Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140626

Kami pun nak jimat

Sejak dah ada anak ni, setiap kali aku pergi shopping mesti akan usha harga lampin pakai buang atau diapers.. Kalau ada discount, mesti beli buat stok. Nak letak Luth rumah pengasuh hari tu baru perasan dah habis stok diapers Luth. Tinggal Pet Pet yang tengah guna je, ingat nak beli satu yang baru dan nak letak terus kat rumah pengasuh. Kekonon Luth nak duduk lama rumah pengasuh..oh.

Untuk diapers Luth, aku suka beli brand Drypers, Huggies atau PetPet. Tengok yang mana ada promosi, aku beli. Aku bukan setia sangat dengan satu-satu produk sahaja. Aku pun pernah cuba brand XYZ yang tak berapa popular, tapi ada-ada aja yang tak best. Ada yang tak meresap air kencing, tak boleh tampung berak. Yang paling aku tak suka, pelekat brand XYZ ni plastik bergam, kadang kalau silap tampal terus tak boleh tampal. Ada yang lebih teruk, langsung gam pelekatnya tak boleh guna. Tahulah anak yang cerdik ni aktifnya, susahnya nak pakai diapers.

Tempat aku biasa shopping sekarang ni Econ Save. Dekat dengan rumah aku. Murah pun murah juga. Aku usha Huggies kat Econ Save sebab aku ingat Huggies lah yang paling murah. Aku beli kat Mydin hari tu dalam 28 ringgit je. Drypers sejak dah tukar packaging baru, harga pun dah naik jadi 30ringgit lebih. PetPet kat 99 speedmarkt murah sikit. Kalau tak sempat pergi Econ Save aku beli kat Speedmark je. Mydin jauh sikit dari rumah aku, jarang aku pergi sekarang ni. Terkejut aku, huggis pun dah naik harga sekarang ni..jadi 40 ringgit dah. Terus tak jadi beli. 


Aku teringat MSM pasaraya kecil kat kawasan rumah aku. Terus ajak laki aku usha Huggies kat situ. Stok lama lagi kot, RM28.99. Terus beli stok 2 sebelum habis dan naik harga.

Aku share ni buat kawan aku yang komen dalam entry pasal Kedai RM2. Aku bukan tak nak bagi tahu Kedai RM2 tu kat mana. Aku faham, semua orang nak jimat. Aku yang miskin ni lagi lah suka bab-bab berjimat ni. Kedai RM2 tu kat mana-mana pun ada. Aku pun tak tahu kat kawasan lain mana lokasinya. Kalau kat Rawang rasanya tak ada, rumah aku kat Batang Kali ada satu, kat Bukit Sentosa ada satu..itu yang dekat kat kawasan Rawang ni.

Kami pun nak jimat, sapa yang tak suka dapat jiamtkan? Ma aku kata tepung gandun cap Wau murah beli kat 99 Speed Mark. Ila pun setuju beli diapers anak kat 99 speedmark. Saila cakap, kedai ThiznThatz jual makanan kucing yang murah. lia cakap pasaraya HERO tempat dia suka shoping sebab ada kad utk kumpul ganjaran dan dalam 3 bulan, dapat katalog utk pengguna tegar, ada kupon yg murah sangat kalau nk beli diapers. faraherda.razalan pula suka belanja brg dapur kat Mydin, dan beli kat Tesco susu anak bila ada discount.

Aku suka sangat kalau ada orang boleh share mana nak beli barang murah..

21 ulasan:

  1. sy pon x stick pd satu2 jenis diapers ja.kena try n error nk dptkn yg tbaik disamping jimat duit.penah guna pet2, diapex,hey baby n mcm2 lg.stakat ni drypers paling ok kot.hat lelain msti nk bocor ke tepi.msti meleleh time aqil tdo dlm buai

    BalasPadam
  2. huggies rm28? murah tuuu...mmg wajib borong....lieya pulak jenis beli brand mamypoko utk kat rumah...kat taska petpet .... tapi tu laa dayyan dah besar ni patut dah start ajar potty training ...tapi omaknye kemalasan betul ni hehehehhee

    BalasPadam
  3. sy slalu beli kt speedmart. situ drypers murah. hehe

    BalasPadam
  4. area sini takdok y murah gitu..nk tunggu promosi baru dapat murah..kalo saya g kedai ubat cina beli susu anak..diapers pon beli situ kalo kat pasaraya takde promosi..

    BalasPadam
  5. BTW tesco susu murah skrg! hehehe.sila terjah!

    BalasPadam
  6. kalau kat JJ selalu juall mamypoko dan drypers murah. jumbo size mamypoko pernah sampai rm40 je. memang ikut nasibbb...

    btw salam kenal :) blogwalk terjumpa ur blog. saya wat bisnes online tak perlu modal tinggi, penghantaran pun org buatkan. jemput ye ke blog saya ihihik

    BalasPadam
  7. pb_ada setengah tempat, barang A murah, barang B pun lebih harga berbanding tempat lain. nak cari yang semua murah, memang payah. kat SP ni tak leh nak berkira sangat sebab ada prinsip nak "tolong melayu".. mahal seposen pun tak pe..

