Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140723

Pelukan suami dan terima kasih

Sambungan telenovela..

Ini kali pertama aku buat tart nenas yang bunga ni. Rasanya beli acuan ni dah lama, baru terdetik nak buat. Itu pun sebab permintaan kesayangan hamba. Tengah duk syok menekap bunga dengan Luth. Lakiku balik. ‘Ingat tart gulung. Tart gulung lah sedap.’

‘Tak apa-tak apa.’ . Aku buat satu adunan lain pula. Kali ni buat tart gulung pula. Baikkan aku. 

Aku kan sudah minta maaf kat laki ku atas keterlanjuran kata-kata aku yang pedih. Tolong jangan mengungkit penat lelah jadi bini macam aku. Kalau korang asyik mengungkit, nanti masak tak sedap sebab tak ikhlas. Penat lelah masak, orang tak selera nak makan, tak sedap korang pula hangin. Bukan korang, aku je…

Aku tekap panjang-panjang, sabar-sabar. Lakiku lalu lagi, ‘Oh, kena gulung sendiri ke? Ingat kan terus keluar bulat-bulat.’ Tahu pun..leceh nak buat. Tak apa, sabar. Lalu kubakar dengan kasih sayang.

‘Lambat lagi lah ni, lepas ni kena sapu telur pula. Kalau tak, tak rangup.’ Komen lakiku lagi. Apa kaitan sapu telur dengan kerangupan biskut? Lalu kusuap dengan kasih sayang biskut yang telah dibakar. Dan tidak disapu telur kuning atasnya.

‘Tak masam’. Jem nenas mana ada masam, sayang? Aku tak kisah pasal jem tu bukan aku buat, aku beli segera. Kan betul aku cerita lakiku tak tahu apa itu manis, tawar, masin ke pahit. Aku kena terima kata-kata komen pahit manis, masin tawar dia. Deria rasa dia pelik. Abaikan je komen dia.

‘Pecah telur,ambil benda menyapu, mari nak tolong sapu telur merah kat atas tart’. Kali pertama laki aku menawarkan diri menolong. Aku gembira, sebenarnya dulu-dulu laki aku ada juga tolong aku kat dapur. Tetapi aku yang tak suka. Aku boleh bergaduh kat dapur. Aku memang tak suka sapa-sapa tolong aku. Serabut.. nanti banyak komplen. My kitchen my rule. 

‘Letak banyak-banyak jem nenas. Baru sedap.’ Iya-iya, kalau boleh aku nak gentel besar bola pimpong. Sempat lah lakiku tolong sapu sikit lepas tu Luth asyik nak jahanamkan biskut aku. Lakiku tolong jaga Luth, itu lebih baik.


Nasib baik petang harinya Luth dah tidur. Kesian luth penat. Pukul 1.30 pagi siap bakar biskut. Pukul 2.00 pagi Luth tak boleh tidur lagi. Tidur dah sebenarnya tapi dengan mulut nak menetek tak lepas-lepas. Pagi nya bangun pukul 5 pagi bersahur. Luth pun bangun, tapi dengan mata mengantuk dan mulut melalak. Tak boleh buka mata, tapi boleh buka mulut melalak. Makan sahur cepat-cepat tidurkan Luth balik.



Lepas subuh, ingat nak tidur sekejap..tapi macam tak berapa nak lelap..dekat nak pergi kerja baru terlelap sekejap. Nasib baik tempat kerja sekankang kera. Penat? Mengantuk? Tak penat pun. Tidur malam nanti. 

Sebab aku ada laki, ada anak...
Orang duk sibuk cari Lailatul Qadar aku duk sibuk buat sekut.. last..last dah....

Alhamdulillah. J

27 ulasan:

  1. Haha...gaduh laki bini ni mende biasa la...lagi2 dpt laki outspoken..mmg kena tahan telinga la...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah hati ke hati kekonon.. 2-2 nk berubah..tgoklah berapa lama ni leh berubah..

      Padam
  2. hehe, rasa cam kelakar pula cerita ni
    tapi gitulah kalau cerita pasal lelaki ni
    cam saya bekerja, memang terkejar-kejar nak sediakan keperluan keluarga
    bila mengadu dia kata orang lain boleh buat
    panas juga rasa hati, tapi tak berani nak melawan
    last-last ianya tersimpan, takut juga meletup...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh..plh hangin kalau banding dgn org lain..

      Padam
  3. hu hu sebab tu lah isteri2 kena doa supaya Allah bagi kesabaran banyaaaaaaaaaaakk kan

    BalasPadam
  4. Awal2 kawen mcm tu la...lama2 biasa dah tu. sabar kena byk.

