Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140623

Luth dengan pengasuh hari ni

Tok ma dah balik kampung. Hari ni hari pertama Luth dengan pengasuh baru.


Pagi tadi aku kejut dia bangun tidur. Kesian dia. Mengantuk lagi, sikit merengek tapi dia bangun. Aku mandikan dia. Sekejap dia tak nak mandi, lembikkan badan dalam bilik air. Aku letak kaki dia dalam gayung, bagi dia rasa air tak sejuk pun. Baru boleh siram air, mandikan dia.

Semalam lagi aku dah siap-siapkan baju, tula, sabun, bedak dalam satu bakul siap-siap. Susu dan cerelec juga aku siapkan. Aku tak masak makanan nya. Jiran aku cakap, tak payahlah. Luth bukan makan banyak, dia masak juga nanti disuapkan. Ma aku ingatkan, nanti belikan je lauk mentah untuk mereka. Aku tak beli lagi.

Aku rasa semua aku dah siapkan, tapi tak tahulah cukup ke tak..Laki aku kata, aku kalut. Memang kalut. Risau sangat.

Sebelum pergi kerja, aku dan laki aku mengangkut bakul dan Luth ke rumah jiran. Sikit lagi aku nak nangis. Luth, rileks je tak nangis pun. Kalau dia nangis, rasanya aku tak pergi kerja hari ni.


Aku rasa sedih lagi ni.. oh..sedih sangat-sangat. 

15 ulasan:

  1. ^_^ harap2 luth happy di rumah pengasuh

    BalasPadam
  2. jangan sedih2..huhu..

    ps: saya dah buat entry ni...

    http://fizah-sukhri.blogspot.com/2014/06/thank-you-petak-bunga.html

    BalasPadam
  3. Pengasuh anak2 aku bagitau, kalau anta anak, jangan fikir teruk2 pasal dia sebab bila kita risau sangat si anak pun terasa...dia kata kalau ada apa2 hal dia akan call, xperlu risau..cuba wat camtu...tapi bukanlah tak fikir langsung pasal Luth..over la pulak tu..huhu

    BalasPadam
  4. Bertabah ya... Bisik pada Luth tiap kali nak tido... Behave n jaga diri d rumah pengasuh. Mudahkan pengasuh jaga dia etc... InsyaAllah xde apa2btu

    BalasPadam
  5. betul tu Kniedaz..kita berserah kpd Allah...kita sudah buat yg terbaik utk anak..saya doakan moga Luth elok shj di rumah pengasuh tu..tapi selalunya budak2 nie ambik masa jugak nak ok, seminggu 2 jugak nak sesuaikan diri mereka...

    BalasPadam
  6. ustaz cakap..kalau teringatkan anak,baca surah Al-fatihah..
    saya hari2 angkut gi balik bakul susu anak saya, senang nak ke mana2 bila bakul susu sentiasa ada bersama..he3
    tak kisah la org nk cakap apa..

    BalasPadam
  7. first time normal lah rasa camtu ... sabar ye . bayangkan saja kegembiraan luth bersama pengasuh .

    BalasPadam
  8. sedangkan aku anto qisya umah mak aku sendri pun aku dh kalaut..kalau anto umah org mcm ko, xtau la mcm man kalut aku..

    huwaaaaaaa..mencikkk..gambo2 tuh wat aku gumukkkkkkk..aku rase gambo leeeee..sbb, out of 10, 2 je yg kate aku gumukk..lg 8 kate aku kurus.....boleh???...wakakakaka..tp ko jgn tanye laki aku..jawapan die mmg selalu jawapan dengki..hahaha..

    BalasPadam
  9. Kita boleh rasa feeling nak nangis tu camna sebab of courselah pernah merasanya kan... Ok, takpa, tak mahu bagi PB sedih sepanjang hari. Semoga Luth happy je di rumah pengasuh baru dan ngam dengan keluarga pengasuh ni.

    BalasPadam
  10. luth budak baik..kan..semua ok2 je..

    BalasPadam
  11. Luth tak nangis sbb dia tahu, ibu dia kena pegi keje…
    Luth mmg good boy :)

    BalasPadam
  12. InshaALLAH pengasuh Luth akan menjaga Luth dengan baik.

    BalasPadam
  13. itu adalah perkara biasa bila pertama kali hantar anak kat rumah orang PB...Semua ibu pun cenggitu kot....

    BalasPadam
  14. arap luth ok dgn pengasuh

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...