Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140704

Biskut Raya 2014

Tak sampai seminggu puasa, dah fikir pasal biskut raya. Alah, fikir je pun.

Puasa tahun lepas, aku asyik membuta je kerjanya. Maklumlah, tahun lepas aku bawa perut. Cuti kerja sebulan lagi dari due date nak bersalin. Betul-betul cuti, tidur je sepanjang hari kerja aku. Bosan kot, bulan puasa tak kerja pulak tu. Agaknya sebab aku bermalas sangat masa mengandung tu, anak aku susah nak keluar. Jadi, siapa yang tengah mengandung bulan puasa ni, janganlah malas sangat macam aku. Susah tahu nak beranak, tak ada aktiviti. Lembik je.

Tahan-tahan beranak, sempatlah aku puasa 15 hari tahun lepas, sebelum aku kena paksa masuk ward dengan sihat walafiatdan tak ada rasa nak beranak.

Teruja pula aku nak sambut raya tahun ni. Oleh kerana aku kahwin lepas raya tahun lepas-lepas dan beranak tahun lepas, aku dengan laki aku belum pernah lagi berkesempatan nak beraya puasa bersama. Tak sempat nak beraya berdua, tahun ni kami dah bertiga. Kacau daun lah Luth, hi..hi..  Tahun ni kiranya pertama kalilah kami akan beraya sekeluarga. Baju Melayu 2 beranak dan Baju Kurung Pesen aku dah ditempah. Tak tengok lagi siapnya, harap-harap puas hatilah. Aku dah siap bagi majalah tu nak buat contoh fesyen yang aku nak. Aku tempah dekat bini kawan laki aku kat kampung. Jadilah tu harapnya.

Sekarang ni aku tengak mengusha resipi biskut-biskut raya. Kekonon nak buat sendirilah, inikan pertama kali kami akan beraya bersama. Tak sempat  aku nak tunjuk skill membuat biskut aku lagi kat laki aku. Baru dia tahu bakat terpendam aku selama ni. Lama dah tak tunjuk skill buat biskut raya ni.


Tadi aku usha resipi biskut arab. Tengok resipi biskut arab macam mudah sangat. Macam senang je nak buat, macam tak mencabar langsung.. hihi. Cuma sekarang tengah fikir, macam mana aku nak mengetel biskut bila ada anak laki yang sangat rajin menolong.


Oh, apa Bskut Raya yang hot untuk raya 2014 ni ek? Nak cari resipi ni.

22 ulasan:

  1. klau sempat wt kuih ry mmg mantop la.cayooookkkk

    BalasPadam
  2. awalnye cuti awal sebulan PB..saya dah apply cuti awal seminggu je dari due tapi anak kluar time date ari pertama apply cuti tu tau..huhu..betul tu time pregnent kena excercise sket..
    rajin la PB buat biskut raya..saya tunjuk je ..belum smpi seru nak buat biskut..kui2

    BalasPadam
  3. sep skit..sama la ngan aku..aku pun pestime beraya bertiga..tahun nie aiii merah mak ngah u'olls..

    aku pose lepas membawak budak gak..kire aku up skit la dr ko dpt pose 21hari..itu pun laki aku duk paksa pose..ikutkan aku mmg xlarat dh..hahaha..

    BalasPadam
  4. haha samala kita tu tengah fikir2 nka wat biskut raya

    BalasPadam
  5. Eleh... mulalah nanti kata Luth kacau.
    Lagi ada yg kacau kalau menjadi banyak biskut lagilah tabik spring nanti papa Luth:)

    BalasPadam
  6. saila dulu tolong ibu buat kuih raya..tapi boring la buat kuih raya nie..kecik2 pastu byk..mudah btl rasa bosan..rela buat kek hikhik!

    BalasPadam
  7. wahh...bersemangat tu...tapi lepas berjaya buat..pasti rasa bangga...hehehehe..selamat buat biskut raya :)

    BalasPadam
  8. Rajin beno buat biskut raya yer..kita ni malas la nk buat ngan anak dh tiga..jenuh perang nanti..haha..

    Kalau rasa nk beli kuih raya jenguk2 la blog kami...hihi..smpt lg promote!! Haha

    BalasPadam
  9. saya tngh save resepi cekut raya kat fb

    BalasPadam
  10. rajin nya buat biskut raya awal2 ni. moga menjadi biskut arab tu, ajak luth tolong hehe

    BalasPadam
  11. Biskut arab memang senang. My feveret tu. dah 2 tahun berturut2 buat. Nak lagi senang cornflake madu...hehehe...buat time anak anak2 dah tido.

    Selamat membuat biskut raya lah yerp.

    BalasPadam
  12. saya tunjuk je kuih...hehehe...memang bukan jenis buat biskut saya ni..lagi suka masak lauk-pauk dari buat biskut dan kek...

    BalasPadam
  13. Acik duku lepas kawen sehingga 20 tahun kawen memang setisp tahun buat kuih raya..
    Lepas tu kena pindah klia kerja shif..cuba lagi 2 tahun dan setiap lepas siap buat kuih..siap kemas..demam..
    Lepas tu..beli je sehingga kini..buat juga satu dua jenis kegemaran anak2 je.tu pun anak2 yang tolong bakar dan susun dalam bekas.
    Dah tua kan pb.bukan salah keje shif tu

    BalasPadam
  14. sama pulak... saya pun kawin lepas raya.. raya seterusnya dah dapat Irfan... tak sempat nak beraya berdua... Alhamdulillah, rezeki dapat anak awal :)

    saya dah lama duk usha nak buat biskut semperit susu... guna tiga bahan jer... pernah letak resepi dalam entry ni...
    http://ceritadanishdanumi.blogspot.co.uk/2014/06/dari-biskut-jadi-kek.html

    BalasPadam
  15. dah ada pembantu si Luth tu.. apa lagi..sambil buat boleh bersilat..hehe..:)

    BalasPadam
  16. Biskut arab ngn biskut makmur lebih kurang jer ...bunda suka ... amboi ! rajin nya tolong ibu... ada bakat jadi chef tu nanti..

    BalasPadam
  17. Saya dh usha dh resipi biskut raya nak buat...next week nak start

    BalasPadam
  18. Suka biskut myk sapi ni. Nanti nak buat jugak. Dulu ms bujangan rajin buat. Harap anak anak suke la. Dorang dah request biskut london almond. Samprit tu. Nak tambah biskut suji ngan biskut arab. Buat satu bancuhan je sbb x rajin nak buat byk bancuhan. Tu pun buat utk mkan makan je.

    BalasPadam
  19. Ros pun berazam nak buat sendiri thaun ni.. sama-sama kita membuat kuih raya :) hihi

    BalasPadam
  20. Oh, samalah nasib kita! First time raya berdua tapi dalam pantang lagi. Second time raya berdua dah jadi bertiga.... langsung tak merasa nak feeling-feeling pengantin baru tau :)

    Nantilah dah nak dekat-dekat raya nanti baru fikir nak buat cookies apa untuk upkan lagi biskut raya yang dah dibeli :)

    BalasPadam
  21. wah confirm sedondon Raya tahun nikan PB.....sekali ngan Ma hehe...
    Senang semua dah ready ni tinggal masak ketupat je haha...

    BalasPadam
  22. kalau ko ada seorang anak lelaki yg suka menolong..aku ada dua anak lelaki yang suka menolong dan seorang anak dara yang suka makan.. buat awal2 ni habis la biskut raya aku jadi biskut ramadhan.. hehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...