Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140724

Balik Kampung Oo…oo

Assalamualaikum

Ada orang lagi ke? Aku kira-kiranya hari ni last kerja. Malam ni ke esok ke, tengok mana sempat balik kampung lah kami. Balik Kelate ter..

Sapa tak ada kampung tu, duk rumah diam-diam ek. Sibuk orang nak balik kampung..hihi.

Semalam dah tanya lakiku, dah tengok ke kereta? 

Pas tu dia jawab, nak tengok apa lagi? Esok dah nak balik. Maksud dia tu, kalau ada masalah dengan kereta pun dah tak sempatlah tu nak buat apa..aku pun tanya dah nak malam. 

Tanya je, mana aku tahu nak tengok apa-apa. Dulu-dulu aku tengok orang masuk air dalam bateri kereta. Kereta sekarang dah tak pakai air lagi kot..masuk air untuk wiper je kot. Dah tak adalah problem macam cerita movie dulu-dulu, tengah-tengah perjalanan.. lepas tu kereta berasap. Lepas tu berhenti cari air kat tengah dalam hutan..lepas tu..Mintak jauhlah..nak jalan jauh, mulut jangan celupar. 

Cuma beringat lah.. Kot nak tambah-tambah minyak hitam ke apa ke? Nak tambah minyak break ke? Gitulah maksud aku. Nak service k..TIDAKlah, baru je rasanya servicenya. Nanti isi minyak, boleh periksa tayar sekali. Tayar pun tahun lepas baru tukar, tapi lepas tukar ni rasa tak berapa sedap je kalau turun bukit main clash dan break ..tak tahu nak explain macam mana kat mana yang tak sedap.

Bab-bab kereta ikut driverlah. Dia nak bertolak pukul berapa bila. Ikut aku suka pagi-pagi hari tak banyak kereta. Tahulah jalan nak balik KL-Kelantan musim raya ni. 20km/jam pun kadang tak bergerak. Masa aku bujang-bujang dulu selalu sangatlah aku drive balik Kelantan dengan jem gitu. Sampai Kelantan, rasa macam hilang kaki. Tak rasa apa. Sekarang dah ada driver, ada anak pula tu..tak akan lah sampai hati nak suruh aku drive kan? Adalah sekali sekala bila siang hari, terang benderang aku tolong bawa buat hilang penat. 12 jam kat atas jalan oh nak sampai Kota Bharu musim raya ni.

Tugas utama aku tentulah menyiapkan barang-barang nak dibawa balik kampung ni. Aku ni baru jugalah jadi bini orang ni. Bab kain baju laki aku selalu fail. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang nak aku packing. Selalu je balik kampung, bila dia tanya mana baju itu ini, seluar itu ini..aku tak bawa balik. Tak boleh baca lagi apa yang dia nak pakai. Biasanya aku kena tanya dia dulu mana nak pakai kat kampung nanti. Kalau aku tinggal kat kampung terus baju, pun dia marah. Katanya baju dia sikit, nanti kat sini tak ada baju nak pakai. Aloh sehelai dua je pun. Kain baju Luth senang je, angkut je hampir semua. Bukan banyak pun. Aku punya sehelai dua je lah, banyak aku tinggal kat rumah ma aku kat kampung dah.

Lakiku beli setin tempeyek 70 ringgit dari jiran, import kat mana tak tahu. Makan puas-puas sambil tengok tv tak ingat. Luth pun suka. Apa makanan Luth tak suka? TAK ADA!


Biskut raya semua belum pilih lagi mana nak bawa balik. Ma aku suruh bawa balik sikit je, nanti nak raya sini pula. Aku cakap, kena bawa balik semua kot. Ustaz kata semalam raya puasa sehari je kena raya puas-puas lah. Balik sini dah lepas seminggu tak beraya dah. Ha..ha.. banyak kot kena bawa balik, biskut yang borong kat Cocoland hari tu lagi. Lagi pun niatnya, nak buat akikah Luth raya ni, bolehlah buat makan kudap-kudapan nanti. 
Doakan kami sekeluarga selamat sampai, kalau umur panjang kita jumpa lagi esok-esok.  Maaf ada terkasar bahasa selama kita bercerita dialam maya ni. 

Zakat fitrah, semalam lakiku dah bayar kat surau untuk kami semua. Ni kiranya tahun kedualah lakiku bayar zakat fitrah sendiri untuk kami bertiga katanya. Tahun lepas, kali pertama sebab Luth lahir sebelum raya. Hihi..katanya, sebelum ni dah tua-tua pun ayah dia yang bayarkan. Aku ni, lama dah bayar zakat fitrah sendiri..uh..uh..berdikari kan aku?

Jiran-jiran rasanya setaman dah tahu kami akan balik malam ni. Semalam lakiku dan AGB (ahli geng bual) dah siap wat fareware party kat kedai kopi depan rumah lepas terawih sampai ke tengah malam. Pastu balik rumah, minum air..Tu lah, kopi segelas duk berjam-jam. Rumah, insyallah semuanya akan selamat. Mereka semua jenis perihatin gitu.

Apa lagi aku tak terfikir ek?

24 ulasan:

  1. sedapnya luth makan.peyek.ye..
    selamat jalan PB..
    lama tu 12 jam.smga sampai ke.destinanasi.amiin..

    sama la. maaf zahir batin juga andai ada tersalah kata spnjng komen di sini..

    BalasPadam
  2. wow! sgt bagus plan prepation.
    aida lom set lagi preparation raya. baju lom kemas. lom gosok. kuih lom susun. rumah lom kemas!!! aida balik dekat-dekat aje. memang org melaka dan mak mertua kat seremban aje...

