Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140708

Jangan marah, puasa…

Aku memnag jenis orang yang suka merancang kalau nak beli barang dapur. Sebelum aku pergi shopping biasanya aku akan siap-siap tulis apa aku nak beli. Dan aku akan bertanya kat ma aku apa barang yang tak ada, sebab dia duk dapur lebih lama dari aku, jadi dia lebih tahu apa yang dah habis. Kemudian aku akan tanya laki aku apa yang dia nak makan. Macam lauk pauk exotic sikit. Kalau aku dengan ma kami biasa beli ikan selar, ikan kembung dan ikan sewaktu dengannya ayam dan daging sahaja…

Tetapi biasalah, bila sudah disupermarket aku akan terbeli beberapa barang yang ada promosi untuk buat stock. Terutam drypers, aku pantang sangat dengar dypers murah. Buah-buah memang aku tak pernah tulis nak beli. Itu memang dah jadi kemestian. Harus aku beli juga. Sayur pun beli sikit. Cuma sejak puasa ni, aku jarang beli sayur. Rezeki kami tak putus-putus bekalan sayur dari jiran tetangga.

Sebagai seorang isteri, aku rasa aku banyak sangat kerja rumah. Aku merancang sebaiknya perbelanjaan rumah. Sebagai seorang manusia, kita tak terlepas daripada kesilapan dan kecuaian. Tambah-tambah bulan puasa ni, penat letih kadang terlupa. Bukan salah aku kan?

Hari itu aku dah tulis..nak beli
Susu

 Aku nak beli sedozen susu pekat manis, jimat sebab rumah aku cepat habis. Laki ku buat air Nescafe letak susu. Ma aku puasa kena minum air susu pagi-pagi. Nanti boleh buat kuih juga.

Beli-beli dan lupa. Dalam kereta setenagh jalan, baru ingat. ‘Tak ingat nak beli susu.’

Laki aku terus berhenti kat kedai runcit tepi jalan. ‘Pergilah beli.’

‘Bila nya kata nak beli.’ Aku kaku dalam kereta.

‘Tadi. Kata nak beli.’ Suara dia dah kuat.

‘Cakap sahaja. Nak beli sedozen kat supermarket murah. Susu ada lagi kat rumah’, Lepas itu dia dah marah aku. Dan lepas itu aku dah sedih. ‘Biarlah, lepas ni senyap je. Tak cakap dah.’

Dia cakap, dia cakap kuat je. Bukan marah. Tetapi kenapa dulu dia tak macam ni? Kenapa sejak puasa ni dia dah berubah? Aku pun puasa. Puasa ni melatih sabarkan. Ni lah tahun pertama kami berpuasa bersama, tak kira tahun lepas aku beranak. Sebelum puasa dia kata aku masak masin. Puasa ni dia cakap aku masak tawar.

Kejam. Kejam.


Aku tiap petang duk tengok Ustaz Kazim duk suruh puji bini..laki aku pula tak tengok. Kejam..kejam.. patut laki aku yang tengok.

19 ulasan:

  1. agaknya kenapa begitu sekali?..hhrrmmm..Sabar ya PB

    BalasPadam
  2. Petak bunga, pemikiran & tindakan lelaki x sama mcm kita. Klu kita perempuan suka merancang buat list & pilih2 brg dgn harga & kualiti berpatutan.

    Lelaki biasanya nmpk saja beli x fikir murah ke mahal asalkn ada brg yg dicari.

    BalasPadam
  3. gatal2 tangan I pun nak meluah jugak ni, lelaki.... depa pikir lurus jer,takder...beli. bukan macam kita buat perancangan nak berjimat selagi boleh sebab tak nak nyusahkan depa. I selalu sentap tau kalau happen situasi macam ni, walhal tok laki bukan marah pun cuma tinggi suara sikit jer, I is manja hihihi. Tapi itu hari I sound dia suruh puji kalau I masak kalau tak I tak nak masak... hmmm berlangsung selama few months jugak la.

    BalasPadam
  4. masin salah,tawar salah...cuba suruh dia masak sendiri..baru dia tau..

    BalasPadam
  5. Lelaki memang komplen ikut sedap mulut dia aje.tak tahu susah payah kita masaknya..

    BalasPadam
  6. bila perut kosong..memang kita jadi sensitif sikit , pb...

