Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140707

Perbezaan Baking Soda dan Baking Powder.

Barang nak buat biskut raya kekonon dah beli. 

Beli benda asas je macam tepung gandung, tepung kastad, tepung jagung, gula kastor sikit dan serbuk penaik gitu je. Kalau payah sangat nak buat biskut aku buat resepi semperit je.. letak coklat jadi biskut coklat.. haha..

Tetiba aku konfius antara baking soda dan baking powder. Sama tak serupa bunyi. Aku rasa pasal benda baking ni lah penyebab utama apam aku buat tak naik. Mampat je. Aku tiru sebiji-sebiji ikut resipi apam gebu gebas kat facebook tapi aku punya mampat semacam je. Patut hari ni boleh aku buat entri apam gebu gebas aku. 

Jadi aku share kat sini untuk orang yang konfius macam aku perbezaan baking soda dan baking powder yang aku google.

Keduanya bahan yang kita tambah dalam proses mem-baking atau membakar supaya ia jadi ringan dan lembut sebab itu namanya pun baking. Tapi boleh jugak kek kukuskan? Benda ni ada carbon dioxide yang akan bagi ruang udara sikitlah kat biskut dan kek kita. 

Baking soda

Baking soda adalah asli sodium bicarbonate.


Bila bahan biskut kita ada kandungan kelembapan dan beasid macam coklat ke buttermilk ke ia akan bertindak balas bila kita membakar. Naiklah biskut itu. Sebaik kita campur-campur bahan itu, ia sebenarnya dah mula bertindak balas. Kalau lambat bakar, nanti biskut ni dah tak naik lagi. 

Baking soda biasa kita guna untuk biskut, sebab biskut tak adalah nak kembang-kembang sangat. Lari corak penat-penat kita tekap nanti keluar biskut gemuk-gemuk pula.

Baking powder 

Baking powder pula kombinasi sodium bikarbonat, acid agent iaitu cream of tartar dan drying agent macam kanji. 


Sebab kandungan nya juga sodium bikarbonat, ia akan terus bertindak balas bila kita campurkan bahan-bahannya. Ejen-ejan lain dalam baking powder pula akan teruskan proses mengembang itu. Bila kita biar seketika, ia akan mengembang lagi. Dan bila kita panaskan dalam ketuhar, ia kembang lagi. Kembang dan kembang. Syoknya.

Baking powder ni sesuailah buat kek gebu gebas. Biar dia kembang-kembang dan gebu gebas.



Sekian pelajaran perbezaan baking soda dan baking powder.

Aku belum mula lagi buat biskut. Tengah cari resipi dengan cari kekuatan nak buat dan nak mula.

20 ulasan:

  1. Tq info PB.. akak main buat jer kuih atau kek.. tak tau apa bezanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp jadi jugak..
      kak, kek gula hangus resipi kak hari tu bantat..haha..

      Padam
  2. Sesuai sangat PB buat N3 ini sekarang.
    Bulan org sibuk membuat persiapan Hari Raya dan utk berbuka puasa.

    BalasPadam
  3. terima kasih untuk perkongsian ni. kadang kita keliru jugak..

    BalasPadam
  4. fungsi sama saja..cuma bahan dlam nya tu yang buat konfius kejap..

    BalasPadam
  5. dulu2 akak tak tau jugak..sekarang ni dah tau..tapi hari ni lagi clear dengan penjelasan PB ni....tq untuk info.

    BalasPadam
  6. Kalau apam guna soda ke PB..acik buat apam guna mauripan

    BalasPadam
  7. bagus entry ni..selamat membaking PB

    BalasPadam
  8. I tak tahu cerita pun perbezaan baking soda dan baking powder ni sebab I jarang membaking. Hehehe...

    Tapikan PB entah mengapa semangat teruja nak buat kuih raya sendiri tahun ni. Baru semangat je teruja, barang satu pun tak beli lagi :)

    BalasPadam
  9. tq weyh bagi ilmu ....Okje pun konfius jugak ni sebenarnya...tp buat buat mcm tak konfius hehe

    BalasPadam
  10. Owh ade beza nyeah...aku baru tau nie haaaaaa..

    BalasPadam
  11. aku nak buat popia nestum tapi laki aku tak approve..dia kata malas nak gulung.. cess.. aritu da beli benda nak buat kuih sipot tu.. laki aku kata kalau aku tak buat dia nak ketuk dahi aku sampai berjendul ngan benda tu.. hahaha..

    BalasPadam
  12. selalu buat kek tp xtau pun bezanya..hahaha

    BalasPadam
  13. ooooh camtu, tapi kalau letak salah satu pon xpa kan

    BalasPadam
  14. ooooh camtu, tapi kalau letak salah satu pon xpa kan

    BalasPadam
  15. Ooh cmtu rupanya best info dan ayat akak pun best&syok bila baca haha

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...