Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140620

Nampak best

Sehari balik Genting tu aku tukar profile facebook aku. Letak gambar 3 beranak posing maut berlatar belakang bunga teh kuning sambil ayah Luth buat peace. Bertubi-tubi like dan komen aku terima dari sanak saudara..dengan ucapan, ‘wah selalu makan angin..seronoknya’.  Tak tahu aku nak reply apa. Laki aku suruh post gambar kami main air Terjun Serendah pulak, biar mereka lagi jeles tengok kita makan angin lagi..Haha.. Betul jahat, kasi jeles semua. 


Itu yang mereka nampak.
Puas aku memujuk, mengamuk baru dapat jalan gi Genting Highland belakang rumah tu mereka tak tahu. Rawang- Batang Kali- Genting dekat sangat je sebenarnya. Aku usha-usha jurujual kulat kat Genting itu pun duduk kawasan rumah aku je. Hari-hari ulang-alik Genting. Apa nak kecoh. Bukan aku pergi England pun.

Kawan sekolah aku cikgu, laki bini cikgu, dua-dua kawan aku. Share gambar rumah baru mereka kat facebook. Besar sangat, cantik sangat design dia luar dalam. Aku sikit rasa cemburu, kayanya cikgu. Bestlah jadi cikgu, gaji besar, kerja senang, kerja sekerat hari, government asyik bagi  macam-macam imbuhan. Tak adil. Rasa nak jadi cikgu juga, rasa menyesal tak jadi cikgu pula. Itu yang aku nampak, aku fikir. Hari-hari sakit hati mengajar anak kurang ajar, nak dipulas tak boleh, dijentik, disentuh pun payah aku tak tahu. Bergolak bergadai cikgu ikat janji sampai mati jadi cikgu nak buat rumah besar aku tak tau. Ada rumah besar, tapi tak dapat duduk juga, dua-dua posting hulu daerah. Sampai ke pencen lah tunggu nak duduk rumah besar.

Syukurlah, asyik banding dengan orang yang lebih hati jadi sakit je.

Sekarang sambung kerja, syukur ada kerja lagi. Ada orang tak ada kerja nak sangat dengan kerja kita. Tak ada kerja mudah. Sekejap tadi bos cakap dia takut nak sign cek customer return ni. Bos pun takut eh? Aku ingat jadi bos senang. Boskan banyak duit.

Aku kalau pening, tak boleh buat kerja..kena update blog. boleh gitu?

19 ulasan:

  1. tu laa lumrah alam kan...org nampak sebaliknye dari ape yg kite rase.... banding2kan dgn org lain pun tu sgt2 sebati dgn diri kite....muahsabah diri dan sentiasa bersyukur tu sepatutnye kite buat....

    BalasPadam
  2. syukur dgn apa yg ada, jd bos gaji byk...tggjwb byk jgk...apa2 hal dia jwb, kita takyah jwb hehe

    BalasPadam
  3. Apa yang kita tak dapat, orang dapat memanglah kita rasa sikit cemburu. Tapi biasalah tu PB. Jangan dibandingkan dengan kehidupan orang lain yang lebih baik lepas tu merungut. Bersyukur seadanya. Janji rezeki kita cukup untuk kita satu keluarga.

    Cubalah tempek gambar mandi-manda kat air terjun Serendah tu. Memang sure kita pun cemburu 'sikit-sikit' sebabnya kita tak pernah sampai lagi ke situ :)

    Psssttttt.....sapa kata kita nak pilih kaler purple buat baju raya? Walaupun itu tema kaler tahun ini, kita dah pilih kaler lain ler .... lebih memancarkan sinar kecemburuan gitu :)

    BalasPadam
  4. Tempek pulak gambar tu kat blog ni PB nak tengok juga.. cantik tengok rose merah tu :)

    BalasPadam
  5. Cemburu tu memang sifat semulajadi. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada kan.

    BalasPadam
  6. senyum bila baca n3 part cikgu-cikgi..kerja namanya sekerat hari, tapi sabtu kena jugak turun sekolah..tak meeting..kursus..tak kursus, sekolah ganti..SB ckp mcm lah SB ni cikgi..hihiii..berdasarkan pengalaman jadi bini cikgu..hahaa!!..

    BalasPadam
  7. Betul tu bersyukurlah apa yang ada....
    Dah lumrah msnusia...macam2 rasa...

    BalasPadam
  8. cntik bunga ros.. saya belom pernah menjejakkan kaki ke genting :)

    BalasPadam
  9. terimalah seadanya..kalu itu dah rezeki kita...

    BalasPadam
  10. tu yg kita nmpk..eheheh..betul tu..tak adil kita bercakap selagi tak tau duduk perkara sebenar..eh. duduk ke baring ke ek?

    BalasPadam
  11. manusia dilahirkan dengan penuh sifat baik positi mahupun negatif..hanya iman y mampu menampung sifat2 itu..

    BalasPadam
  12. salam singgah. orang cemburu sebab dia tak dpt apa yg kita dpt. jd kita kena lah bersyukur ^_^

    BalasPadam
  13. btl lah tu kalau kita asyik tngk kemewahan n kesenangan org lain x ke sudah kita puas

    BalasPadam
  14. Pndg ke depan selalulh...positif thinking.

    BalasPadam
  15. ok la tu dapat g dekat2 pun....lps ni dapat g jauh plak kan
    saya ni jenis malas pulak nk g jalan makan angin....

    BalasPadam
  16. jangan jeles kat cikgu pb..haha..
    tengok kak ni, satu sana,. satu sinun...
    kerja tu malaslah nak kabo cmna peningnya ,...
    macam pb juga..bila tension, kak p kat blog..heee

    BalasPadam
  17. org gomen blh beli umag besar juga tanah utk buat umah sekali sbb ada gomen loan . tapi baya sampai pencen ma mcm my kakak lah ... walau apa pun jenis kerja , masalah tetap ada . bersyukurlah dgn apa yg ada . byk lagi rezeki kita kat depan Allah sediakan . cuma kita jer yg tak tahu ...

    BalasPadam
  18. cemburu sebagai semangat untuk kita nikmati juga tak apa...jangan pula cemburu busuk hati..nanti nak buat perkara yang tak baik pula.

    BalasPadam
  19. tuhlah kan..xpe.cemburu positif xpe...bg smgt...kdg kdg memg jeles sket kalo org lain de kite xde..tp xpela bsyukur seadaanya

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...