Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140605

DNA Babi

Macam biasa CSI selalu mendapat kes-kes yang mencabar dan kadang-kadang tak terjangkau akal. Kali ni ejen CSI terpaksa membongkar kes pembunuhan bersiri. Kes kali ini agak pelik. Beberapa pembunuhan telah berlaku di beberapa tempat kejadian. Mangsa saling tidak berkaitan, motif tidak dapat dikenal pasti dan suspeknya juga berbeza. 

Tetapi kes ini diketogerikan sebagai ‘PEMBUNUHAN BERSIRI’.

Kenapa?

Dengan kecanggihan teknologi CSI, mereka telah menemui satu DNA JohnDoe dalam setiap siri pembunuhan. 

Siapakah JohnDoe yang berada dalam setiap kejadian pembunuhan bersiri itu?



********************************



Standard Operation Procedure (SOP) dah tulis, semua pekerja Kilang Putik Kapas Katbury kena pakai sarung tangan. Semua tidak terkecuali tidak kira dalam setiap process. Dari tukang pintal kapas ke tukang packing putik kapas. Masuk je Kilang Putik Katbury, semua kena follow SOP ni.

Hari tu cuaca panas, Miss Anne tukang packing putik kapas rasa berpeluh-peluh. Tangan Miss Anne dah basah berpeluh, maka Miss Anne pun buka sarung tangan dia. Kerja Miss Anne tetap berjalan seperti biasa. Mana boleh Miss Anne stop, nanti production target dia jatuh. Nanti dia kena marah dengan supervisor dia. Supervisor dia hari-hari kejar Output.

Siapakah JohnDoe yang berada dalam setiap kejadian pembunuhan bersiri itu?

Miss Anne.

Sebab putik kapas itu digunakan oleh CSI ketika process DNA.


Sekian, mana datang DNA babi? Adakah semua makanan kita sudah tercemar?

20 ulasan:

  1. Tanjat gegel tgk muke cik bee terpampang dlm dashboard..hahahaha..

    BalasPadam
  2. erkkk..sanggup PB mencemarkan entri dgn menepek gambar oink oink...huhu

    BalasPadam
  3. comey pulak anak ba alif ba ya tu..hehe..pandai PB pilih gambar..:)

    BalasPadam
  4. siapakah miss anne dalam kisah Cadbury pula? Hehe.

    BalasPadam
  5. tersedah john doe bla bc entry ni ;-)

    BalasPadam
  6. Kalau guna skrip ni untuk CSI Malaysia, aku rasa memang engaging habis. Konfem banyak plot twist sebab banyak sangat decision dia u-turn balik. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tunggu Cadbury CSI series..
      pnjng episod nya..

      Padam
  7. Haha...kisah Cadbury yg putar belit..feninn lahhh...

    BalasPadam
  8. Huissh! terkezut tau.. ada anak sape yang tiba2 muncul kat tingkap tu..

    BalasPadam
  9. Acik pun pening ngan kisah ni..kejap ada kejap tak de

    BalasPadam
  10. org atas suka buat u turn ... turn i lak ... beli jer coklat lain ... ermmm

    BalasPadam
  11. comel nyer muka bee tu...idung dia lg comel...hehehe...x pasal2 ejen CSI byk keje...
    ada plak promoted content whisper kt situ...

    BalasPadam
  12. Femes vavi skang ni.

    Tagline baru cadbury. Kejap ada vavi kejap tak der vavi. Tapi aku tetap tak nak makan dah. Was² dah mula timbul.

    p/s: Haritu ada tanya iols ada amik gambar ngan monster blue mamee kan. Mesti lah ada ☺☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh rasa jeles x dpt bergmbr nga moster blue.. peminat ni.

      Padam
  13. PB, apasal kes CSI Melesya ni cam kelako jek... Oh, baru tahu kilang putik kapas Katbury tulah yang keluarkan kapas korek telinga yang CSI guna dok calit DNA tu...hiks....

    Bila tengok CSI, teringat kat citer PB ni... sajalah tu nak tolong Cadbury mempopularkan Cik Va-vi. Comel ek gambar tu, DNA minah ni ke yang mencemarkan cekelat kegemaran rakyat Melesya tu?

    Kita dah say 'No' tu Cadbury....tak kiralah lepas ni halal ke haram ke pastu halal balik pastu haram balik pastu ....blah1000x.

    BalasPadam
  14. bila dh was2 tak leh mkn..

    apa pun plhn ditgn pgguna..

    JAKIM pun dah buat kerja dia..

    Huhu

    BalasPadam
  15. Betul kata Noe tu.....walaupun cik vavi tu harem....tp bila dah namanya baby jadi come pulak....kan Luthhhhh....

    BalasPadam
  16. katanya salah faham..entah!yg penting reputasi cadbury sebagai coklat kegemaran ramai mmg dh tercalar!

    BalasPadam
  17. sakit hati aku tgk diorang salah menyalah.. bincanglah elok2 sebelum keluar kenyataan media.. menyusahkan orang.!!

    BalasPadam
  18. saya rasa saya penah tengok cite tuk dalam siri csi
    beria diroang dok siasat
    rupanya ada orang buat kerja tak pakai sarung tangan =)

    pasal dna babi ni
    tak tahu nak kata apa
    yang pasti dah tak makan coklat

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...