    BalasPadam
  5. Salam PB..lya singgah sini ..lama tak singgah..PB pekaborr..

    BalasPadam
  6. sedapnya jem nenas, anak beranak pasti suka, ada drama tu biasa PB, rasa betul komen tu, macammana nak ayu kan kalau tangan capai anak, sorang duk tarik mmm :)

    BalasPadam
  7. buat apa saja dgn terapan nilai kasih syg utk yg tersayang...insya Allah bhgia..

    BalasPadam
  8. suami isteri biasalah..peringkat awal perkahwinan ada ribut cawan kopi. bila semuanya redha..insyaAllah bahagia sampau di hujung usia..

    BalasPadam
  9. apa benda pun klu diterap dengan kasih syg Insyaallah sedap,menambat hati suami.haha..

    setuju sgt dengan komen tu..bila dh penat mula la nak melenting..huhu..

    BalasPadam
  10. Takper lah berpenat sikit demi yg tersayang kan..bukan sll..janji mrk2 itu hepi senyum sampai ketelinga..
    tertarik ngan komen tuh dan setuju jugak..peranan itu penyayang kdg terpaksa diketepikan demi meastikan segalanya berjalan lnacar..almakulumlah nak kita kena buat semuanya...

    BalasPadam
  11. yang penting telah terbukti ko rajin. sanggup adun doh kedua demi nak buat yg gulung plak for abah luth. hebatses la ko ni.

    BalasPadam
  12. Pujuk hati, ikhlaskan setiap perlakuan kerana yg pasti ada ganjaran berganda. Apa juga kebaikan dibuat di bulan mulia ini pasti ganjaran berganda..

    Tak ada gambar Luth kurang cerialah:)

    BalasPadam
  13. rajinnya sis buat kuih raya...hehe xpa ambik positif kata2 suami..hehe

    BalasPadam
  14. saya tak suka buat tart gulung. nanti dia jadi pecah-pecah

    BalasPadam
  15. sedap terr....ore xbuat lgsung biskut raya tahun ni....penat huhuhu

    BalasPadam
  16. eemm.. ayat last tu terkena batang hidung sendiri.. awal2 takmo buat kuih raya.. dah dekat nak raya sibuk nak buat.. huhuhu...

    BalasPadam
  17. saya pon suka tat nenas..cayalah PB..terbaik..buat kuih bersengkang mata cakap tak penat..

    BalasPadam
  18. bagusnya akak.. dah buat yang tekap, buat pula yang gulung untuk suami :)

    BalasPadam
  19. wowww.. tart nenas sampai 2 jenis. bestnyaaaaa

    BalasPadam
  20. Apa yang penting dah terbukti PB awak memang isteri mithali. Sanggup tu buat tart gulung untuk suami walaupun pada mulanya tak masuk dalam senarai dalam kepala pun. Orang lelaki ni memang gitu. Isteri ada depan mata, langsung tak peduli. Dah takda, barulah nak melalak kononnya tapi kejaplahkan...

    Biasalah kita. Selalu merasa orang lain lebih beruntung daripada kita tapi sebenarnya kalau ditelek dibelek, ada banyak juga untungnya diri kita ni. Kalau nak bandingkan dengan orang, sampai bila-bila pun masih rasa tak puas hati.

    P.S. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ya. Esok dan lusa, kita sibuk memikirkan tentang persiapan raya so takda mood nak meronda alam maya. Jumpa kembali lepas raya nanti :)

    BalasPadam
  21. hhahahaha I nak gelak jer speanjang masa baca ni sambil iyakan sebab itu lah kenyataannya. Macam kat sini dua hari lepas, si anak minta nak makan burger, bila ngadu kat tok laki dia cakap buat la murtabak, lagi senang kan... tergelak guling2 I sambil hempuk2 lantai demi mengelak dari cepuk orang.
    lastly I buat roti john, buh rempah kari bagi rasa kemurtabakan. jadi la burger murtabak, hambek korang!

    BalasPadam
  22. asam garam rumahtangga tu ... masa kecil2 dulu , jem nenas bonda buat sendiri . blh kawal masam manis nya ... rajin membiskut . sis x de buat apa pun lagi ... huhuhuuu

    BalasPadam
  23. siap buat dua adunan tu..
    mmg isteri.mithali la PB.
    sama la dgn saya tak suka org msuk cmpur bila kt dpur. biar penat snsorang x pa janji puas hti.x byk komplen.

    BalasPadam
  24. tuh tndanya kasih seorg isteri pd suami...sgup buat lain..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...