Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140722

Kemeja Raya Luth

Kawan-kawan lama blog aku tahulah betapa aku ni miskin dan kedekut. Huk..huk.. tapi nak raya ni, tak akan lah aku nak berkira juga nak beli baju Luth. Beli takat aku mampulah. Kebanyakan baju Luth aku beli sebelum aku beranakkan Luth lagi. Beli kat warehousesale Pureen dulu. Aku ingat Luth ni cepat besar, rupanya kecil je. Lambat besar pula. Sampai sekarang dia masih boleh pakai baju new born dia. Cuma tok ma dah alih sikit butang baju dia. 

Ada juga jiran aku bagi baju anak dia yang dah tak muat.. aduh, rasa miskin pula. Berbelah bagi aku pula aku nak ambil. Miskin sangat ke aku? Atau aku ni berlagak miskin tapi beli kolegen drink beratus tiap bulan. Tapi aku ambil juga. Aku pilih mana yang elok lagi, dan pakai buat basahan Luth. Orang dah bagi dengan ikhlas, kena hargai. 

Aku tak pernah beli lagi baju kemeja kat Luth. Aku kan beli baju budget sale gila-gila. Mana ada kemeja budak yang murah. Raya pertama Luth ni aku laki bini dah belikan beberapa helai kemeja kat Luth kat Parksons baru ni. 20 ~ 30 ringgit tu kira mahallah dengan kewangan aku ni. Tapi tak apa, aku rasa dah banyak sangat berjmat kat luth. Dah try pakai satu set kemeja, seluar jeans dan kasut Gombak. Hensem sungguh Luth tau. Nantilah raya ni aku ambil gambar. Kalau tunjuk sekarang basi pulak kehenseman Luth. Nanti tak Lut pulak.

Sambil beli barang dapur hari minggu tu, tengok ada sale pula kat butik Fify. Ayah dia berhenti pula nak tengok. Sambar lagi beberepa helai kemeja Luth. Murah-murah pula tu. RM8 ~ RM10 je sehelai. Biasa kemeja budak memang mahalkan? Ke ada lagi murah sebab aku rasa ni murah sangat dan aku terbeli banyak ni….

OMG, comel sungguh kemeja Luth. Comel macam tuan dia. Bukan aku cakap, sales gilrl Fify yang cakap Luth comel. Ke saja nak bodek aku, nak suruh aku beli banyak baju kat Luth? Oh, beraya sungguh anak aku ni.

23 ulasan:

  1. selalunya klu ada anak , mmg baju anak lbh byk dan bergaya masa hari raya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah. ank comel dah hepi..

      Padam
  2. murahnya...kali ni tak beli bj kemeja petak2 kt Aqil.bj kemeja dh byk abah beli ritu.

    kami pon bg Aqil pkai bj yg org bg.wt bj pkai kt rumah.time ni kn dia dok sibuk merangkak smua.cpt bpeluh n kotor

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st time beli..
      biasa beli bju t.shirt je..

      Padam
  3. Ikut pemerhatian kakak baju budak lelaki jauh lebih mahal dari baju budak perempuan PB. Kalau gaun budak perempuan belas-belas ringgit pun dah cantik. Tapi budak lelaki kalau kemeja pun cecah puluh-puluh. Seluar pendik pun mahal. Nasib baik anak kakak semua perempuan (dlm hati teringin lelaki sebenarnya - jeles PB ada Luth hihi..)

    BalasPadam
  4. tak tipu..luth memang comel PB..dah bergaya dengan kemeja nanti mesti lagi comel

    BalasPadam
  5. anak kami 3 lelaki..masak nak membeli baju rayer heheh ><;

    BalasPadam
    Balasan
    1. ank sorng.. dah ramai nanti..buat turun temuranlah..

      Padam
  6. Kat mana weh? Kat mana kedai fiffy tu? Aku pun belum beli lagi baju kasual utk Luth aku. Kalau sempat beli le. Kalo tak sempat, pakai je la mana yg ada. mmg kemeja budak mehei betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. butik Fify ni kat rumah aku.. ko usha lah kot mna2 ada cawangan butik Fify.

      Padam
    2. Dh tu rumah ko plak kat mana? Hahah.

      Padam
  7. Mmg ensem kan budak2 ni pakai kemeja

    BalasPadam
  8. Alah, PB, orang bagi bukan sebab kita miskin. Saja nak bersedekah, kalau dibuang lagi sayang. Jangan fikir banyak kali. Sambar je baju orang bagi tu. Kalau tak suka, kemudian cerita. Saya pun baju lama-lama Adik semua bagi kat cucu sedara (ahah, ah kak dah jadi nenek sekarang ni tau ....) Sayanglah baju elok lagi. Yang tak berapa elok, kita buat lap pinggan mangkuk. Yang kurang elok sikit, kita pesan suruh buat pakai basahan jek.

    Bila ada anak, memang excited buat persiapan untuk anak-anak sahaja. Ni kali pertama Luth bergaya sakan musim rayakan. So, jangan lupa suruh ustaz Luth posing sakan sebab kengkawan alam maya nak tengok gaya Luth beraya. Gaya omak Luth, tak masuk blog pun takpa. Hahaha.

    Pssttt... warna baju Melayu pilihan kita - merah mahupun biru tak ada stok pulak untuk Abang so tahun ni kita terpaksa ikut warna kesukaan orang ramai. Huhuhu.

    BalasPadam
  9. raya sakan lah luth..
    saya pon selalu orang bagi baju..pakaikan je kat anak...jimat disitu..
    diorang sayang nak buang sebab budak kan cepat membesar..pakai kejap2 je..

    BalasPadam
  10. Baju budak memang mahal. Especially baju budak lelaki. Anak aku dedua lelaki. Tapi baju pon belum beli lagi...ppffttt...

    BalasPadam
  11. Wahhh!!!, seronoknya Luth, dpt berhelai2 kemeja...raya sakan le dia, sehari boleh tukar 3 ke 4 helai gitu...

    BalasPadam
  12. eh! saya pon cari barang yg murah2 jer...mana nak hadap yg mahal2 kalau dah anak 2-3 org. bukan berkira tp berjimat cermat kan? beringat sebelum parah...hehe.

    BalasPadam
  13. ehhhh murah nya. klo saya pon boring sakan.slu bju beby pyh nk murahh ..

    BalasPadam
  14. aku skang nie kalau keluar gie mall mmg xleh tgk baju budak..nak2 lak anak aku pmpn..dtg meroyan aku dan pastu mmg meroyan jugak la aku membeli..pas aku pilih2, laki aku lak yg meroyan..wakakakakaka..

    murahnye kemeja luth..santik2 somel2 lak tuh..

    BalasPadam
  15. noe ada je kawan2 bagi baju2 anak2 diaorg yg dah x muat dipakai..noe ambil jer...buat belasahan.....wah...beraya sakan la luth nanti..

    BalasPadam
  16. Wah wah wah borong sakan laa nie..

    BalasPadam
  17. memang cantik-cantik kemeja tu..warna pon menarik..sesuai dengan Luth yang comel lote..hehee

    BalasPadam
  18. kalo baju cntik n murah pe slh rembat beli byk byk..sy po ungu kdg kdg cri bju ank hrga murah..kdg kdg beli gak yg mahal..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...