    BalasPadam
  7. btol tu..kita org pompuan kalu sbelum gi shopping mmg byk rancang nk beli itu ini lam kepala..tp bile time duk sana mmg kdg2 tu bleh lupa kan.. sy pun kdg2 camtu.. hehe..
    bulan puasa mmg byk mnguji kita.. nafsu kita....:)

    BalasPadam
  8. haha luahan perasaan ke apa ni..biasalah tu ala2 pengantin baru gitu merajuk sbb pertama kali puasa sebagai isteri..kata taun lepas tak kira.huhu..nti dah lama2 no hal la..benda kecik je kot..emo lebih sbb puasa kot.hehe

    BalasPadam
  9. Pahit manis telan aje la. Lumrah somi isteri mmg camtu. Tu baru 2 tahun kawin. Belom 11 tahun cam akk ni. Yp alhamdulillah husben akk sokmo puji je. Jarang nak komplen. Kalau saje nak nyakat tu selalu la. Bersabar la ye petak bunga. Takes time nak memahami antara satu sama lain.

    BalasPadam
  10. emmm, biasa lah tu, adat berumah tangga ni memang selalu cam gitu...sabar byk2 ler PB..
    kehidupan kita ini selalunya gumbira dan bahagia tetapi kekadang tu terpaksa jugak makan hati..huhuuu..

    BalasPadam
  11. puasa² ni mmg agak emo sikit hormon kita pun tak berapa nak stabil ... suami pulak tgh penat jgk agaknya... jd kenalah sama² bersabarkan.. ni asam garam rumah tangga.

    BalasPadam
  12. sabar yer pb... kekadang depa ni x sengaja, bukan nak marah pon... yg terbaik, cari masa paling sesuai & komunikasi yer... apa yg pb tulis d sini, pb ckp pada husband... sebolehnya elakkan apa pb tulis d cni dari husband baca, bole jadi gadoh nanti... bincang elok2 pb sedey biler dia garang/marah/tinggi suara... pb suka d puji wpon masakan x tepati selera dia, bkn puji sedap tp puji utk say thnks da cukup.. keyword, komunikasi yer dear...

    BalasPadam
  13. mostly lelaki memang macam tu.tapi abah saya x mcm tu sebab memang dari awal kawin sampai sekarang abah yg beli barang dapur.kalo mak masak masin atau tawar pun abah x pernah complaint tapi mak cakap waktu awal2 kawin abah kuat jugak komen bila makmasak x sedap.sabar la....utk cipta perhubungan yg bertolak.ansur dan saling faham memahami antara suami isteri memang ambil masa yg lama.saya yg dh kawin 5thn pun masih dlm proses belajar

    BalasPadam
  14. alahaiii siyan dia...bulan2 pose mmg hati cepat terasa la PB
    byk2 bersabar, org lelaki ni mmg sukar dijangka perlakuan dan percakapan mereka
    cuba bgtau dia apa yang kita rasa, buat dengan lawak2 ke..mudah-mudahan dia paham
    jgn sedih2 tauu

    BalasPadam
  15. cuba ajak dia tgk ceramah ustaz kazim ... pujuk bagi ayat bagai ke . isteri itu amanah Allah yg suami perlu jaga ... sabar yer .

    BalasPadam
  16. I kalau dengar ceramah ustaz Kazim kat TV tu, I bukan volume paling tinggi sampai HD boleh dengar. HD pandai, bila ceramah cam ni taknaklah duduk sebelah kita mendengar tapi yang sebenarnya kadang-kala, dia menonton sensorang je dengar ceramah. Tercabar egolah kalau kena sound ngan Ustaz Kazim tu perihal lelaki ni :)

    Kalau buat grocery shopping, I memang ada list. List ni tetiap bulan diupdate guna komputer lagi, PB. Tapi kebiasaannya memang I tersasar memanjang. Tak leh nak buat apa dah. Cari barang yang paling murah di seluruh hypermarket yang ada kat KL ni pun memang azam I lah sampai kena marah dengan HD. Beli minyak kat Aeon, beli susu anak kat Tesco, kang beli benda lain kat Hero. Selalu jek kena sound tapi I buat derk je. Kuasa membeli barang dapur di tangan I okey. I yang jadi Home Minister. Cubalah kalau I suruh HD buat grocery shopping untuk sebulan, mahu terduduk kat depan entrance hypermarket berpinau mata tak reti nak mula kat mana!

    So, rilekslah PB. Jangan ambil hati sangat. Kalau hari ni you masak dia kata tawar, esok you masak tabur garam setengah bekas, Tengok apa pulak komennya. Kalau komen gak, you katalah semalam katanya tawar, so I tabur garam lebih sesudu je dari semalam! Lama-lama tension, tentu tak komplen banyak lagi. Main cakap sedap je sebab takut bini merajuk. Keh3x.

    BalasPadam
  17. memang kalau perut kosong, emosi cepat je nak melenting.. tapi betul jugak.. lelaki ni kadang dia tinggikan suara tu, memang dia tak maksudkan nak marah kita. cuma kita yang rasa dia marah bila dengar suara dia dah tinggi :)

    BalasPadam
  18. sabar ajelah pb...lelaki nih memg byk cikadak

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...