    BalasPadam
  8. baru smelaam i buat perkiraan diapers, untuk newborn tak banyak tempat bpleh beli kat sini, pampers 23keping harga 3.90euro, brand babydream 28keping 4.++ euro, I beli pampers sebab beza tak banyak tapi kesedapan pemakaiannya tu boleh nampak beza nya. kalau kat malaysia dulu, memang pet pet la yang I selalu beli. heheh sorry komen tak relevan kepada u.

    BalasPadam
  9. masa anak2 kecik, saya pun suka guna Drypers atau Huggies.. tapi lebih prefer huggies sbb anak2 saya jenis "ramping".. cutting huggies kena dgn pinggang ramping anak2 saya... Tapi kat UK ni, dah takde dijual pampers huggies... Katanya tak menepati citarasa kaum ibu kat sini... semua pampers huggies terus diberhentikan dari pasaran UK... jenama Pampers yg byk berleluasa kat sini... huhuhu

    BalasPadam
  10. Dulu saya setia dgn jenama Pampers tapi kat sini dah tak jual dah..so bertukar lah kpd Drypex..tu hari saiz XL habis, so terpaksalah beli PetPet...ada satu hari tu, terpaksa jugak saya beli Huggies sebabnya Husna nangis2 nak pampers Aida..( Aida ni kwn dia, guna Huggies..)

    BalasPadam
  11. zaman skang ni mmg kena jimat...dulu noe selalu shopping kt tesco beli barang2 dapur...skang dh tukar ke econ save..rasanya jimat sikit...husband yg suka survey bab2 harga ni...bab diapers ni...dah lama beli sbb x ada anak kecil kan... :)...tp dulu biasa nya noe pakai drypers jer...pernah tukar ...tp kulit anak tak tahan..tukar balik drypers...

    BalasPadam
  12. semua benda pun mahalkan..
    anak seorag tak apa lagi..

    knor dulu guna pet-pet jer..murah..tak tahu le la ni..

    BalasPadam
  13. Petpet murah hari tu beli kat tesco 80 keping dalam 30++ je. Terus buat stok. Susu murah kat 99speedmart. Giant paling mahal susunya..

    BalasPadam
  14. betul3....sy slalu beli Huggies kt speedmark.....ank saya ni kulit sensitif (gatal2 kemerahan), dari drypers tukar petpet....last2 huggies jer yg seswai nga die....
    nasib baik kulit Luth ok....so ibu Luth blh la survey brand2 lain yg harga berpatutan kan....untonglaaaa....hohoho..

    BalasPadam
  15. Hurmmmm..aku nak share brg2 murah ssh skit sbb aku nie selalu lupe rege kalau gie sebey..selalu laki aku la yg tau mana murah mana mahal..

    BalasPadam
  16. Anak akk pkai pampers murah je. X igt brand apa tp ok jugak. Murah pun murah. Dulu ms dia bb pakai pampers baby like je. Sll beli brg bb kat manjaku je. tgk brg jugak yg murah tu

    BalasPadam
  17. sapa tak suka benda yang menjimatkan kan?saya suka stock up masa sale.especially kalau kat giant supermarket buat sale,means mmg murah banding yg lain dan masa tu la sy membeli lebih sedikit.

    BalasPadam
  18. Tak patut betul. Dulu Huggies boleh tahan murah, lepas tukar packaging, terus naik harga. Sekarang ni kami pun dok pakai Drypers sebab kualiti dan harganya memang berbaloi-baloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, terbalik. Kami dah tak pakai Drypers sekarang ni, kami pakai Huggies. Hehe. Salah taip la pulak.

      Padam
  19. Jangan jadi macam ah kak - di mana ada jual murah, di situ ah kak terjah. Silapnya ah kak tak kira pun petrol berapa, janji harga jenama X lebih murah di hypermarket A berbanding B. Barang-barang lain pun ah kak amalkan gaya tu, tanpa mengira kos minyak kereta mini ah kak tu - kisah benar :)

    Orang kata (orang kata ek bukan I kata ...) MamyPoko bagus, maka I pun gunalah MamyPoko tapi entah nape si Adik ni asyik kebocorans jek...tukar Huggies, dah nipis sangat buat budak cute sorang ni. Tukar lagi PetPet, ok, alright better than before. Tetiba dia membesar sebagai johan, saiz XL tak mampu menampung kemontokannya. Sekarang ni kena guna Drypers walaupun dia ok, I tak suka tau :) Tengah nak ajar potty train supaya dompet I bebas dari kos pampers bagai nih!

    BalasPadam
  20. smua org nak bjimat...sy pun jnis yg bjimat...kalo nk bli sume smua sy survey

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...