Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140711

2 jenis biskut, satu adunan

Biskut raya tak boleh buat awal-awal nanti lemau. Boleh pulak aku terfikir macam tu. Habis yang orang dah start jual hari pertama puasa tu tak lemau ke? Jadi aku pun mulalah sesi mengentel sekut raya aku. Ni sekut raya semalam-semalam membaking.

Cornflakes hati mak dan biskut raya Nestum gentel tak sesaiz buat Luth atas ke-jurusannya. Biarpun ayah dia kata, jaga Luth macam sikit lagi nak kena tambat kaki.

Kedua adunan untuk biskut nestum dan cornflakes sama, bahagi dua biar banyak jenis sikit biskut aku. 

REsipi Biskut Cornflakes dan Biskut Nestum

250 g margerin
150 g gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla (tak beli)
1 biji telur
Macam biasa pukul dulu gula dengan mentega biar kembang. Masuk telur pukul lagi.

Lepas tu baru campur benda kering lain. Aku ayak sekejap tepung gandum, baking powder dan bicarbonate tu. Nestum/ Corflakes gaul je manual.

300 g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bikarbonate soda
1/2 cawan Nestum/ Cornflakes

Aku perasan, kalau biskut buat sendiri ni mesti tak cantik macam biskut beli. Maksud aku presentation  biskut ni. Puas aku fikir, macam mana nak decorate biskut cornflakes ni macam biskut beli. Puas google, tak ada pulak orang hias bikut cornflakes ni. Semunya main gentel je. Tak ada idealah aku nak hias. Satu lagi, aku memang tak ada masa nak mengetel sebiji-sebiji. Mungkin tahun depan-depan aku ada kawan nak gentel biskut. Ajar Luth gentel pulak. 

Aku rasa canai terap lagi cepat. Tapi tak cantik sangatlah terapnya sebab corflakesnya kasar-kasar. Aku ramas je.



Biskut Nestum aku cuba gentel-gentel. Aku gentel tak sama saiz sebab panic Luth asyik meragam. Main tarik-tarik kain dengan aku. Lepas itu sibuk nak main plug.


Tapi kira baik dah Luth. Sempat aku siap bakar biskut malam tu. 

Jadi lepas selesai membaking aku hadiahkan beberapa keping biskut raya. Penuh mulut mengunyah biskut raya.

20 ulasan:

  1. Haha.. berjaya juga siapkan dua jenis sekut yang comel lote ni.ada juga kan.. tapi Luth tak adalah kena tambat kan? Bila ayah jaga gitulah kan? Tak berapa sabar kot..

    Takpelah tak berapa comel pun, makan mesti sedap tu..buat hasil tangan sendiri pasti sedap.

    BalasPadam
  2. dah siap biskut raya PB...puas hatikan buat sendiri..

    BalasPadam
  3. uuu...saya kalau ada cornflakes ni memang laju sikit lah membuatnya..

    BalasPadam
  4. Tu dia dah setel dua jenis biskut.
    Tunjuklah model tukang rasmi makan biskut tu PB:)

    BalasPadam
  5. Kreatifnya akak dua adunan blh buat 2 biskut

    BalasPadam
  6. Bestnya dah buat kuih raya.

    BalasPadam
  7. tu dia..biskut raya PB dah siap dah..

    BalasPadam
  8. rajin gila ko ya...jeles aku.. nanti bagi alamat.. aku nak gi beraya.. yey~~!! hahaha

    BalasPadam
  9. Dah siap dua biskut raya dia.... kita kat sini baru angin-angin je sebar berita nak buat biskut raya buatnya tak jugak :) Bagus juga idea bernas ni, satu adunan tapi dapat dua jenis biskut raya. Sekali harung dah boleh buat.

    Takpa, takpa... tahun-tahun mendatang Luth akan membantu ibunya di dapur. Jangan bimbang tak cukup kaki tangan masa tu :)

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama11:50:00 PG

    gmbr luth dngn mulut penuh cekut raya mamanya xde ke??? Penat saya scroll smpai bawah
    tifaanvar

    BalasPadam
  11. bes la dh mula buat biskut raya...

    BalasPadam
  12. Ohhhh ......tetiba teringin nak cuba buat biskut awak ni PB....mcm sempoi jer ....... gentel gentel sesorang dah siap. Brrapa balang dapat PB?

    BalasPadam
  13. saya tak buat awal biskut raya bukan takut lemau... tapi takut habis.. tak kuasa nak buat byk2.... cukup sekadar nak hidang masa raya jer.. satu adunan utk setiap jenis... cukuplah dgn tiga jenis saja tahun ni...
    Nak nak cantik, cer letak dalam papercup... lepas tu letak la cery sikit biar comel...

    BalasPadam
  14. eh nakkkkk. cornflakes berlambak (konon jer) kat dapur tu ha. tak yah tunggu buat raya eh, tapi takut jelita ketagih pulak satgi.

    BalasPadam
  15. klu nak rangup , masuk sikit tepung jagung ...

    BalasPadam
  16. nyaris nyaris kena tambat ye luth. hihi
    alhamdulillah siap juga akhirnya..

    BalasPadam
  17. awal buat biskut raya
    saya dah lama tak buat biskut raya
    teringin nak buat balik

    BalasPadam
  18. Wahhh dh buat biskut raya. Afne dulu x terap pun cuma sudukan & tepek ceri kt atas biskut. Nnti dia kembang bulat sendiri.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...