Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140630

Hari Yang Baik

 Hari ini dah kembali normal.


Aku batuk sikit. Dari hari sabtu hari tu lagi, Alhamdulillah deman dah tak ada.

Telefon Tok Ma Luth kejap tadi, tanya khabar Luth macam mana. Luth baik-baik je kata Tok Ma, tengah tidur. Senang hati aku kerja hari ni. Kat tempat kerja pun semuanya berjalan lancar. Masalah tentu ada, tapi  Insyallah kita cuba selesai sikit-sikit. Semuanya akan baik-baik je nanti.

Seronok juga jadi surirumah sekali sekala ni. Paling seronok, tak ada siapa boleh marah kita. Tak ada siapa nak arah-arah kita. Setakat tolong buat air, masak, basuh baju semua tu surirumah separamasa ni buat juga. Bab yang paling best, boleh sambung tidur lepas laki pergi kerja. Bukan malas, Luth ni nak tidur diulik mak. Nak mengomel-ngomel dengan mak sampai terlelap..maka sudahnya mak pun terlelap sekali.

Dekat seminggu aku jadi surirumah sepenuh masa, memang ada rasa nak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi itulah keadaan belum mengizinkan lagi. Banyak lagi benda kena fikir. Betul, rezeki itu dari Allah. Ulat dalam batu pun boleh hidup cuma kalau boleh kita nak hidup senang sikit.

Mungkin seminggu dua dapatlah aku bertahan jadi surirumah sepenuh masa, kalau lama sikit bosan juga rasanya. Terperak dalam rumah 24 jam. Sehari-sehari macam tak sedar waktu. Mahu serabut juga kepala otak aku ni. Nak pergi shopping-shopping pun tak ada duit. Bab duit tu yang aku rasa belum lagi sampai waktu aku perlu berhenti kerja.

Semuanya akan baik-baik.


14 ulasan:

  1. betul tu..kita yg biasa kerja nie duduk lama2 kat rumah rasa kesunyian plak, tak de kawan2..

    BalasPadam
  2. Cik mah surirumah...n suka sngt jadi suri rumah..alhamdulillah wat bisnes kecil2 ni..leh r shopping n bntu hubby..trylah dear..insyaallah...

    BalasPadam
  3. apa2 pon... keselamatan & hepi Luth da kembali, Alhmdlh...

    BalasPadam
  4. kalau yg jenis xbetah duduk rumah, agak payah sikit nak jadi surirumah kan? agaknya didiey pun mcm tu. dah terbiasa bekerja, mesti nak kerja jugak :)

    BalasPadam
  5. tu la.. mostly bab duit tu yg kurang mengizinkan..

    BalasPadam
  6. Pernah gak jadi surirumah sminggu masa anak ken chicken pox last year. Best gak. Tapi bab duit tu memang lah kan.

    Smoga cpt sembuh batuknya. Aku ni ada 4 butir ulcer dalam mulut. Paling tak bley tahan kat lelangit ada 2 butir,..ppffttt...

    BalasPadam
  7. penah ada niat nk benti keja gak tp mndgkn ekonomi x stabil lg so lupakan hasrat tu dl

    BalasPadam
  8. seronok jadi surirumah ni kan..tp kebanyakan surirumah sekarang ni pun byk buat bisnes..pandai buat bisness..untunglah..

    BalasPadam
  9. salam ramadhan
    singgah pagi....lama rasanya sy x blog walking
    hari ini ada peluang so singgah jap =)

    BalasPadam
  10. Betul tu. Kalau ikut hati mmg nak jd suri rumah. Tp kalu jd suri rumah x de duit belanja la pulak. Nak dapat seribu pun payah kot. Baik lah keje.

    BalasPadam
  11. Betul tu PB...bab duit mmg lemah sikitlah bila ckp nak berhenti kerja ni...tp tak tipu okje tak pernah boring duk rumah lebih lagi ada blog ni...lain org lain rasa kot.... Tunggu kerja 16 tahun baru berhentilah sama mcm Okje hehe

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, dah back to normal kawan kita yang sorang nih! Segala masalah tentu ada jalan penyelesaiannya PB walaupun masa dilanda, nampak jalan sukar sesaja.Chewah, ni tengah mood meroyan nak bagi kaunseling.

    Bestkan dapat jadi Home Minister. Buat kerja ikut suka hati kita jek walaupun tak pernah habis sampai lelap mata. Tapi tulah, kalau tak kerja, takda ongkos ukur jalan. Nak harapkan suami, sanggup ke nak melayan 24-7 dengan nafsu buas kita nih. Hait, nafsu buas berbelanja ler.. tak elok fikir bukan-bukan bulan posa nih :)

    BalasPadam
  13. kami anak beranak pun baru aje sihat
    saya pun kalau boleh nak aje jadi suri rumah
    tapi tu lah kan, belum mengizinkan

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah dh okey..semoga baik baik aje dgn fmly..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...