Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140627

Suka duka jadi surirumah

Jumaat. 4 hari dah aku jadi surirumah. Betul kelam kabut. Aku salute buat surirumah sepenuh masa.

Hari pertama aku jadi surirumah, botol cuka epal aku dah pecah. Lepas ni, tak adalah cerita detox cuka epal. Sikit lagi Luth tak makan serpihan kaca. Marah ma aku tahu ni..

Seharian kat rumah, Luth tak berengang dengan aku. Basuh baju kena dukung, lipat kain beriba. Anak aku bolehlah. Orang lain, mana sanggup gini.

Hari kedua selamat, tak masuk dapur. Makan, tidur nak membuang pun ikut sekali. Kami buddiey, tak akan terpisah.

Hari ketiga, ingat nak masak-masak sikit. Goreng kuewtiau tak siap, satu lagi balang kaca berterabur. Rumah sewa aku sempit, tak tahu nak punggah ke mana botol-botol kaca. Takut dia makan lagi kaca, aku punggah letak atas peti ais. Jangan roboh sudah peti ais aku.


Luth sekarang makin besar, makin cerdik, makin manja. Tak boleh marah, suara kuat sikit dia boleh menangis. Sensitif, dia faham orang marah dia. Kadang tu sengaja pegang plug yang orang larang. Pegang plug, lepas tu panggil kita..heh..heh..suruh orang larang dia. Boleh gitu?

Luth juga kuat cemburu sekarang ni, ayah Luth jangan duduk dekat mak dia. Tak boleh, macam mak ni hak milik dia mutlak. Menangis, malalaklah kalau mood dia tak baik. Ditolak-tolak ayah dia.

Bagusnya, seminggu ni aku boleh rasa penatnya ma aku jaga anak bertuah aku ni...

17 ulasan:

  1. mencabar gila ko jadi surirumah.. beli baby wearing gear la.. wrap ke ssc ke.. senang.. luth nak berdukung ke apa..ko boleh sambil buat kerja.. cuma patah pinggang sikit la kalau nak berdukung 24jam.. still better la.. boleh sambil2 buat kerja kalau time dia takmo berenggang..

    BalasPadam
  2. surirumah memang hebat, kite yang sesekali kena duk umah seharian pon dah huru hara
    kalau nk melekat je satu keja tak jadik kann..pakai le kendong cam bibik tp guna yg ssc..klass gituu hihi

    BalasPadam
  3. sesekali nak merasa jd surirumah spenuh masa..waktu cuti sekolahlah..
    kadang2 mandi pun bila nak masuk waktu zuhur..huhu

    BalasPadam
  4. jd surirumah sepenuh ms time sbtu ahad pon dh penat nk2 anak dh boleh merangkak meragas.mata kita kena ada dpn blkg klau nk wt juga keja time dia jaga

    BalasPadam
  5. macam tu la penat lelah jd surirumah full time.....ank tgh membesar mcm Luth ni kena byk tenaga....sume tu kita dah rasa....pasni tggu merasa 2nd pulak hohohoreeeeyyyyyyy......

    BalasPadam
  6. memang mencabar..tiada kerja yang mudah..tp kan saya sabtu ahad memang jadi surirumah sepenuh masa..camtulah..baru mop lantai..jap lagi air dah tumpah..
    kalo balik keje tu memang masak kendong anak lah..time rehat cuma bila tido..he3..
    kekuatan seorang ibu..

    BalasPadam
  7. Begitulah emak kita menjaga kita sewaktu kecil PB.. perlu kesabaran yg tinggi..

    Selamat berpuasa PB..

    BalasPadam
  8. baru saya nak ckp cam CH (Nur Hayati)...gitulah penatnya emak kita dulu2 yek, dulu lagi susahkan, tak de mesin basuh..tak de blender, masak pun guna kayu api, tak wujud lagi lampin pakai buang ni...emmm.. semua kena buat dgn tulang 4 kerat..tabahkan hati ye PB...insyaallah masa2 susah nie akan berlalu jua...

    BalasPadam
  9. PB..tu baru sorang..bayangkan kalau dah tambah..hehe..akak dah merasa..:)

    BalasPadam
  10. isteri aku pon suri rumah,semua benda dia buat..sampai ke malam ade je keje..mmg salute la..sbb tu aku sayang..

    BalasPadam
  11. Jadi suri rumah mmg la penat. Tambah kalau ada anak ramai. Tak menang tangan dibuatnya. Ada yg nak makan ada yg nak air ada yg nak mandi. Uruskan dorang keje kita yang x siap.

    BalasPadam
  12. surirumah lagi penat huhu..macam2 nak dibuatnya..tapi org bekerja pastu balik jadi surirumah pun penat juga..hehehe

    BalasPadam
  13. surirumah tak pernah dapat cuti tahunan.... kerja sepanjang tahun... memang hebat wanita yang jadi suri rumah sepenuh masa

    BalasPadam
  14. owh , kes tak blh berenggang dgn maknya lah ni aka manja . klu ada adik mungkin krg sikit kot perangainya tu sbb ada kwn nak main ... sabarlah . mmg susah jadi surirumah . sbb tu dr fadilah kata suri rumah boleh dpt elaun hingga rm3k drp suami ... heh heh heh

    BalasPadam
  15. hehe....sebab tak biasa tulah jadi gitu PB...
    Huru haralah kiranya rumah tu....

    BalasPadam
  16. Mungkin kalau dengan Tok Ma, Luth behave elok sikit. Sajalah tu nak bermanja dengan omaknya. Manalah tahu tak dapat bermanja lama-lama lepas ada adik 1,2,3 and so on gitu :)

    Jadi surirumah ni kerjanya rutin je tapi penatnya kalah surirumahtangga separuh masa. Rasanya lebih meletihkan duduk di rumah buat kerja rumah berbanding dengan kerja di pejabat termasuk tension pergi balik kerja masa dalam jem!

    BalasPadam
  17. jd surirumah sepenuh masa memg mencabar...tp.seronok...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...