Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140616

Makan Strawberry Genting Highland di belakang rumah

Hari itu aku tengok kawan-kawan blog duduk post entry pasal Strawberry kat Genting Highland. Tak habis lagi, tengok rancanga Safiyah pula shooting kat situ. Sungguh aku rasa teruja nak pergi juga. Aku bagi tahu laki aku, aku nak pergi juga. Malam harinya dekat nak tidur, tiba-tiba aku cakap kat laki aku..jomlah pergi Genting Highland makan strawberry. Nantilah kita gi Cameron Highland, lagi best kata laki aku. Alah, macamlah dia tahu mana yang best. Dari bulan madu sampai ke beranak tak pernah sampai pun.

Hari-hari seterusnya aku asyik duk ulang-ulang. Luth tak pernah lagi makan strawberry. Kesian Luth. Sedih gila. Kalau salah sikit, ada yang aku tak puas hati kat laki aku, aku salahkan kempunan nak pergi
Satu malam tu aku terfikir…

Lepas tengok orang lain seronok berjalan-jalan, bercuti-cuti dan bershoping-shoping..rasa teringin sangat nak ikut juga. Rasa down je, biasalah manusia..time gini aku mesti compare dengan orang yang lebih daripada kita. Siap banding-banding dengan kawan-kawan sekolah aku yang selalu update percutian mereka yang gempak. Huk..huk.. Loser gila aku ni. Ikut kepandaian aku masa sekolah dulu, patut aku jadi Super Senior Ir Engineer Nuklear Super Atomic Nagasaki Hiroshima dah loni.

Adakah bini-bini orang lain akan  mengamuk dan mengukit kat laki dia juga macam aku? Aduh..

Genting Highland tu belakang rumah aku je okey. Tak payahlah nak mengamuk sangat nak pergi Genting Highland makan strawberry macam aku.

Tak best pun.hik..hik

Strawberry ada tak ada je.


 Kempunan aku nak memetik buah strawberry.


Nasib baik anak aku dah boleh berjalan sendiri. Sekejap-sekejap je dukung. Kalau tak mahu kurus ni..


Ingat nak masuk dalam ladang nak petik strawberry sendiri, orang kata kalu yang petik segar-segar rasa manis.

Last-last aku beli je yang dah dipetik. Macam besar sikit saiznya.


Untung Luth, buat muka comel dapat sebiji free.


Macam longjong je kepala Luth lepas potong rambut ni..hik..hikk.


Ladang Lavendar ni best sikit.



Mak aku puas duk hidu bau Lavendar ni. Tak bau pun.


 Entah macam mana dibuat wangian Lavendarnya? Tak ada pulak jurucakap nya nak ditanya.


Depan ladangnya, ada jual sikit-sikit barang Lavendar. Aku beli perfume kereta je, buat kenangan kekonon.


Bunga kuning ni, bunga apa ek? Bunga teh ke? 


Kalau bunga teh rugi dia tak jual teh bungakan?  Harus aku beli. Favorite tu.

Cak-cak..


Ada juga bunga dahlia. Eh ye ke? 


Kat tepi-tepi lading tu, ditanam bunga-bunga mawar macam-macam warna. 


Baunya tak kuat macam bunga mawar kampung.


Sebelah ladang ni ada tempat lebah pula. Tapi macam tak siap je. Tak ada apa pun, orang jual madu je. Tak beli pun, mahal sangat.


Lepas tu berhenti café dia jap minum air strawberry sambil hilang penat.


Kemudian sambung jalan sikit lagi.


Beli sayur organic katanya.




Ada juga tempat tanam kulat. Tapi kulat pun tak ada sangat, katanya dah dicabut. Okaloh.


Sekian, sekejap di ladang Genting Highland Strawberry . 


Oh masuk free lagi, agaknya sebab tempat ni tak siap sepenuhnya lagi.

Apalah salah sekali sekala bini teringin nak makan strawberry belakang rumah je pun… Hik..hik..
Luth tak teringin pun nak makan strawberry, orang lain pun sama kecuali aku.. Untung!

21 ulasan:

  1. aku kalau ajak laki aku naik kemeren ke genting ke, ayat standard, "nnt kite gie nyeah"..tp bile thn nak gie pun aku xtau..haihhhh..

    comey dh luth berjalan2..mesti terkedek2 je jalannye..

