Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140619

Manual pam susu

Betul-betul manual kali ni. Tapi ni lagi lenguh, dari manual pam susu. Tak sampai setahun guna pam susu aku dah rosak. Rasa macam ganas benar aku ni, orang pakai bertahun tak rosak-rosak pun. Siap boleh turun-temurun lagi kat sanak saudara. Aku pun beli branded Medela Pump ingat boleh tahan sampai ke anak menantu. Baru pakai 10 bulan getah  pam dia dah koyak tepinya. Benci betul aku, tak dapat nak mengepam dengan baik sehari dua ni. Semalam aku main picit je, betul-betul pakai manual.

Intai-intai kaedah alternatif tanpa guna pengepam susu kat blog kawan kita Puan Kutu. Konfius pulak aku yang selalu konfius mana jari telunjuk, mana jari tengah. Sudahnya, ku hentam koromo sendiri. Ikut suka hati aku asal keluar.

Ini semua dugaan dalam perjalanan mengapai niat aku untuk menyusukan anak aku sampai 2 tahun la ni. Dugaan… Ma aku cadangkan susukan Luth terus je, tak payah mengepam lagi. Satunya fikir nak hantar Luth rumah orang pulak nanti. Aku paling fikir, tak nak menyusahkan orang. Tahulah susu perahan ni nak jaga pun leceh. Kena simpan dalam peti ais, dah tu nak panaskan balik pun leceh juga. Takut pengasuh Luth tak tahu nak urus. Bayak sangat risau aku ni. Betul jadi mak-mak dah aku ni. Macam aku sorang ja ada anak. Maklumlah, nervous walau dah tua tapi anak baru sorang.

Boleh beli tak getah ni? Mahal ke? Kalau pump susu yang brand murah apa ek bagus?

Kuning-kuning tu aku cuba letak gam, tapi tak jadi. Tetap bocor.

Luth pula kalau aku ada kat rumah, memang dia langsung tak nak hisap botol. Nak berkepit ketiak mak ni. Boleh buat muka nak muntah hisap susu botol tu. Padahal, bila aku pergi kerja, dah lapar boleh pula hisap susu botol...susu formula. Tu rasa sayang nak biar susu terus kering. Selagi ada rezeki dia menyusu badan, cuba juga mengepam takat boleh.


18 ulasan:

  1. Samalh dgn irfan...kalau saya kat rumah, xnak langsung minum botol...
    asek nak mengepit je...hehe

    BalasPadam
  2. Ada kot jual..ce gugel. Akak ada 2 pump, satu manual avent, satu lg spectra 3. Manual tu buat backup jek tp tu beli dh lama taon 2010 , mahal masa tu 400++
    tp la ni byk dh pump murah, autumnz contohnya

    BalasPadam
  3. pengalaman akak...pakai manual susah..pam pakai tangan ..belasah jer..janji keluar..hehe..sampai umur lapan bulan akak dah malas mengepam..campur susu tepung..kalau kat umah pengasuh dia minum..tapi bila balik umah automatik dah tak nak susu botol..sampai skrg 3 tahun lebih..ni pon tengah proses nak cerai susu..

    BalasPadam
  4. aduii kalu pam manual kaedah marmet mmg jenuh dan lenguh..tp klu tak pam karang, demam sebab bengkak susu plak huhu..kena cekal je la

    BalasPadam
  5. Aku ada 2 jenis pam. Manual (avent) and letrik (medela swing). Memang spare part kena tukar.

    Aku nyer avent valve ngan diaphragm koyak. Siap tampal salotap ko. Sbb dah terdesak sgt masa tu. Tapi tak jalan. Yg medela plak suction dah tak kuat sbb membran pon dah terkoyak gak. Jalan penyelesaian...pakai jari pon voley. Teknik marmet. Dapat lah 4 oz paling banyak. Siap dapat package lenguh tangan and tengkuk. Sekian.

    BalasPadam
  6. Luth nak manja2 dengan mama lah tu tak nak berenggang bila PB ada kat rumah... hehe...atie takde experience sgt perah susu, dulu pernah gak buat tapi mmg guna manual lah. .. Pa'e tak sempat nyusu lama... huhu sedeeyy...

    BalasPadam
  7. manja luth nie..nak berkepit je ngan mak..haishhh, samo dengan yo ngan tembun aku tuh..stress gile weh kalau pump problem or terlupe nak bwk..mmg nak nangis rase..

    pam aku ade..xgune dh..mau????..hahaha..sobssss..sedih betul aku niat nak susukan qisya smp 2 thn xkesampaian..

    BalasPadam
  8. Saya punya madela harmony pun tak tahan..Unimom saya masih lagi bertahan..

    BalasPadam
  9. Cerdik Luth ni. Mama ada depan mata dia pun tak mahu botol - nampak tak dia punya bijak:)

    BalasPadam
  10. Alah, PB... tajuk ni kita tak leh nak komen. Takda apa pengalaman mengepam yang boleh dikongsi bersama. Minta maaflah ya. Kalau nak tanya pasal brand, mahu kutolong googlekan ajek :)

    Luth tak mahu bagi mak rehat lama sangat kat rumah. Lagipun naklah bermanja-manja sambil menetek tu. Kalau mak takda, memang takda pilihan kenalah hisap susu botol jek!

    BalasPadam
  11. hoi!! ko letak gam? hahaha..

    rasanya ada jual.. medela senang sikit nak carik.. try google penjual spare part medela.. good luck!

    BalasPadam
  12. selagi ada susu in sha Allah Luth akan sentiasa cari PB..hehe..kawan saya tak perah pon susu dia tapi masih dapat susukan anak dia..rezeki dia kan..

    BalasPadam
  13. pengalaman saya ler...saya pam susu sampai 7 bulan ajer, lepas tu dah tak larat..saya biarkan shj..
    kat rumah pengasuh bagi susu formula..bila balik rumah dlm jam 5.30 ptg gitu baru menyusu badan sampailah ke mlmnya..kiranya kat rumah baby akan minum susu badan sepenuhnya..
    alhamdulillah, selesailah jugak Husna menyusu badan sampai 2 tahun..

    BalasPadam
  14. Cuba tengok kat kedai one baby world atau little whiz. Online pun diorang ada.

    Samalah anak pun pandai kat rumah nak susu asli

    BalasPadam
  15. Sama kita PB.....okje pun dulu pakai pam bateri tu cepat rosak....kejap je dpt guna, pas tu dah tak cengkam.... Entahlah okje ni spesis ganas ke apa...hehe sabaulah Pak Jilap dpt bini ganas gini...

    Tak taulah pulak brand apa yg bagus...lama dah tinggalkan dunia pam ni ....hehe
    Betul kata awak tu....takut pengasuh tu mslas pulak nak melayan susu prrah yek...baik dia bancuh susu tin jer habis cerita!

    BalasPadam
  16. Biasanya ada jual.. cer pi kedai yg beli hari.. spare part mmg ada...

    BalasPadam
  17. rasanya cuma my kakak jer yg tak rajin pam susu ... pengalaman x de lagi .. heh heh

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...