Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140717

Tak Seronok Berbuka Puasa

Hari itu aku tak puasa. Balik je kerja terus lapar ke darah Maggi. Tak menyempat bila tahu dah tak boleh puasa. Lepas makan meggi yang sangat kenyang akibat tahap lapar yang sangat, maka mood nak masak pun jadi malas. Laki ku pula kata okey je lah kalau tak nak masak, tak apa. Aku pun gembira, jomlah kita pergi beli nasi beriani kat Pasar Ramadhan. (PARAM ek? Aku baru perasan komen-komen korang. Tak update aku dengan nama baru. PARAM-param..) Oh, tak baik sangat laki ku..sebab lepas tu dia sambut ayat.. lepas Magrib, terus abe keluar berbuka kat luar. Amboi!

Laki aku cakap je, padahal nak beli ais soya kat SpeedMark pun ajak aku berteman. Nak berkepit 24 jam kerjanya. Luth, sejak bulan puasa ni penat kot. Awal-awal puasa dia tak selera makan. Mak aku cakap, tengahari pun makan sesudu, dua dah tak nak. Puasa jugak lah tu. Bangun sahur pula bukan main selera makan. Kena duduk beriba kat meja makan sekali dengan orang nak puasa. Bila orang nak berbuka pun dia sibuk sekali. Lapar benar. Tetapi sekarang ni dia selalu tidur petang hari. Senanglah aku nak masak untuk buka puasa tak ada orang berbelit kat kaki.

Hari itu aku malas nak masak, laki aku pula nak beli air soya jagung yang ada jual kat SpeedMark aje katanya. Lalu ajak aku sekali beli kat PARAM. PARAM kat tempat aku kecil je. Adalah belas gerai gitu je. Dari hujung gerai aku berjalan, singgah satu gerai ke satu gerai.

Laki aku tanya nak makan apa?
Aku jawab, Tak tahu. Tengok lauk-pauk pun tak ada selera..






Kesudahannya terpaksa juga beli lauk sikit, dah dekat sangat nak berbuka..balik masak nasi kat rumah.. Lepas magrib baru nasi masak. Petang tu rasa tak seronok pula berbuka puasa rumah aku.. jadi hari seterusnya, masak macam biasa...hati nak pergi PARAM dah tak ada.

12 ulasan:

  1. Betul tu PB.. masak sendiri lagi baik walaupun simple kan :)

    BalasPadam
  2. betul2..mcm semalam, saje lah try nak beli lauk kat param..hilang selera tgk lauk pauk..takde pilihan sangat, lepas tu taktau sedap ke tidak. last2 beli nasi tomato..nasik mentah, kuah ayam pedas terlampau2..

    BalasPadam
  3. perkataan param tu dah lama PB..glamer masa bulan ramadan lah..
    bagus la PB x tau nak beli apa dari beli ikut nafsu semata

    BalasPadam
  4. kalau tahun2 sebelum aku mmg mencarik param..dekat jauh semua aku gie..sejak ade mek tuh, aku jd mcm malas gile nak gie param..adakah pembawakan qisya???..ehhh, hahaha..

    pose dh berapa lama dh tp aku xpenah sekali pun masak utk buka..sahur mmg hari2 la..

    BalasPadam
  5. sy pon klau p param xtau nk beli apa.br p skali je smpnjg posa ni

    BalasPadam
  6. Param kat umah akak pon kecik jugak Pb...nak pergi tempat lain malas..sekarang ni memang akak merajinkan diri yg dah x brapa rajin nak masak ni..tp bila teringat lauk kat param pun kekadang terkena yg tak kena ngan tekak ..tu yg buat jadi rajin balik...:)

    BalasPadam
  7. PARAM kat umah aku ni besar gak lah. Siap ada orang jual ikan pekasam lagi ko. Masak kat situ gak. Tapi masak sendiri adalah lebih baik.

    BalasPadam
  8. saya pun baru tahu maksud PARAM tu
    rasa kelakar pun ada juga...hehe

    kadang p situ buat penat berjalan aje
    penyudahnya tak beli apa-apa =)

    BalasPadam
  9. bagus mcm tu...ye laa dengar mcm2 kes sampai keracunan kat param tu takut plak kan...tapi kalo jenis param kedai berbelas2 ni okey kot sbb kedai tak byk so ape die jual mesti abis...esok masak yg baru....lieya sendiri penah tekene murtabak basi...kemain beli panas bile balik umah potong mak oiiiii bertali2 lendirnyer...sedih sgt2.....kene tipu ngan makcik melayu plak tu....

    BalasPadam
  10. Tahun ni takde hati membeli di Bazaar Ramadhan. Mungkin sebab sebelum berbuka en. suami sama2 membantu didapur..

    BalasPadam
  11. Hah, tulah dah kata jangan pergi PARAM, nak pergi juga. Kalau memasak kat rumah lagi bestkan. Apa kita nak, semua tersedia atas meja. Sedap pun sedap. Hehehe...

    La, ingatnya tahun-tahun sudah, kita yang ketinggalan jet pejuang, tak tahu PARAM tu apa. Rupanya ada lagi umat manusia yang jauh ketinggalan feri rupanya ...

    Tapikan... bulan puasa ni bila tak puasa, tengahari mesti lapar gila rasa tak tahan kalau tak makan. Kita kalau tak puasa, memang terus pergi tapau makanan buat makan kat pantry sorang-sorang tau. Napa ek jadi gitu? Kalau puasa, rileks je tak makan tengaharikan...

    BalasPadam
  12. masak sndri lg bgus walaupun simple

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...