Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140609

Resipi Chocolate Oat Choco mudah

Assalamualaikum

Tuan-tuan dan puan-puan. Hari ni kita bersiaran lewat sikit. Tak ada draft yang boleh dipublish..oh. Maklumlah hari isnin, nak mengusha kerja-kerja sikit, ambil mood kerja sikit. Jelling-jeling, ingat-ingat apa kerja aku buat jumaat lepas. Siap dah ke tak lagi? Gitulah..

Hujung minggu lepas aku dah buat experiment Choco oat aku. Menjadi dah. Aku ingat nak jual choco oat raya ni. Ada sapa nak order?


Choco oat aku ada macam-macam corak. Tak mainlah empat segi-empat segi gitu. Tak ada inovasi langsung. Tak kreatif langsung.

Menggunkan white chocolate yang bermutu tinggi, dengan oat dan nestum terpilih yang kaya dengan serat.



Aku saja ekseyen post kat facebook choco oat aku. 6 orang like kau tahu.. Siap mintak resipi tau.
Resipinya..

Cairkan white chocolate double boil gitu, lepas tu gaulah oat dengan nestum. Nisbah sama banyak. Aku letak 10sudu oat, 10 sudu nestum. Aku ingat dah tak melekat. Tapi lepas aku letak dalam acuan dan bekukan. Nggap, rasa manis sikit dari yang dibeli, chocolatenya terlebih ni.. Lain kali boleh tambah lagi oat dengan nestum. Lekat sikit-sikit pun dah okey.


Kena tekan kuat-kuat sikit dalam acuan, jangan risau lepas masuk peti dalam 10 minit dah keras senang je tanggal dari acuan.



Choco oat aku mahal versi cekit darah sikit sebab lepas aku kira kos keseluruhan, aku tak boleh lawan choco oat yang dijual sepuluh ringgitsepacket.


Aku pack dalam bekas platik ingat nak eksyen kat ofis. Buat sample ke..Tapi dah tinggal berapa ketul hari isnin ni.. nantilah aku adjust balik resipi.


Jadi aku cancel nak ambil order jual choco oat. Sekian bersiaran hari isnin.

32 ulasan:

  1. wah..memang boleh buat biskut raya nih

    BalasPadam
  2. wah menarik ni, juallah mana tau kan, meletops order...

    BalasPadam
  3. Wah mudahhhnya teruss ngappp

    BalasPadam
  4. Nape tak pakai Cadbury? Mesti sodap.....

    Wah, nak ambil order raya gitu....nak buat choco oat dengan Luth sebagai assistant ke? Lepas tu kat kotak kuih raya tu letaklah gambar Luth sekali, for sure laku dengan penuh larisnya gitu...

    Senang nampak ni, PB tapi kita takda acuan beraneka gitu. Haruslah nak kena beramah mesra dengan budak kat Aeon Big nih!

    BalasPadam
  5. ko mmg xnk amek order kan sebenarnye kan..kan kan kan..ahahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku kalau boleh semua nk nego.. ahak

      Padam
  6. wah.. nanti nak cubalah. ^^

    BalasPadam
  7. thanks share resepi
    lagi berbaloi buatan home made :)

    BalasPadam
  8. nampak menarik..rajinnyo Pb..nanti rajin boleh kaksura buat ikut resepi PB ni..:)

    BalasPadam
  9. Hihi..saya nak buat tak terbuat-buat...Nanti nak try jugakla..

    BalasPadam
  10. salam kenal, menariknyer, leh cuba nie...anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer... :)

    BalasPadam
  11. mmg hot kan choco oat sekarang. tapi saya ni tak berapa nak rajin buat sndri. makan je rajin hihiih

    BalasPadam
  12. ahaha...menarik juga choco oat awak ni PB..... menjadi k lah tu... ada ternampak member gak buat, memang sedap gamaknya.. laris... hihi.. boleh nak cuba gak nti... sekian... :)

    BalasPadam
  13. Wah boleh akak cuba ni PB.. bagi lah resepinya tu :)

    BalasPadam
  14. yeay menjadi…tgh fenomena kat fb skrg ni choco oat homemade. bagus ada yg sudi share resepi kat fb sbb klu beli mahal. kat brunei ni ramai org bt bz atas angin. dorg re-sell choco oat yg dorg beli borong (sbb stok @kedai runcit laju je abis)…..better buat sendiri @beli dgn org yg homemade. semoga sukses bz raya ni ;)

    BalasPadam
  15. tq sudi share resepi kat sini.pasni pakat rama ramaii buat.klau beli pun mahal kan..

    BalasPadam
  16. Macam sedap jer. Kalau buat lagi buat lebih² sket. Pos kat org sini. Nnt aku email alamat...hahaha...

    BalasPadam
  17. Sedap tu yang... ye sometimes buat sendiri lebih mahal dari beli, tapi sure kita tahu tahap halal dan kebersihannya kan..

    BalasPadam
  18. x kn tunjuk je bak mai satu hehehe

    BalasPadam
  19. Simpan peti je ye pb..acik ingat kena masuk oven

    BalasPadam
  20. Kira mudah jugak cara membuatnya ek. Berbaloi jugak buat sendiri ni. Jimat pun jimat.

    BalasPadam
  21. Ok esok terus wujud homemade oat choco kat rumah aiii.. Buleh melantak puas2 sambil tengok tb...

    BalasPadam
  22. mudah jer buatnya . blh buat utk raya nih ... terima kasih sbb buat experimen dulu ... heh heh

    BalasPadam
  23. wah, mudahnya cara nak buat…
    Kena cari oat dan nestum ni…
    Coklat putih memang selalu ada kat dapur…
    Tapi nestum yng susah sikit nak cari kat sini...

    BalasPadam
  24. hahaha.. aku tak suka sangat white choc sbb manis.. kalau dark choc ok lah.. nanti kalau nak jual ko buat yg dark choco okay!

    BalasPadam
  25. senang aje ye..
    camne nak cuba buat juga sebab order mahal =)

    BalasPadam
  26. boleh jual ni..packagiing je kena fikir lepas ni..heee

    BalasPadam
  27. wah meletop la PB punya resepi oat choco..klu senang2 boleh diusahakan buat,sbb senang sgt nk buat,cuma modal la besar sikit ye..utk makan sendiri apa ada hal.huhu

    BalasPadam
  28. oo, guna white chocolate ke? Selamat le aku mmg kurang menggemari cekelat putih. Patut le selama ni bila org dok promote oat choco tu aku tak tertarik. Mungkin sbb warna dia putih. Tapi serius, senang je nak membuatnya.

    BalasPadam
  29. hihi...kita baru nak buat eksperimen ni..:)

    BalasPadam
  30. oo macam tu caranya.. boleh try ni ..

    BalasPadam
  31. Haha...yg tahan tak sama saiz tu ....untung org beli kalau dapat saiz besau tu PB hehe....
    Sedap yeh....mcm nak try jugaklah...melampaulah pulak kalau surirumah pun nak order...malu dengan Luth! Hehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...