Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140614

Rumah kampung

Sekali sekala aku rasa nak pindah balik kampung. Aku rasa macam bosannya kerja hari-hari. Itu masa aku belum fikir pasal hutang piutang akulah..


Balik rumah pun rasa sempit je rumah. Rasa sesak je nafas. Tak fikir rumah kat kubur tu.

Ni rumah mak aku kat kampung. Tunggu robohlah, rumah tak ada penghuni sejak mak aku tinggal denagn aku. Oh ada juga seekor burung hantu yang terbang dari bumbung rumah masa kami sampai malam kat kampung malam tu. Tikus dan binatang sewaktunya tak tahulah berapa banyak. Nak sewa pun rasa nak balik kampung lagi. Mana pulak aku nak tinggal kalau balik kampung, rumah dah disewa.


Tangga kat depan pintu tu buat repair elektrik. Masa kami sampai tu, elektrik dah putus. Kabel dia rosak, lama tak gunakan.

Musim buah mangga. Penuh laman rumah dengan mangga gugur.

Ada yang dibalut pakcik aku.

Keliling rumah mak aku ada beberapa pokok buah salak.


Dapat rasa sikit buah salak yang berbuah. Pokok salak ni tak reti berbuah sendiri. Kena tolong kacukan dengan benih bunga jantan baru dia berbuah. Biasa pakcik aku yang tolong kacukan.


Orang hensem, bangun pagi-pagi walau tak cukup tidur penat jalan jauh 10 jam pun maintain je kecomelan.


Tunggu raya panjang umur balik kampung lagi.

24 ulasan:

  1. kdg2 seronok jugak balik kpg rasa suasana kpg ..lari dari kesesakkan bandar..xpernah tgk pokok buah salak..kihkih

    BalasPadam
  2. macam mana kacukkn bunga? 1st time dengar teknik pengacukan salak..hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah.
      katanya tabur je debunga jantan kat debunga betina.. pandai tgok je..x pandai buat

      Padam
  3. tetiba jadi rindu kat kg. QV pun tak balik kg sbb bonda dok dgn QV. keadaannya pun dah uzur . nak naik kenderaan pun dah tak larat . rumah kg dah kosong tapi my abang selalu lah jengok . nasib baiknya rumah my kakak satu laman dgn rumah my bonda . ada gak yg tlg bersihkan keliling rumah .

    BalasPadam
  4. miss my hometown..nok balik kapongg..PB ..bestnya ada pokok salak keliling rumah..akak balik kg pon..semua kena beli kat pasar..nasib rumah dekatt jer ngan pasar besar Tumpat..:)

    BalasPadam
  5. rumah mak pb buat homestaylah. rumah,kalau tak duduk memang rosak. rumah kak anim d batu pahat pun dah roboh kitchen kabinetnya nak kata apa tuan rumah balik setahun sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x strategik plk rasanya.. lg pun kalau nk buat homestay byk kena repair tu..

      Padam
  6. Ye ke...lma2 nti reput di mkn anai2..gitulh jadi pd rmh mertua..buah2 gugur, adalh bgsa2 asing yg ambil siap jual lgi...
    siap kt tnh tu diorg bercucuk tanam...enth le..ura2 nk di jual...haram hukumnya tnh ada tapi tk di usahakan..w, hulm

    BalasPadam
  7. rumah MIL pun banyak pokok salak keliling rumah…
    Tapi tak pernah pula pergi dekat…
    MIL pun tak bagi, takut tangan menantunya kena duri… hihihihi

    Best dapat balik kampung…
    saya pun dah tak sabar nak balik kg tahun depan…
    Ya, lambat lagi tu...

    BalasPadam
  8. sama la Sa....ada rezeki nt blh la berhijrah ke kpg plak kan....

    BalasPadam
  9. Kat rumah ayah kat kg pun ada banyak pokok salak..bestkan kalau boleh balik kampung...duk lama2 kat situ. . :)

    BalasPadam
  10. Buat homestay la umah tu...nk sewakan mcm susah kan...

    BalasPadam
  11. eiii kalau tak pikir hutang yang dok bertimbun, nak ja balik dok kampung bercucuk tanam.tapi utang dah banyak kena gak la kerja kan?

    BalasPadam
  12. best rumah tak berpagar ni, buat homestay macam resort...

    BalasPadam
  13. As salam..besh suasana rumah kt kg..aman damai je..
    Alhamdulillah buat masa ni saya belum lg pernah ambil duit org yg kasi lebih dkt saya..
    Saya pun berniaga..kdg ada customer byr lebih.. suruh burn je balance pun saya x nak ambil.x tau lah kalo org lainkan. 😃

    BalasPadam
  14. untung la ko ade umah kt kampung..aku nie harapkan kampung bapak aku je yg betul2 kampung..anak aku nnt lg kesian..umah dua2 nenek umah batu..sekangkang kera je lak tuh umahnye..mmg dh besau nnt dh xmerasa dh nak pijak umah2 kampung..

    aku suke duk umah kampung bile pagi2 buta..sejuk jeee nyaman jeee..bile tengahari, aku merayau satu kg duk dlm kete ade ekon..hahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti aku minang ank ko. bulih blk kg..hik..

      Padam
  15. Seronok nya sbnrnya duduk kampung kan PB.. tapi tu lah tuntutan tugas tak memungkin kan... sayang nya rumah terabai,nak buat mcm mana..ye dak... amboi Luth maintain comel..tak penat ker hensem?? :)

    BalasPadam
  16. Kalau ada umah di kampung, kalau boleh, jaga elok2...kat kampung saya, banyak umah yang ditinggal sebab penghuninya tinggal ngan anak2...sayang tapi tu la...takde siapa nak duduk..tunggu raya je baru meriah

    BalasPadam
  17. macam2 buah ada keliling umah kan..best dok kampung..tanah pun luas..umah bandar..dah le cenonet..ada pagar2 pulak..lemas rasanyer..

    BalasPadam
  18. Samalah kita PB. Rumah kampung tu dah lama tak jenguk. Rasanya dekat setahunlah sebab mak kita duk KL dengan kakak. Insya Allah tak lama lagi another kakak pencen, buat rumah kat tanah sebelah rumah mak, makanya kita adik beradik akan riuh sekampunglah. Sayangkan kalau rumah pusaka ni nak dijual. Ingat dulu nak sewa gak tapi fikir balik, mana kami adik beradik nak tidur kalau balik kampung nanti....

    BalasPadam
  19. Tu yang Tok Ma nak duk kampung tu yeh....yelah rumah dia menganyam janji, mengulit mimpi PB..... mana tak mengusik hati kecil dia hehe.....Takut jugakkan nak tido tu....takut ada benda asing yg menumpang....
    Luth...jap lagi Luth duk ngan pengasuh....jangan rindu nenek tau!!! Ke nenek yg rindu Luth nanti hehe

    BalasPadam
  20. besar nampak umah kampung tu...orang kata klu rumah kampung x ada sape yg duduk...lama2 cepat reput...mesti byk nostalgia kat umah tu kan...

    BalasPadam
  21. Rumah akk dulu pun bila ditinggalkan byk taik cicak . Taik tikus. Taik ayam dan macam macam lagi. Skrg dah x de. Klw x dulu lipan pun byk. Tido pulak tido bwh je ats simen tu. Eii takut sgt tau.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...