Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140611

Menjala

Pelik tak pelik sangat, balik kampung bawa jala ikan datang key el. Laki aku saja nak buat gelak kat orang kampung. Orang kampung anggap kami duduk kolumpo le, walaupun hakikatnya nun jauh dihulu sana.

Minggu ni aktiviti laki aku adalah menjala ikan di tasik ke lombong ke sungai yang besar di belakang rumah. Jangan risau, airnya bersih dah mengalir. Mula pasang jala hari sabtu lepas. Hari ahadnya, handphone asyik berdering. Tak dapat laki aku nak membuta ke tengah hari. Jiran tetangga, sahabat handal sibuk nak ajak pergi lombong, nak tengok hasil menjala ikan petang sabtu kemarin.
Tengaharinya dia balik rumah. Tangan kosong.

Aku tanya, ‘mana ikan?’
‘Ikan keli.’  Tak payah cerita panjang. Ikan dah dibagi kat jiran tetangga. Tobat aku dengan TRAGEDI PILU IKAN KELI yang lepas.

Semalam dia bawa balik ikan ni. Tak tahu nama. Harum dia semerbak rumah. Rasa pening lalat sekejap kami sekeluarga.


Bukan ikan puyu kesayangan aku tu. Yang hitam sembunyi celah-celah pokok tiruan tu. Berdebar aku takut kena telan ikan puyu kesayangan aku.


Ikan puyu tu lagi tua dari Luth tu. Mak sayang tahu, walau mak jarang bagi makan. Huk.huk.



Lepas aku ambil gambar kenangan 4, 5 keping ikan tu dah jadi mabuk. Cuba-cuba buat aksi berenang secara terbalik.


Lain macam dah ni.. Cepat-cepat aku panggil tuan dia, tolonglah korbankan dia.
Laki aku ambil dari akuarium ikan puyu bawa ke laman. Tak tahu sapa yang makan ikan pelik ni?
Aku ingat nak pelihara, tapi tak ada kemudahan prasarana yang baik untuk ikan ni. Laki aku nak goreng, tapi aku rasa tak tergamak dah nak masak. Lagi ikan keli pun dia tak makan, ikan cantik ni pulak dia nak makan.

Sekarang, hampir setiap petang ke lombong tengok hasil tangkapan. Mana tahu ada hasil tak payah kami beli lauk ye. Tak sabar aku nak tengok apa hasil tangkapan menjala petang ni pulak. Esok-esok kalau korang lalu tepi jalan rawang-ipoh kalau tengok orang jual ikan tepi jalan tu agaknya laki akulah.. banyaknya hasil menjala dia.


Belilah ye.

28 ulasan:

  1. Haha. Kelakar PB ni. Dia promote laki dia tapi dalam masa yg sama macam tak gemar je laki duk gi mancing tu. Suka ke tak ni sebenarnya? Masak apa ikan tu semalam? Kalau ikan lain nak jugalah beli, bolehla masak taucu ke, masak kari ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka. Ikhlas jauh di dasar lombong.

      Padam
  2. Rajin lakimu menjala yerp. Ok lah tu. Dah save tak payah beli ikan ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada hasil lagi setakat ni.

      Padam
  3. hahaha.. kelako la ko ni.. korang tak minat sangat makan ikan ke? laki aku mmg tak lalu nak makan ikan.. lagi kalau jenis hanyir2 lebih tu.. aku ok je.. membesar dengan ikan.. cuma kalau ikan sungai tu kureng sikit lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun nak ingat nak order ikan selar ke, gelama ke, ikan bilis pun tak apa..mana tahu sesat dalam lombong tu.

      Padam
  4. minat menjala ropanya laki PB..ok le tu ..dapat hasilnya..
    kalau hasil terlebih..boleh masak sedap2..nanti akak datang..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nak mari? Maaf kita tak ada kat rumah hari tu.