    BalasPadam
  2. Kalau belakang rumah.. dah boleh pergi jalan kaki jer PB ehe..:)
    Buahnya tak banyak lagi stoberi tu PB.. tu yg tak dapat petik cam CH tu.. tapi dapat beli yg dah siap bungkus tu ok lah kan..
    Luas juga ladangnya tu PB jenuh berjalan..

    BalasPadam
  3. Genting Highland kaksura tak pernah sampai lagi..bila ntah nak pegi..suka tengok Luth tu..mesti comey aksi dia terkedek-kedek dapat jalan..
    Untung ler ..GH belakang umah jer..hehe:)

    BalasPadam
  4. Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalammualaikum wbt

    ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.

    Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.

    Layari:

    umrahjohor.blogspot.com
    www.alfajrtravel.com.my

    Hubungi:
    07-2344437
    (utk sebarang pertanyaan)

    BalasPadam
  5. alaaa...macam best jer jenjalan..

    BalasPadam
  6. ahaha... belakang rumah boleh lah naik sllu... kamek pun tak pernah sampai Cameron Higlands.. asyik ajak laki juga nak naik sana tapi smpai lah ni hajat tak sampai..haha.. klu Genting dah dua kali naik... strawbery, sy tak berapa gemar.. laki & anak i suka...haha

    BalasPadam
  7. Biasanya macam itu kalau dah dekat malas nak pergi explore lebih.
    Asyik kata 'ala dekat lain kalilah' so lama-lama tak pergi-pergi pun.
    Kakak suka tengok Luth aje sebab dia dah pandai menikmati jenjalan..

    BalasPadam
  8. mak aih..siyes ke belakang rumah? ala.. lain kali boleh pegi lagi petik strawberry..

    BalasPadam
  9. Selalunya yg dekat tu malas nak pegi kan ... tapi sekali pegi macam best pulak :)

    BalasPadam
  10. betul ke belakang umah PB?leh le singgah umah PB kalo g sana..ye dak?hehe..

    BalasPadam
  11. Alah, belakang rumah je, nak majuks buat apa.... Lepas dapat makan strawberry, petik strawberry, minum strawberry, selfie dalam ladang strawberry belakang rumah, apa feelingnya? Tak da apa-apa kan.... PB, masa kita pergi hari tu, kita lalu lintas langsung jek kat ladang strawberry tu. Tak heran pun....

    Pssttt.... yg sebenarnya kita lupa nak sound laki kita suruh singgah. Dah katanya strawberry kat Melesya ni tak best, malaslah kita nak bertekak buang air liur. Baik kita berehat macam mem dalam kereta balik KL. Lenguh layan budak berdua ni menghabiskan duit main game entah apa-apa tu.

    BalasPadam
  12. ye betul kata ka zakie tu..
    dpt stroeberry mcm2 resepi nak buat..

    BalasPadam
  13. geram nengok cendawan tu.. ;)

    BalasPadam
  14. mujur ilang gak kempunan makan strawbery d genting highland tu ;)

    BalasPadam
  15. hehe...biasalah PB.....tengok orang kita pun teringin jugak sebenarnya....hehe jangan sampai menyusahkan suami sudahlah yek...
    Lama tak pergi Genting sejak dah renovation tu. Pernah gak petik stoberi kat genting tu....best jugak apa.....not bad... beli eskrim stroberi tak?
    Cantik PB yek....tinggi lampai macam model..... pakai baju apa pun sesuai tu...

    BalasPadam
  16. tak tau lak ada strawberi kat genting..lagilah tertinggal keretapi...
    jauhnya lah tertinggal ni..

    BalasPadam
  17. bukan bunga dahlia , bunga daisy tu ... saja je nak pekena kita lah tu ... heheheee ... strawbery ni ada musimnya . org tu mmg camtu . pantang nampak sayur . QV mmg x sampai situ lagi ...

    BalasPadam
  18. saya genting baru 2kali prgi. Cameron x prnh lngsung prgi

    BalasPadam
  19. sedapnyer stobery...nyum3..!!!

    BalasPadam
  20. noe mmg x merasa la nk g genting tu...kalau ajak hubby...cepat je dia jawab..."x ada apa kt atas tu"..pasni nk cuba trick PB...hehehe

    BalasPadam
  21. bestnya!!!! :D
    pos sikit strawberry. hihi

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...