Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140717

Marah mintak maaf

Kaka ni memang jenis pemarah, cepat naik angin tak tentu. Kalau salah sikit dia akan mengamuk. Habis orang sekeliling dia akan kena kalau dia dah marah. Walaupun dia cepat naik marah, tetapi dia juga cepat sejuk. Bila dia dah sejuk, dia akan mintak maaf kat orang sekeliling dia. Kadang-kadang dia cepat je lupa yang baru sekejap tadi dia naik angin.

Melihat keadaan itu, ibu bapa Kaka sangat risau. Kaka perlu dibimbing. Maka, ayah dia memberikan seplastik paku. ‘Bila Kaka rasa nak marah kat sapa-sapa, Kaka paku kat dinding.’

Bila sudah sebulan, Kaka lihat penuh dinding dengan paku. Kaka rasa sangat meyesal. Dia sedar, dia selalu marah-marah.

‘Sekarang, Kaka cabut semua paku-paku kat dinding tu bila Kaka dah minta maaf kat orang yang Kaka dah salah.’ Kata ayah Kaka.

Dengan sedaya upaya, Kaka cuba mencabut setiap paku yang didinding. Ada yang sangat sukar dicabut kerana sangat dalam tetapi Kaka tetap berusaha untuk berubah. Akhirnya semua paku telah dicabut. Kaka sangat gembira.

‘Bagus Kaka. Kamu tahu susahkan nak cabut balik paku-paku itu?. Walaupun kamu dah berjaya mencabut semuanya, tetapi lihat apa kamu dah buat kepada dindingnya. Dah tak sama lagi. ‘

Kita boleh mintak maaf, tapi parut yang kita dah tinggalkan, bukan senang nak pulih.



Letih aku duk ikut cerita  perempuan mengamuk dua tiga hari ni. Malunya aku kalau duk tempat perempuan tu. Malu lagi aku bila Uncle tu maafkan dia siap cakap lagi agama dia tak ajar berdendam, kena maafkan orang. Sampai kita orang Islam ni boleh mengangguk-angguk setuju je. Malunya.


Buat pengajaran kat semua juga. Kesian juga aku kat budak perempuan ni, habis semua privasinya dibongkar. Siapa dia, mana rumah dia, kerja dia semua dipaparkan. Sudah-sudahlah cari aib dia. Kalau apa-apa jadi kat dia, kita juga akan tanggung rasa bersalah nanti. 

23 ulasan:

  1. saya pun rasa simpati juga dekat dia
    sebab nila setitik, habis susu sebelanga
    apa yang dia dah buat tu tak boleh diundur
    meh kita sama-sama ambil pengajaran

    BalasPadam
  2. Terlajak keta boleh reverse...terlajak kata badan binasa...harap dia insaf...huhu..

    Sangat mendalam entry u ni...haha..

    BalasPadam
  3. kisah budak tu perlu dijadikan pengajaran..jangan berlagak samseng..dah tak amik port dah pasal dia..hihi

    BalasPadam
  4. menarik cerita paku tu, eh I dulu pun sangat pemarah, sikit2 marah, marah2 banyak.

    tu la kesian pulak kan kat pompuan tu, sebenarnya banyak jer kes yang macam dia ni tapi nasib la dia yang terdirakam kan, harap dapat jadi pengajaran kepada semua, jangan nak marah melampau sangat. kurangkan road bully.

    BalasPadam
  5. banyak pengajarannya yg boleh di ambil dari kisah perempuan tu. kesian jugak kat dia..

    BalasPadam
  6. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua ....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak, pengajaran untuk kita semua...

    BalasPadam
  8. Moga2 lepas ni xde dah mcm ni..moga2 semua amik pengajaran...

    BalasPadam
  9. saya pernah baca cerita ni. tapi memang betul apa yang ayah dia cuba sampaikan.

    BalasPadam
  10. Nice sharing n sgt byk iktibar yg dpt diambil! :) Jemput singgah ke blog SM ye kalau sdi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    BalasPadam
  11. pagi tadi akak dengar kat Era..betul ckp PB..bila uncle tu sebut pasal agama..akak pun terasa..apapun buang yg keruh amil yg jernih..harap semua dpt amik iktibar..:)

    BalasPadam
  12. ambil pengajaran...

    BalasPadam
  13. Kali pertama baca kisah paku ni. Menarik juga tu. Siap nama ala2 pemilik kes Sebenar pulak ya..

    BalasPadam
  14. Dinding dah tak sama PB, semoga menjadi pengajaran kan, moga lebih tenang.

    BalasPadam
  15. acik tak ikut sangat kisah perempuan mengamuk ni PB..dengar kawan2 cerita je..berita tv pun tak tengok..

    BalasPadam
  16. Itulah bila dah marah, hilang segala sopan-santun dalam berbicara. Ikut emosi sangatkan dah binasa ...

    Malu juga bila dikata dalam bulan yang mulia ni boleh tunjuk perangai tak senonoh macam tu. Mungkin dia tengah stress, tengah fikir entah apa-apa, bila kena langgar sikit mulalah mengamuk tak tahu hujung pangkal. Padahal katanya calar sikit je. Dunia nikan bulat, sekarang dia pulak jadi mangsa amukan orang ramai yang suka sangat tolong tokok tambah api-apikan mana boleh. Semua orang pun ada buat silap, tapi malanglah kat perempuan ni sebab kena rakam. Dah terlajak kata tak leh nak buat apa. Sama kisah dengan bekas paku pada dindind yang PB cerita kat sini.

    BalasPadam
  17. Ambil yang positif lah kan... sama2 kita saling memaafkan, tambahan dibulan Ramadhan ni.. pada uncle tu mmg sy respek lah..cool je cara dia..

    BalasPadam
  18. semoga menjadi pengajaran buat kita semua...

    BalasPadam
  19. iyalah..cukup2lah sebar aib dia.

    BalasPadam
  20. ujian ramadhan dr Allah yg dia terlepas pandang ...

    BalasPadam
  21. Mana ada manusia sempurna PB....hari ini dia bikin kecoh esok lusa mungkin dialah yg paling berhemah... ada hikmahnya tu...samada pada uncle atau pada budak pompuan tu

    BalasPadam
  22. cerita yg bagus boleh dijadikan pengajaran

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...