      Padam
  5. laluan kak anim balik kampung tu. nanti kak anim jengok2, haha.

    p/s tak lalukan nak makan ikan bela. dulu kat klang bela ikan kaloi, besar dah. maklum bertahun bela, masa tu anak takde lagi. bila kena transfer kulim, jual kat cina kat kedai akuarium. dapatlaj rm25. nape tak p jual je kat sana. cantik tu..at least ada yg bela, haha

    BalasPadam
  6. hehehe boleh tambah pendapatan sampingan tu PB,,..
    Cantik ikan tu polkadot hitam tu.. tapi tak panjang umur pulak kan PB..

    BalasPadam
  7. mmg cantik ikan tu ... dah ajal nampaknya .

    BalasPadam
  8. hahaha......hobi terbaru cik abg die
    tp ikan tu nmpak mcm ikan talapia la...

    BalasPadam
  9. rajinnye menjala...ada hasil, rezeki lah kan..

    BalasPadam
  10. Dah rajin menjala pulak.... PB kalau laki hang nak jual ikan tepi jalan tu, suruh dia jual ketam, sotong, kerang, lala sekali ek. Boleh gak jiran tumpang membeli. Hah, lagi satu...suruh suami hang jala ikan terubuk. Lama dah tak dapat makan terubuk bakar. Eh, kat lombong tu ada tak terubuk tersesat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam sesat tak nak?

      Padam
    2. Errr... malu nak jawab *__*

      Padam
  11. Dapat ikan cantik itu yg sayang nak goreng ye.
    Gaya macam ikan kerapu kakak tengok tapi tak tahulah..
    Kalau ikan laut memang tak boleh masuk aquarium PB. Tapi lombong tu air masin ke air tawar? Dah kakak ni jadi keliru hihi...

    BalasPadam
  12. kenapa diriku dpt merasai dimana ayatmu sgt sakastik..atau adakah perasaan ku saje dimana skang nie sedang bercampur baur kerana kesibukan yg melanda???...huwaaaaaa..

    okayh, lari balik dan kembali ke pangkal meja..sobsssss..

    BalasPadam
  13. menjala kat lombong ke? Ikan puyu berenang terbalik tu sebab dah nak mati ke? Ini ke ikan yg org buat pekasam tu? Eh, banyak tanya plak aku.

    BalasPadam
  14. rajin menjala yer..bagus2..

    btw, sy org Terengganu..menetap di Bandar baharu, kedah..bukan org Taiping..hihi...
    salam perkenalan..

    BalasPadam
  15. menjala terus...hahaha
    so far tak pernah nampak org menjala kat lombong..
    cuba la try pasang bubu pulak...hahaha

    BalasPadam
  16. ha ah..cantik sungguh ikan ni..dah tengok n belek2 ikan tu..mmg tak sanggup nak mkn..dh letak dlm tu lagi lew..rasanya puyu payah nak di kalahkan ikan tu..silap haribulan ikan yg cantik tu arwah dulu..

    BalasPadam
  17. Ikan ni tak tahan duduk dalam air paip berklorin kot. Tu yang dia pening-pening sikit. Hehe

    BalasPadam
  18. rajin dia menjala kat lombong..pastu jual hasil tangkapan. cari rezeki lebih..

    BalasPadam
  19. ingat arwah abah yg suka menjala . masa kecik dulu dpt lah juga join arwah pi menjala ...

    BalasPadam
  20. Wahhhh tu laluan okje kalau gi Tronoh tu PB......harus berhenti lepas ni kalau nampak org jual ikan tepi jalan....manalah tau ada PB sebelah tu tukang siang hehe....tak pun Luth..

    BalasPadam
  21. hahaha,..laki i memang minat mancing dari bujang hingga lah ni... sanggup malam tak balik sebab nak tunggu ikan, last2 esok pagi nya balik bawa seekor udang besor je.. pastu takmo makan udang tu, bagi kat jiran... hahaha
    pernah ikut dia mancing, tapi tahap sabar ku tak sesabar suami ku nak nunggu tu...hihihik

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...