Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140709

Anak yang comel lagi cerdik

Aku selalu rasa aku ni sangat bertuah sebab aku dah lahirkan anak yang paling cerdik. Belum sampai umur setahun, aku rasa perkembangan Luth ni agak cepat.

Dia dah boleh terima arahan simple-simple. Dia tahu nama dia, bila aku panggil dia.. Luth, Luth mana..tergedek-gedek datang kat aku. Mak mana, ayah mana, Tok Ma mana, bola mana, basikal mana dia tahu dan boleh tunjuk, kalau rajin..

Bila aku suruh kutip mainan yang dia buang, pun dia boleh ikut. Ambil mainan dan beri kat aku, bila rajin...

Bila dia main plug, aku larang. Dia akan jauhkan diri sekejap. Lepas itu buat-buat main tepi plug sambil tangan meraba plug, mata kat aku. Cerdik-cerdik. Bila ayah marah dia lagi, dia akan menjerit. Kadang tu dia akan bebel kita balik. Ayah dia selalu kena. Mammaa.baba..mamama.. menjawab!

Bila nak keluar rumah, dia dah faham kena pakai selipar. Cepat-cepat dihulur kaki, minta disarungkan selipar. Dulu-dulu, cukup susah aku nak pakaikan selipar, mesti senget-senget kaki dia berjalan.


Bila nak cepat keluar, bawa je selipar.

Sekarang aku sibuk ajar dia salam. Salam, ambil tangan dan cium. Harus ni ajar Luth, kan dah nak dekat raya, kena pandai salam kalau nak duit raya.. 


Aku rasa anak aku paling cerdik, nombor satu. Bila aku tenung-tenung muka dia, aku rasa luth ni budak paling comel pernah aku tengok. Dahlah comel, cerdik pula tu. Ikut sapalah tu…

Seronok betul ditimpa perasaan ini. Normallah tu kalau kita sebagai mak ayah ni rasa anak kita paling cerdikkan? Kalau kita tak puji, sapa lagi nak puji. Aku cukup pantang bila orang cakap, kecil-kecil memanglah cerdik bila besar..mmm… Janganlah cakap macam tu, kita doalah biar sampai besar jadi cerdik. Ajar baik-baik, bimbing betul-betul insyallah semuanya baik-baik. 

17 ulasan:

  1. Kena yakin kuasa doa ibu .. kita doakan yang baik2 utk anak kita ni. Jangan fikir mulut orang yg bukan2 tu.. insya Allah anak2 kita ni bakal jadi anak soleh yg membawa kebaikan kepada semua orang di sekeliling kita.

    BalasPadam
  2. Memang comel pun Luth ni dan memang nampak cerdik... ^_^

    BalasPadam
  3. mmg kena belajar salam klu nak dpt duit raya ... heh heh . doa ibu tu mustajab tanpa hijab . insha Allah , dgn didikan yg sempurna dr PB , luth akan membesar jadi anak yg cerdik dan soleh . anggap jer la org2 tu jeles ...

    BalasPadam
  4. betul... betul... anak kita, mmg kita la puji kan... anak org pon kita puji gak tp tetap anak sendiri, kena puji gak... eyhhh berbelit suda ha3

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya.. semua budak cerdik dan comel.. tambah2 lagi anak kita..
      paling cerdik dan paling comel.

      Padam
  5. betul tu PB..akak pun rasa semua ibu2 camtu..akak slalu puji anak akak comey..hari2 duk cakap dia comey dan cerdik..sampai dia pon dah naik perasan..dia pon cakap dia comey..Umi pulak yg tak comey katanya..huhu..memang cerdik..:)

    BalasPadam
  6. Motivasi buat mereka yg tak pernah memuji anak.
    Sungguh betul kena puji anak salah satu cara memovtisi anak ke arah kebaikan.
    Usah kata Luth yg masih baby, kepada anak yg dah remaja ibu-bapa pun kena tahu cara mana nak jadikan anak arah lebih baik.

    Apa pun kakak suka tengok hero PB ni:)

    BalasPadam
  7. Comel budak luth ni ... klu tak mamanya yg puji sapa lagi kan :)

    BalasPadam
  8. Ai, macam sama je statement dengan entri yang nak keluar kejap lagi :) Perasaan mak-mak memang macam ni lah gayanya PB. I pun rasa anak-anak I lah yang paling cute dan pandai dalam dunia nih :) Samalah kita, mak-mak ni rupanya!

    BalasPadam
  9. iya.. kata-kata tu kan satu doa.. tak de salah pun ibu bapa kata-kata yang baik -baik kat anak.. moga sampai besar macam tu kan :)

    BalasPadam
  10. comel cam sapa la tu kan.. kalau suka bebel pun.. suka bebel cam sapa la tu..hahaha..

    BalasPadam
  11. pandai die ye kalo nak jalan pakai selipar

    BalasPadam
  12. alhamdulillah...ikut mak dia kut...hehehe

    BalasPadam
  13. memang normal prasaan mcm tu, hanya yg brgelar ibu je tau....
    bdk2 skrg mmg cepat belajar....kdg2 benda yg tak diajar pun die pandai...

    BalasPadam
  14. Ala2...pndainya...dahlah comel..cepat2 blaja salam..tle kumpul duit raya

    BalasPadam
  15. alhamdulillah dikurniakan anak y cerdik..

    BalasPadam
  16. hahaha..comel aje kan...bagus ank cerdik

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...