Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140628

Persiapan Makanan Nak Puasa




Asal nak puasa, kalut pasal makan. Padahal nak puasa..oh, oh..

Rezeki murah betul sejak balik dari Genting beli sayur sampai sekarang tak habis-habis lagi. Bukan sayur beli hari tu tak habis lagi. Ni rezeki jiran tetangga yang bagi. Rasa macam 2, 3 kali jugak seminggu dua ni dapat sayur free.

Peti ais kecil dah penuh, tapi orang nak bagi ambil juga. Rasa rugi tak ambil. Sayur jenis daun ni cepat layu. Sumbat juga dalam peti ais.

Sudah packing siap-siap dalam plastik hijau yang kekonon lambat rosak sayurnya disimpan. Tengoklah secepat mana boleh makan habis sayur ni. 

Ada tak biskut raya sayur? Boleh selamatkan sayurku ni. 

Sayur dah penuh sepeti. Lauk tak ada. Kalau sempat, lakiku balik kerja petang nanti kena cari lauk pulak. Tak boleh jadi vegetarian nak puasa ni. Tak gagah..huhu.. 

 Selamat berpuasa kekawan.

11 ulasan:

  1. mula dtg semangat memasak...tak sabar juga ni..
    sayur nak tahan lama bungkus dgn surat khabar..lembabkan sikit kertas tu.in sya Allah

    RAMADAN barakahnya amat nyata, mulianya amat jelas.. Temuilah Ramadan dgn hati yg penuh keinsafan, jiwa yg penuh kesedaran dan kemahuan yg penuh kesungguhan... RAMADAN datang kunjung lagi... Ahlan Ya Ramadan

    BalasPadam
  2. Saya pun bungkus sayur dalan surat khabar... memang lambat layu atu lecur...

    BalasPadam
  3. aah betul...balut ngan suratkhabar,lambat sikit rosak..hehe.

    BalasPadam
  4. selamat puasa.. wahhh untung lahh... sayur kalau beli pun dah berapa ringgit kat sekarang.. mak aku pesan bungkus dalam kertas surat khabar tahan sikit..

    BalasPadam
  5. wah./..murah rezeki dpt sayur...boleh buat sup sayur utk luth hehe

    BalasPadam
  6. salam ramadhan n selamat menjalani ibadah puasa . sisi mohon maaf andai ada tulisan dan komen yang megguris rasa . semoga ramadhan kali kita mendapat keberkatan yg melimpah ruah .

    BalasPadam
  7. Kalau sayur bayam , daunnya boleh buat kerepek daun bayam . cuma perlu celupkan daun bayam dalam bancuhan tepung berempah dan goreng ...

    BalasPadam
  8. hahaha...selamat berpuasa...sedapnya sayur2 tu..

    BalasPadam
  9. Rezeki namanya tu... buat le keropok bayam sedap jugak...hehe.
    Okje pun tak le gi kalau jadi vegetarian...nak gak rasa hanyir hanyir ikan ke ayam tu hehe

    BalasPadam
  10. Selamat berpuasa, PB :)

    Biasalah tu nafsu makan waktu bulan puasa ni memang rakus sikit ... I masak je walaupun sampai rumah dah pukul 6 petang. Main lenjan mana dapatlah supaya dapat berbuka puasa dengan jayanya bersama keluarga 1 jam setengah kemudian. Rumah kita memang kekurangan sayur memanjang...bukan vegetarian lagi, dah jadi karnivor dah semua dalam rumah nih...

    BalasPadam
  11. budak kecik tuh pun sbuk nak prepare mknan berbuka pose

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...