Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140716

Buah melaka ke butir nangka

Sapa yang biasa buat buah melaka aka onde-onde? Senang sangatkan buatnya. Bancuh je beras pulut dengan air. Ma aku letak sikit tepung beras. Letak gula melaka besar-besar kat tengahnya. Gentel-gentel. Rebus sampai naik sendiri periuk, masaklah. Lepas tu golek dalam kelapa parut. Sedap sungguh.

Dah pakar buat buah melaka, cuba buat butir nangka pula.
Bancuhan sama. Tak payah letak gula melaka kat tengah kali ni. Rebus macam biasa. Masak toskan je, tak payah golek dalam kelapa tapi rendam dalam kuah santan. Kuah santannya dimasak santan dengan gula, halia sikit, halba sikit. 


Aloh senangnya. Satu adunan, 2 jenis kuih.
Aku tak tunjuk buah melaka aku tak cantik. Pasal adunan tu aku simpan dalam peti ais, esoknya keras sikit. Lepas tu campur air terlebih lembik. Comot sungguh onde-onde aku. Tapi sedap, tak tipu..hi..hi..

16 ulasan:

  1. saya pun suka buat buah melaka
    sebab anak-anak suka makan
    butir nangka belum penah buat

    BalasPadam
  2. wpon senang tp sungguh, x pernah buat ha3

    BalasPadam
  3. x pernah buat/rasa pon, hehe~

    BalasPadam
  4. klau buah melaka sllu juga buat PB.. peberet en suami.. tapi yg butir nangka ni belum pernah cuba... :)

    BalasPadam
  5. Minggu lepas kita teringin sangat nak makan bubur nangka tau. So, untuk hilangkan keteringinan yang membuak-buak itu, kita googlelah nak tengok gambar je. Tetiba keluar butir nangka pulak. Kita terus sediakan bahan, terus buat, terus makan sorang-sorang malam-malam buta. Takda geng kat rumah yang suka makan bubur-bubur gini. So kita komplen kat kakak kita. Katanya - u name it, I'll make it for you! Ahah, haven rasanya dunia kita. Dah tua-tua ada yang sudi tolong buatkan! Bolehlah enjoy makan berdua dengan kakak :)

    BalasPadam
  6. Sama plak entry kita noks. Aku pon baru up pasal buah melaka @ onde² sebab semalan dok menggentel...hehehe...Memang puas dapat buat sendiri. Dan senang jer.

    BalasPadam
  7. Butir nangka ni belum pernah buat PB.. macam nak cuba jer :)

    BalasPadam
  8. Lama dh x mkn butir nangka ni...mak suka buat mase kecik2 dulu...tapi kuah koko sebab mak letak gula melaka dlm santan..

    BalasPadam
  9. dua tiga hari duk berhajat nak buat butir nangka... datang sini dijamu dgn butir nangka... tak boleh jadi ni...

    BalasPadam
  10. Iyalah..jemu dah makan puding buat pemanis mulut..
    Butir nangkan pun orait..boleh try..
    Makan sejuk sedap tak (letak dlm fridge)?

    BalasPadam
  11. dok nk buat butir nangka ni x buat2 smpai hr ni.bila tah rajinnya nk buat...hihihi

    BalasPadam
  12. dah lama tak makan buah melaka..buat pon senang tp tak sempat pulak

    BalasPadam
  13. ko selalu kan buat satu adunan dua jenis kuih.. kreatip~

    BalasPadam
  14. butir nangka...tp kita xsuka kuah yg ada halba & halia.....lain mcm jer bau huhu

    BalasPadam
  15. jimat masa n tenaga..satu adunan boleh buat dua kuih

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...