Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140703

Aktiviti bulan puasa

Nyenyak betul aku tidur waktu rehat tengahari sekarang ni. Penat kot. Sedar sekejap tengok jam baru 10minit tapi aku dah buat macam-macam dalam mimpi, menu bebuka puasa pun aku dah siap masak dalam mimpi. Seronok betul. Lepas tu sambung balik tidur. Lama betul rasa. Puasnya tidur bulan puasa sebab tak sibuk kejar masa nak makankan.

Puasa ni aku tak sempat lagi pergi pasar Ramadhan. Masak ala kadar je kat rumah. Ada juga dapat kuih-muih dari jiran tetangga. Alhamdulillah. Fikir makanan dijual sekarang pun mahal, buatnya tak berapa nak kena citarasa kita lagi hangin. Tak pasal-pasal dapat dosa mengata orang jual pula. Harap orang jual bazaar Ramadhan pun memasak dengan ikhlas nak bagi makan orang puasa, bukan sekadar nak untung je. Teringat pulak budak-budak jual lemang depan kilang aku. Tiap-tiap tahun menjual depan kilang aku, 1 hari puasa dah bakar lemang tapi sayang sendiri tak puasa. Menyampah pulak aku, selamba je makan depan aku. Tahun-tahun sudahlah, tahun ni harap dia orang puasalah. Tak nampak pulak aku tahun ni. 

Petang ni ingat nak singgah bazaar Ramadhan kat rumah, semalam tersebut pasal gulai kawah pucuk pisang kat laki aku. Jarang ada orang jual gulai kawah letak umbok pisang ni..sedap. Exotik nak buat ni. Mengirim nak makan juga lah lakiku hari ni.. Insyalalllah kalau ada rezeki, orang tu jual macam tahun-tahun sudah adalah rezeki dia. 

Mungkin ramai dah tengok video yang dishare kat facebook sekarang ni. Aku pun boleh menangis pertama kali tengok video ni. Rasa kecil sangat diri aku nak banding dengan budak 5 tahun ni.


Wang jika dipijak-pijak, tetap akan ada orang yang mengambilnya kerana kita tahu ia bernilai. Begitu juga Allah muliakan budak 5 tahun ini dengan berkebolehan menghafal 29 juzud Al Quran. 

Ya Allah, bertuahnya ibubapa dia. Rasa cemburu sangat.

16 ulasan:

  1. hihihi same la kite.... waktu lunch jek terus cari port lepak kat surau...sedap tdoooo.... heheheeheh...sejuk2 plak tu....opislieya ni time puase kemain sejuk plak die ...lagi syok le layan mate kan.....

    tu laa, lieya masak seringkas yg boleh...kuih beli gak kat param...anak2 lee request nak tepung pelita lah...cakoi laaa...ikutkan laa kehendak dieorg almaklum laa upah dah sehari berpuase....

    BalasPadam
  2. hehe.. siap termimpi pula tu. saya pun kalau kempunan sangat sampai terbawa masuk dalam mimpi.

    masha-ALLAH, hebatnya budak kecil tu. rendah dirinya rasa.

    BalasPadam
  3. Acik pun kalau boleh nak tido waktu lunch..tapi..bila bos pompuan datang join kat tempat acik baring tu..terus tak jadi lelap

    BalasPadam
  4. betui betui... skang ni payah jugak kan nak jumpa gerai yangbetul2 sedap, kecuali gerai yang mmg dah femes amos. uishhh gulai umbuk pisang, femes tu kat kelate dulu2 time kenduri.

    BalasPadam
  5. Betul tu. Jeles betui dgn budak tu. Umo 5 tahun boleh hafal 29 juzuk. Kagum kagum

    BalasPadam
  6. hmm..orang sekarang macam dah tak malubuat dosa..nauzubillah

    BalasPadam
  7. kakyon pun sama..berbuka ala kadar saja..malas nak bersesak kepasar ramadhan..

    BalasPadam
  8. rara tak tgk pon.sbb kalau tgk nt mst sedih.bangga.mcm mana lah cra dorg didik anak dorg kan.

    BalasPadam
  9. Ni lagi terrer, dalam mimpi dah siap juadah untuk berbuka. MD tahun ni tak teringin pulak nak meninjau PARAM. Maka dah 6 hari berpuasa memang takdalah kuih muih tambahan buat pelengkap juadah berbuka. Sekali tu jelah, kakak beri. Sejuknya perut mak dapat anak sebagus ini. Memang cemburu gak kita !

    BalasPadam
  10. waktu lunch saya sibuk BW..hihi..sampai hari semlam baru sekali membeli kat bazar, tu pun sebab teringin nak makan laksa johor..nak masak takut rasa ke laut..beli, sedap juga..alhamdulillah..arini & onward, in sha Allah..masak memasak le kita..

    BalasPadam
  11. sy plak klu office hour terus sambung takde break..pastu balik awal..pukul 3 dh blah.hehe..

    mmg lg bagus msk sendiri,sedap tak sedap puas hati kan..klu beli tak sedap hangin gak la..huhu

    BalasPadam
  12. noe x jejak lagi ke pasar ramadhan...biasa masak kt umah...klu x sempat sangat .. baru beli..

    BalasPadam
  13. samalah tahun sekali je gi bazar tuh sbb nk beli air jambu batu...dlu kerap gi..thun nih mls..msk.kt rumah aje

    BalasPadam
  14. masak sendiri lagi puas hati kan. tapi, Ros pergi jugak bazar.. cari air. hihi. ntah kenapa, bila bulan ramadhan nak minum air buah kan...

    BalasPadam
  15. Okje tiap tiap hari gi Bazar PB....beli kuih jer pun....
    Dah tengok dah video tu ....sedih weyh...hujan lebat huhu

    BalasPadam
  16. gulai pucuk pisang tu yg guna btg pisang yg plg dlm / muda tu kan ... pernah cuba masak bila ada blogger letak dlm blog . rangup dan sedaplah . org selatan mmg x de gulai ni .

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...