Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140620

Hobi berfaedah

Semua orang ada hobi. Ada orang suka motor besar, juga lakiku cuma tak mampu. Ada orang suka bola, juga lakiku cuma tak layak. Hobi yang berfaedah boleh memupuk semangat setia kawan dan banyak kawan.  Bagus sangat.

Sejak lakiku menceburi diri dalam hobi menjala ni, jarang sangat dah aku beli ikan kat pasar. Nasib baiklah ma aku tolong belikan dengan van yang datang kat rumah yang datang ke rumah. Untung betul.

Ini kali pertama kami dapat merasa hasil tangkapan menjala lakiku. Itu pun dengar cerita, pinjam jala jiran yang sama semangat nak menjala. Jaringnya lebih kecil, jadi adalah ikan yang sangkut. Nak harap ikan besar-besar yang otak besar tak sangkut.


Lakiku yang siang  siap-siap, aku cuma goreng je. Goreng garing-garing dan nasib baik dia makan. Dia kata sedap, aku kata tak sedap.Alasan dia nak pergi menjala yang tak ada hasillah tu.

Laki ku juga makin rajin sekarang. Contohnya, dia selalu bersihkan akuarium ikan  puyu Luth yang selalu berkeladak. Jumpa ikan yang comel-comel lakiku simpan dalam akuarium bersama dengan ikan puyu. Esoknya pula, ikan comel akan buat aksi renang kuak terbalik sampai lemas. Jadi, lakiku lah yang wajib bersihkan akuarium yang dah tercemar. Rajin sungguh.

Sabarlah isteri.


19 ulasan:

  1. Oklah tu laki dah semakin rajin ...hehe
    Itu ikan sungai kan, sedap tu goreng garing2 makan cicah sambal.... :)

    BalasPadam
  2. Memang hobi yang berfaedah ni... hihi

    BalasPadam
  3. hihii..biarlah dia bahagia dgn hobi dia tuh...
    klu tak de hobi nie kang dia mati kutu..

    BalasPadam
  4. Oklah tu menjala ikan... ada juga hasil... ish... goreng garing mmg sodap! :D

    BalasPadam
  5. lama tak makan ikan hasil jala..my hubby dah malas nak p menjala

    BalasPadam
  6. biarlah pb dia melayan hobinya. menjala di laut, di sungai, di tasik asal tidak menjala di darat..hee

    BalasPadam
  7. bestnye makan ikan freshni... hobi yang baik kot...

    BalasPadam
  8. hubby kami x suka bnda2 ni...tp tgk kwn syok ja dok post gmbr ikan besar2 hasil laki dia mengai

    BalasPadam
  9. heheehehe tu laa kalo husben suke memancing mmg tu laa hasilnye... jimat duit pi beli ikan kat pasar kan.... menarik tgk ikan sungai tu..wat gulai pedas2 sedap kot kan....tang basuh aquarium tu bagus tu heeheheh..jernih selalu laa air kat aquarium tu hehhhehe

    BalasPadam
  10. hobi laki zee pon camni jugak...asal cuti weekend mesti nak gi tapi mancing la bukan jala...masalahnya tiap kali pi mengangkut skali anak2..ibunya risau ler sebab kat lombong..bahaya tu..

    slalunya ikan ni bagi kat anak buah jer..kalo kat umah dier proses la sendiri..haha..bininya malas sebab tak makan..

    BalasPadam
  11. ikan sungai yang masih fresh...goreng pon sodap...
    memang suamimu rajin PB..bersyukurlah

    BalasPadam
  12. Kakak rasa mereka yg suka ada hobby memancing guna jala lagi praktikal sebab walau macam mana mesti ada ikan yg sangkut berbanding kalau guna kail belum tentu

    BalasPadam
  13. Suami sy pun suka memancing. Tp dah lma x pegi. Bz keje je.

    BalasPadam
  14. abang2 QV n anak buah suka menjala . bila berkumpul di kg tu lah aktiviti mrk . QV lak dah biasa dr kecik mkn ikan yg dijala . Yg bestnya bila dapat udang galah ... perghhh .

    BalasPadam
  15. hehehe..ko memang penyabar.. kalau aku pening dah..

    BalasPadam
  16. PB, si dia dah rajin tu haruslah dipuji selalu :) Biasalah tu suami isteri tak bersatu kata. Orang ni kata sedap, orang tu kata tak sedap. Hari tu kata merajuk sebab suami tak puji masakan sedap, so kali ni dia kata ikan tu sedap maksudnya macam 'ikan yang digoreng oleh isteri tercinta' ni sedaplah tu :)

    BalasPadam
  17. untungla die skarang dah tak payah beli ikan ngehngehngeh.....

    BalasPadam
  18. banyaknya hasil tangkapan. Gumbiralah PB atleast hobinya ade hasil

    BalasPadam
  19. byknye hasil tgkapan....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...