Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140616

Siapa boleh di harapkan menjaga anak kesayanganku

Ada beberapa perkara yang buat aku sukar tidur beberapa malam ini...

Tok ma Luth bercadang nak balik kampung puasa ni. Kami laki bini setuju je, mana pilihan terbaik ma kami ikut setuju. Dari awal lagi kami sudah bincang, kami tak nak bebankan ma. Kami ajak ma duduk dengan kami sebab kat kampung pun ma sorang-sorang je. Sakit deman anak-anak jauh. Kami pun risau juga. Bila ma duduk sini, kami pula susahkan ma dengan menjaga anak kami. Terikat tak boleh ke mana-mana menjaga anak kami.

Sedih juga difikirkan macam kami ni mengambil kesampatan atas orang tua. Kami pernah bincang nak hantar Luth, bagi orang jaga tetapi ma sanggup nak jaga. Katanya segan pula, dia duduk dengan kami saja-saja,  selagi sihat, nak jaga Luth.  10 bulan ni ma yang jaga Luth bila kami laki bini keluar bekerja.
Sekarang Luth dah kenal orang, hanya orang-orang yang tertentu je yang dia biasa. 
Sekarang aku rasa pening fikirkan Luth sapa nak jaga? Dia nakal, kuat merajuk, kuat menangis.  Dan kesayanganku manja ni sangat comel, aku risau sangat.  Takut dia tak biasakan diri. Takut penjaganya tidak sabar.

Aku fikir nak bincang dengan jiran yang biasa main-main dengan Luth, kalau-kalau dia sudi jagakan Luth. Sebelum ni, katanya suaminya tidak izinkan untuk menjaga anak orang. Ya Allah, minta dilembutkan hati mereka. Itulah satu-satunya jiran yang aku percaya untuk jagakan Luth.



Aku harap, Tok Ma Luth dapat pulang berehat dikampung halamannya. Pasti dia sangat rindu rumah yang lama ditinggalkan. Doakan semuanya baik-baik. Insyallah.

22 ulasan:

  1. saya doakan moga dipermudahkan ... insyaalah jiran tu blh jaga luth

    BalasPadam
  2. serba salahkan di buat nya..rasa org tua ni,dia sendiri pun tak nak susahkan sapa2..rela tggl di kmpung sorang2..
    kita sebagai anak turutkan aje..

    jaga org tua ni..besar pahalanya..n murah rezeki..
    kena jenguk2 selalulah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.. rumah sendiri juga plg selesa.

      Padam
  3. salam PB... adui! atie pernah rasa situasi ini..erm..mmg dilema dibuatnya.. bila anak biasa di jaga oleh ahli keluarga sndiri tiba2 org lain nak jagakan..dulu sy mmg tak percaya org lain.. takut! tapi kena juga hadapi bila mak balik kg, kena jg bagi org lain jaga.. huhu..bertabah lah na...

    BalasPadam
  4. yelah dah biasa dijaga nenek kan PB....Kesian jugak Luth tu....pada masa yg sama kesian jugak kat To ma...
    Balik nanti kat kg sedara mara dekat ke PB....Tak kisahlah kot sebab Tok Ma pun masih sihatkan...
    Tu yang susahkan bila dah dijaga ngan nenek, bila nenek ada hal...pening nak cari orang jaga...
    Tak semua orang nak jaga budak PB....kena cari org yg mmg mengasuh budaklah kot... Tapi cubalah dulu tanya kotnya dia nak

    BalasPadam
  5. situasi sukar juga ni..moga dipermudahkan..Luth dah kenal orang..susah sikit..harap jiran PB boleh jaga..cakap ngan di baik2..mungkin boleh lembut hati...lagipun tak lama kan..sebulan jer..:)
    teringat pulak akak 3-4 bulan lepas..masa htr Afif umah ibu dia..ada budak menangis jer..mak dia baru kerja..umur dia pun lebih kurang Luth..Ibu Afif cakap sampai petang dia nangis..seminggu jugak camtu..nasib baik akhirnya dia ok..sebelum tu mak budak tu htr umah orang lain..orang tu x sanggup..sebab budak tu nangis sampai petang..

    BalasPadam
  6. Insya Allah, semoga Luth dapat pengasuh yang dapat menjaganya macam Tok Ma…
    Tapi budak2 ni PB, dengan nenek mmg terlebih manja… dengan orang lain, tak apa pula…Pandai pula sorok perangai "comel" dia tu...

