Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140702

Out station

Hari ini insyallah aku di Pulau Pinang.  Jalan-jalan makan angin dibulan puasa dengan kelik-kelik ofis. Bestnya…  


Tidaklah, sebenarnya aku pergi ke Peneng ni nak hadap muka nak kena marah dengan customer je ni.  Kan bulan lepas-lepas aku asyik cerita pasal customer asyik complaint je. Ni kira antara kemuncaklah sampai aku pun kena turun padang. Biasa aku suruh bos-bos je pergi. Ceh, macam bos-bos je ayat aku Aku kan ada anak kecil, puasa pulak, menyusu lagi, isteri yang rajin memasak lagi. Ni rasanya kali pertama aku turun padang sejak aku dah beranak ni. Cukup dah mengelak. Kan tak pasal-pasal kena pecat.

Bagus juga sebenarnya sekali-sekala kerja aku ni keluar sikit dari kepompong kat kilang tu. Sampai otak pun kadang-kadang beku. Biar pun aku pergi jumpa customer setakat tunjuk muka, angguk-angguk dengar komplen diaorang pun tak apa. Lepas itu aku senyum comel, biar customer tak sampai hati nak marah aku. Boleh gitu. Bab-bab explain, pusing-pusing serah kat bos aku. Aku tukang jadi penambah rencah je. Aku rasa bos aku nak dapat confident dari aku kot, baru boleh cakap-cakap.




Terima kasihlah menjengah di pagi Rabu ni. Aku auto-publish entry ni ek..  tulis dulu, pergi kemudian.


Mintak bos aku bawa kereta dengan berhemah pagi rabu ni. Aku ni ada anak kecil, ada laki, ada ma. Bos aku dengan kelik sorang lagi pun belum diberi hidayah memeluk Islam lagi.. Minta semuanya selamat. Semuanya baik-baik je. 

Insyallah.
Oh kawan-kawan kat Pulau Pinang, maaf tak singgah aku pergi balik hari ni juga. Nanti senang-senang aku singgah.

21 ulasan:

  1. semoga selamat sampai :)

    BalasPadam
  2. Insya-Allah selamat pergi dan balik berkat di bulan ramadhan. Letih sikit tu biasalah..
    Sesekali memang kena hadap masalah dah nama pun kerja.

    Selamat berpusa dari kakak sebab kakak belum wish lagi baru ada sikit kelonggaran hari ini..

    BalasPadam
  3. selamat pergi penang. hehehe. kampung sy tu penang. rindunyaa nak blk. huhu

    BalasPadam
  4. semoga semuanya selamat...

    BalasPadam
  5. jauh perjalanan...sesekali..
    boleh berbuka puasa dgn nasi khandar

    BalasPadam
  6. semoga selamat pergi dan selamat balik.

    BalasPadam
  7. Selamat bekerja PB! :)

    BalasPadam
  8. semoga semuanya berjalan lancar..kalo dapat client y suruh balik camne..hihi..

    BalasPadam
  9. moga dipermudahkan perjalan pergi dan balik PB..seronok jugak tu..makan angin..:)

    BalasPadam
  10. buka puasa dengan pasembor, nasi kandaq ke pb..
    sekali sekala kena tinggal tu."sayangkan suami, tinggal2kan..sayangkan luth? camna lak.."

    BalasPadam
  11. moga dipermudahkan semuanya PB

    BalasPadam
  12. selamat bekerja dan berpuasa

    BalasPadam
  13. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

    BalasPadam
  14. semoga urusan PB dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik .

    BalasPadam
  15. semoga dipermudahkan urusan..stended le klient tahu komplen aje
    nk tak nak tadah je le tinge hihi
    take care!

    BalasPadam
  16. penang?????...makan sedappppp..ehh aku nie makan je kan..

    taking care bebeh..

    BalasPadam
  17. ha.. seramnyer nak menghadap orang yang nak komplen2ni.. akakpun front liner memang selalu dengar bebelan pelanggan.. tadah telingajer... nak buat camnerkan... semoga dipermudahkan semaunay...

    BalasPadam
  18. selamat pergi selamat balik..

    semoga ko dikurniakan kesabaran berlipat kali ganda mendengar celoteh diorang.. anggaplah ianya macam irama tak berapa nak merdu mendendangkan lagu nak raya.. haha..

    BalasPadam
  19. Bosan jugak kalau memerap kat opis je. Sekali sekala keluar apa salahnya kan.

    BalasPadam
  20. Ni kira pergi balik harilah ya, PB. So hari ni rutin dah balik seperti normal ke? Jadi mak-mak berkerjaya memang ginilah. Kalau dapat dielakkan sesuatu tugas tu, memang nak elakkan sesaja. Malas nak fikir banyak. Betullah tu, bos tu bawa PB untuk 'pembakar semangat' supaya dia tak tergagap-gagap depan customer nanti :)

    BalasPadam
  21. bile nk ngadap customer nih yg bab lemah kan tp xpe pb org yg kental

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...