11. huhu...nasib awak lagi o.k...husband saya kalau dia tengok benda tu tak pernah makan ...atau kita dah ubahsuai sikit ...dia langsung tak nak makan ...sikit pun tak nak ! sentuh pun tak !....dulu masa mula kawen sakit jugak la hati ni ...tapi sekarang dah masuk 3 tahun ...senang je ..kalau tak nak makan tak payah masak ....masak apa yang dia nak makan je...yang pelik-pelik walaupun kita suke dia tak suke tak perlu masak ...kita nak makan tu beli je ...atau masak untuk makan sorang :)

    BalasPadam
  12. saya masih single . cuma saya nak kata , adat berumahtangga mmg begitu . yg ptg ada komunikasi . klu tak puas hati , beritahu . jangan simpan dalam hati . masing2 kena tahu apa yg pasangannya suka juga x suka ... sabar yer ...

    BalasPadam
  13. Hurmmm..emosi aku skang nie tgh bercampur baur nie..aku xtau nak gelak ke nak simpati ngan cite ko..okayh la 50-50..huahuahua..sian kat ko..tp satu la, ko xputus asa..keep on masak jugak..heheh..aku masak xde la sedap mcm mak aku masak tp takat nak telan tuh boleh la..laki aku suke nyakat..sedap pun die ckp xsedap..ahahaha..kire ko okayh la terasa gitu jer..aku punye terasa smp nangis teresak2..majuk smp xnk mkn..lg malu weh terasa aku..kihkihkihkih..so sedikit sebanyak aku paham keterasaan ko tuh..ahahahha..

    BalasPadam
  14. Ala relaks la PB… At least dia cakap depan PB jer…
    Saya pernah kena hubby complain depan tetamu…. "Bakpo nasi ni dok sero gapo?"… Huhuhu, malu masa tu tuhan jer yg tahu… Tetamu pulak yg cover line, "Eh, ok je.. sedap jer.."… huhuhu
    Tunggu la saat Luth besar dan pandai cakap nanti… Masa tu, kalau boleh rasa hari2 nak masak bila anak2 cakap yg kita masak sedap :)

    BalasPadam
  15. haha ayat merajuk sungguh ni..klu ayah luth baca ni lepas ni kompem diam lepas makan..klu diam tak puji pun hangin gak..relekslah..benda biasa..jgn terlalu ambik hati..

    BalasPadam
  16. mama dah merajuk tu luth...sabar..sabar..
    adat orang berumahtangga..biasalah..
    kejap je tak nak masak tu. rasa2 hari ni dapur dah berasap semula..haha

    BalasPadam
  17. merajuk la ni.. sabar yek..

    BalasPadam
  18. heheheeee... nak tergelak pulak,,

    BalasPadam
  19. lawak la ko PB.. tapi aku sentap gak kalau dia takmo makan sbb masin ke apa..

    BalasPadam
  20. saya dulu pun masa baru kawin sensitif giler bila
    kena kondem bab masak especially laki sendiri
    orang lain cakap tak sedap saya tak kisah, tapi laki sendiri kata tak sedap
    touching giler! hehe

    BalasPadam
  21. oloh, sedihnya perasaan tu. Aku faham. Sebab, aku ni lagi la cepat sentap. Padahal laki aku jenis yg mulut manis wp dia tengah makan benda masin. Dia suka memuji. Tapi ada time bila dia senyap je tak puji, aku dah nak rasa sentap. Itu la gedik nama dia. Heheh. Kalo aku tanya, mmg aku hanya akan dpt jawapan yg positif je. Pasal masalah kecik hati ko ni, pekata lepas ni kalo ko masak, ko masak tawar2 plak. tengok skit dia nak komplen masim ke dok. Laki ko org kedoh ke? Ko kena tanya mok dia la dia suka makanan cemana.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...