    BalasPadam
  7. situation ko sama mcm aku..so more or less aku paham..tp mak aku xde la nak gie mana2 pun..cumenye aku serba salah sbb mak aku jaga qisya..padahal umur2 gini la die nak berehat..nak anto nursery..cumenye aku takut..aku takut xde org boleh jaga qisya dgn elok..sbb qisya mcm luth..dh pandai kenal org..manja, pastu jenis xleh tinggal, xleh letak..mau satu lorong dgr jeritan kalbu..aku takut org tuh xleh tahan pastu didera2 dikutil2 anak aku..

    aku doakan jiran ko berubah pikiran and lembut hati so that die boleh jaga luth..amin3..

    BalasPadam
  8. In syaa Allah mudah2an terbuka hati jiran untuk tolong jagakan luth

    BalasPadam
  9. Luth budak comel.. Semoga Allah lembutkan hati jiran ko tu.. Baca surah taha (Ayat 1-5) hembus hembus sikit.. hehehe..

    BalasPadam
  10. baguslah kalau PB ada ingatan begitu. sebagai orang tua..akak paham perasaan tok ma luth.hati tak sampai nak kata tidak, dlm masa sama hati teringat nak beramal ibadah atau duduk di kampung. mudahan terbuka hati jiran nak tolong jagakan Luth..

    BalasPadam
  11. kalau dekat, meh aunty jaga..haha..
    eloklah hantar kat orang yang dekat, yang kenal...
    muka yang luth biasa nampak..
    teringat dulu, anak2 kak sering bertukar pengasuh kerana suami bertukar tempat kerja saja
    mudah2an Allah permudahkan

    BalasPadam
  12. Dilema juga ni, berat perkara ni. Anak kesayangan kita, mana boleh letak sebarangan. Tak tenang nak kerja nati. Masa kat Johor dulu, saya pernah kena balik dan cuti mengejut, sebab Naim dalam umur 8 bulan meraung tak henti 3 jam dijaga oleh pengasuh baru. Bibiknya tiba2 kena hantar balik ke Indon sebab ada masalah kesihatan. Mau berpinar cari orang jaga tetiba. Mujur ada ustazah baik hati tolong jaga dalam 2 minggu sebelum kami pindah ke Selangor ni.

    BalasPadam
  13. minta tok ma doakan supaya lembut hati jiran tu ... insha Allah tok ma baik2 saja nantinya .

    BalasPadam
  14. mmg dilema nk hntar anak ke mana..mujurlah CN ada kwn baik arwah mak mertua volunteer nk jaga anak, senang hati, dia pun jaga anak CN mcm cucu sendiri ;)

    BalasPadam
  15. insyaAllah segalanya akan dprmudahkan. Nti Luth pn akan biasa

    BalasPadam
  16. tokma Luth dah rindu rumah kpg la tu....nak2 bulan puasa
    klau fikir psl pengasuh mmg tak sudah....In shaa Allah takde apa2...kadang2 budak2 ni bila nga orang lain elok jer die...
    nga ibu jer macam2 pe'el....

    BalasPadam
  17. Alahai, kesian juga kat Luth ! Kesian jugak kat Tok Ma yang mungkin rindu rumah kampungnya. Lama dah berkelana ikut anakkan.. Orang tu memang gitu, kalau lama-lama dok dengan anak walaupun tak kata apa, tak komplen apa, dalam hati dah tentu sayu pilu teringatkan kampung halaman, rumah pusaka dan segala yang ditinggalkan. Semoga terbuka hati jiran PB tu nak jaga Luth. Kalau tidak, dalam dilema juga ni memikirkannya ....

    Saya sampai nangis-nangis bengkak mata masa babysitter Abang Luth yang baik (arwah dah babysitter ni) beritahu tak mampu lagi nak jaga Luth sebab cucunya nak lahir, Luth pulak bukan main chubby dan dia tak larat nak dukung sebab dia pun pernah operate jantung. Masa tu Luth baru 7 bulan, Daddy pulak berada di perantauan..mahu tak nangis. Nasib baik mak saya datang tolong lepas tu jumpa babysitter baru yang baik dan sayang Luth juga.

    BalasPadam
  18. in sha Allah dipermudahkan..siapa tak risau dengan anak..
    nenek Aisyah pon kalo ada dtg umah mesti takyah anta Aisyah ke umh BS..

    BalasPadam
  19. Akk pun sama. Mak yg jaga anak anak time akak keje. Time akk cuti pun dia jugak yg jaga. Mak jenis rajin dan x ddk diam. Kesian kat dia. Kalau dia x buat keje nanti bdn sakit sakit. Jenis org kg kan. Tp rumah kat kg dah x de. So mak dah x payah balik kg lg.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...