Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140709

Nestum popia yang rangup dimakan Luth

Walaupun aku beranak kecil, aku masih mampu menyiapkan popia nestum aku dalam satu malam yang damai selepas berbuka puasa dengan tiga kali berhenti rehat. Sekejap-sekejap tarik-tarik baju minta susu. Sekejap-sekejap menangis tak boleh turun dari basikal. Sekejap-sekejap lapar balik susu. Gitulah cubaan Luth nak membantutkan semangat mak dia. Akhirnya B E R J A Y A.

Steady aku!!! 

Aku beli kulit popia yang saiz besar. Dalam tu ada 50 keping.


Aku potong separuh. Jadi ada 100 keping yang perlu digulung.

Aku buat untuk mass production, tak adanya nak gulung betul-betul. Mahunya makan hari nak siap.
Aku lipat dua lagi kulit popia yang dah dipotong. 

Lepas itu baru gulung. Kira cepatlah aku gulung.  Aku lekat dengan air sejuk letak tepung gandum je.

Potong pun aku susun batang-batang yang dah digulung dan kerat sekali. Macam aku masak sayur. Nasiblah panjang pendek.
 
Sedia untuk digoreng.

 Ikut resipi orang lain letak separuh nestum, separuh gula. Horlick tak ada kat rumah aku jadi tak letak. Aku tak suka manis, aku letak 2,3 sudu je gula. Mesin sekali dengan nestum. Lepas tu tuang dalam 2 bekas besar. Tungang terbalik kulit popia yang dah digoreng tadi. Cepat sungguh kerja aku. Ginilah kalau orang kerja kilang buat kuih, aku kira production output je..


Nestum popia aku yang rangup boleh dimakan oleh budak Luth yang mempunyai 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Sungguh, tanya Luth. Kruk—krang bunyinya. 

Entry ni aku saja nak eksyen dengan Rai. Sebab dia sebut pasal popia nestum. Selamat berjaya buat kuih siput ye. Acuan kuih siput ada kat rumah kampung, kalau sempat balik kampung bolehlah aku buat dan eksyen nanti..


31 ulasan:

  1. Wah, dah berjaya! Ni yang macam jeles jek rasanya. Ada anak kecil tapi berjaya buat kuih ni, memang ohsemlah. Serius cemburu ni. Uish... tak tahan rasa cemburunya!

    BalasPadam
  2. dh lama xbuat popiah nestum ni..

    BalasPadam
  3. wah dah start buat :)

    BalasPadam
  4. kahkahkah.. kuajaq gilaaaa... tetiba aku rasa nak tiru kekdah ko buat mass production nih.. ok.. weekend ni paksa encik somi.. kakaka...

    BalasPadam
  5. Wah, sedappp ni... tengok kat sini, cam nak buat nanti... :)

    BalasPadam
  6. memang jeles gak ngan PB ni..sebabnya akak tak pernah buat popia nestum ni...huhu..:)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak, ahhaha rajin bebenor buat nestum popia.. macam nak buat juga je.. ahahha tetiba kita lak nak merajinkan diri.. hiewhiew ;p

    BalasPadam
  8. biskut nilah kaknor nak buat...tggu hujung2lah..

    tq resepinya..

    p/s yg mana satu ye..coklat ke?

    BalasPadam
  9. wallaaaa hebatnyer... daebak...

    BalasPadam
  10. p/s ooo tiramisu..ok

    BalasPadam
  11. pergghhh terbaik lah PB.. satu malam semua setellllll.... makan boleh habis satu jam kan PB.. akak belum membuat lagi.. nak buat jugaklah :)

    BalasPadam
  12. waaaa, dah siap kuih raya PB nie...bagus, yg ada anak2 kecik tu tak boleh jadi alasan yer tak buat kuih raya nie, PB dah buktikan....nampak pun cam sedap ajer..

    BalasPadam
  13. wahhh..dah start buat kuih raya :)

    BalasPadam
  14. hamboii pb..da start production kue raya..

    BalasPadam
  15. wah...dah buat kuih raya...cam senang je...boleh buat ni... (kalau tak malas..huhu)

    BalasPadam
  16. wahh dah start buat kiuh..
    ni baru dok merancang..tak tau la jadi ke tidak..yang pasti popia ni memang dalam list..hehehee

    BalasPadam
  17. Salam Ramadhan PB.. lamanya tak menjenguk sini..:)
    amboiii sedapnya... suka popia nestum ni..satu lg suka yg salut kacang hijau...hehe

    BalasPadam
  18. sedapnyaa popia ni last year makan. mmg ketagih

    BalasPadam
  19. ini kuih yg akan tersenarai untuk raya nanti..wahh.sedap!sedap! buat sehari..sehari boleh hbis nie..

    BalasPadam
  20. wah rajinnya PB...tp mmg sedap...senang pun senang kan...

    BalasPadam
  21. Dah siap biskut raya PB....kita br plan nk buat tapi tak tau la bila nyee

    BalasPadam
  22. Kalau aku wat popia nestum nie mmg rentung la gamaknye..sbb anak jeles aku duk dapur jer..kang tetibe kuau suara kak jiana jain..haruuuu..

    BalasPadam
  23. Last year aku buat popia nestum ni. Memang bertabah lah wei. Tahun ni tak tau nak buat ker tak.

    BalasPadam
  24. mcm nk buat ja tp tp anak kena letak rumah pengasuh la.klau sensorang wt bnda ni dgn anak mau x siap2...hihihi

    BalasPadam
  25. Xpernah pun wat lagi...sedap makan je...

    BalasPadam
  26. wah bestnyer..saya malas nan menggulung..apa pon tak jadi ler

    BalasPadam
  27. walaupun rgkas,tp sedap kan...bleh try nih

    BalasPadam
  28. walaupun rgkas,tp sedap kan...bleh try nih

    BalasPadam
  29. dah buat kuih , rajin ... mmg senang buat kuih ni ... sis pun akan buat juga tapi lain perasa ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...