    BalasPadam
  3. hahaha...lepas 2.3 tahun kawen nanti PB mesti cekap dah nak bawak keperluan suami..saya dulu pon camtu..awal2 kawen dulu tak tahu nak packing apa brg dia..selalu tanya..skrang dah tahu mana suar feberet..mana baju feberet..nanti lama2 PB pon akan jadi cam saya jugak..percayalah..janji rajin bertanya..haha..

    pernah dia kata..cyg bawak beg doremon ke? sebab apa yang dia mintak sume ada..kahkah..

    BalasPadam
  4. Eh, lupa nak wish selamat hari raya..maaf zahir batin..0-0 yer..:)

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya Aidilfitri buat PB sekeluarga..
    Berhati-hati dijalan raya ^___^

    BalasPadam
  6. elok2 ye..co pilot jgn tidurlah..bukalah cerita apa pun..byk kisah di story morykan akhir2 ni..
    selamat beraya di kampung..

    BalasPadam
  7. saya dah tujuh tahun kawin pun tak reti juga nak packing baju en suami
    selalu tanya aje dia nak pakai baju apa, saya kemas
    tapi yang lelain senang aje...hehe
    apapun selamat berjalan jauh, saya tahun ni tak balik kuala lipis
    tak apalah, insya allah tahun depan balik

    duit raya dah standby ke? =)

    BalasPadam
  8. Wow, syok ar nak blk kg dah.
    Kami hari Sabtu pagi baru nak btolak ke Utara.
    hr Jumaat, enSuami sekolah lagi..

    Saya pun sama xtau pasal pakaian enSuami.
    selalu suh dia pilih sesiap, asingkan, baru saya kemas masuk beg.
    sebab cara dia, ikut mood dia nak pakai baju apa. kalau dia tak suka, dia xmau pakai.

    BalasPadam
  9. ema malam ni bertolak balik..InshaAllah..selamat menyambut hari raya aidilfitri..semoga selamat sampai dan selamat kembali.

    BalasPadam
  10. bestnyaaa dengar cerita2 raya orang.. kita tak rasa nak raya pun sebab tade kampung hehe.. tapi still tak sabar2 jugak nak start cuti panjang ni.. haih.. naik cuti ni bertarik berteriak lagi laa emyr depan pintu time kita gi keja. lepas habis cuti panjang, mesti dia camtu..

    BalasPadam
  11. Selamat balik ke kampung PB..esok daku kerja lagi..huhuhu..esok malam atau sabtu baru balik..bab packing baju tu, biasalah bebaru lagi..nanti dah lelama mest dah terer..takdelah asyik tertinggal kan..hehee

    BalasPadam
  12. Dah ucap selamat hari raya pun tapi dek kerana ada gambar budak montel ni kakak singgah lagi:)
    Dah pandai makan rempeyek dah Luth...
    Sekali lagilah Selamat Hari Raya..

    BalasPadam
  13. Selamat hari raya buat PB
    selamat balik kampung yekk

    BalasPadam
  14. haaaa nak jalan jauh mulut tu... jangan duk minta sangat hahaha. wahh mahal kau rempeyek, import dari berlin ker? wahh kome gang siap buat farewell yer, apa pun selamat hari raya, maaf kan dinda hehehehe enjoy the journey home yer.

    BalasPadam
  15. selamat hari raya..seronok dapat balik kampung,kan PB

    BalasPadam
  16. dah nak balik kampung ke. behnyah. 12 jam jem ke kelate mmg kejung la montot. huhu... harap bersabor ye. dan harap bertabah juga kat aku sbb aku pon nak gi sana raya ke4.

    luth... luth makan peyek ke. sedapnya. mintak skit bleh.

    apapun selamat hari raya aku ucapkan utk ko dan luth comel.

    BalasPadam
  17. selamat hari raya aidilfitri buat PB sekeluarga..semoga selamat pergi dan balik..hati2 memandu..

    BalasPadam
  18. sy pon keja lg hr ni.slmt balik ry.bhati2 djln ry.selamat hari raya PB

    BalasPadam
  19. selamat hari raya buat PB sekeluarga..berhati di jalan raya..

    BalasPadam
  20. wah, sy pulak ptg nie baru nk balk kg..hihi btw, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ye..=)

    BalasPadam
  21. bestnye lik kg....sy pg raya btugas jap dkt surau pejabat pastu bru blik kg...xjauh pun lbih kurg 20-25 min je

    BalasPadam
  22. sebelum kahwin aku tak penah ambik tau pasal zakat fitrah.. fitrahnya ayah aku la bayarkan.. huhu.. teruk gila perangai kan..

    BalasPadam
  23. Sedapnya rempeyek sampai setin dibeli. Kuih raya kita pun setakat ni kita yang rasmikan dulu. Yalah balik dari kampung raya ketiga. KL macam biasalah tak sesibuk mana. So kita duk dendiam kat rumah merasa kuih raya yang dibeli :)

    Kalau kita balik kampung selalu je kena sound dengan Hubbydearie. Disuruhnya kita sewa lori je untuk bawa balik barang. Rasa macam satu rumah tu kita nak angkut bawa balik!

    BalasPadam
  24. Okje tak suka rempeyek yg banyak kacang .....kalau byk bilis ....suka hehe....
    Pak Jilap senang jer....apa yg okje bawak itu yg di pakai....tp tulah nak balik kg ni nak memacking dan unpack tu yg malas

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...