Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140710

Sejarah lama jangan diungkit.

Aku ni memang jenis tengok tv. Boleh katakan balik je kerja. Hadap tv. Kadang tu, tak tengok pun tv, pasang je biar ada bunyi. Lepas tu aku buatlah kerja rumah macam masak ke, basuh kain ke.  Sekarang ni tak adakan cerita best kat tv? Aku rasa bosan betul la dengan tv ni. Astro pun 44 kali duk ulang cerita. Cemuh aku.

Aku pulak jenis tak tengok cerita rantaian ni. Aku bukan jenis sabar nak menunggu hari-hari sambung cerita. Apa jadi lepas ni, apa lepas ni.. Malas aku. Last aku ingat aku tengok yang cerita Adik Senrose yang mengandung anak luar nikah tu.. hari-hari tunggu. Mana ada manusia yang tak pernah ada dosa silam..gitulah aku ingat ayat Raja Ema mak dia lepas menantu dia dapat tahu..Adik Senrose keguguran dan anak tu bukan anak dia. Betullah tu. Tapi dosa gitu minta jauhlah kat anak-anak kita dan keturunan kita ye.

Sebab aku tak tengok cerita sambung-sambung, aku biasa layan CSI. Alah, korang mesti kata aku perasan orang putih nak kondem cerita Melayu lah tu.

Belum lagi..aku nak kondem rancangan lain. Tidak lah, aku kan sibuk. Mana ada masa nak tengok hari-hari. Bila dah tak tengok dari awal, tengok kadang-kadang tak faham dah. Malaslah nak layan.

Rancangan yang aku nak kondem ialah rancangan ni.. HIJRAH SELEBRITI. Pengacaranya Mawar taukey Fareeda. Sekejap-sekejap iklan tudung tu aku boleh terima lagi. Tapi bab tunjuk sejarah-sejarah zaman seksi meksi tu apa kejadah. Aku tengok sekali pasal penghijrahan Zila Jalil. Tak habis, aku tutup tv. Menyampah pula aku. Aku bila dah tengok orang berubah, terus aku lupakan sejarah dia dulu.


Macam aku suka tengok Neelofa pakai jubah hitam kat Meletop. Comel sangat, macam nak je buat menantu. Sebiji-sebiji butir dia cakap aku perhati sampai senyum-senyum. Biarlah perubahan ini berterusan, istiqamah kata Neelofa. Ustaz Yeop pun bagi nasihat, dia angguk-angguk. Pun aku rasa Neelofa comel. Janganlah diungkit lagi cerita lama.


Ramai artis dah berubahkan.. makin cantik pula aku tengok.
Cerita best sekarang Resipi Memikat Suami. Hi..hi.. ayam masak kicap ala Sarah Shuib sudah ku cuba. Hik..hik.. sedap. Sambil paksa lakiku..angguk sedap.

23 ulasan:

  1. sama la kita kak..xsuka nk tgk cerita berantai..jap g xsabar nk tau ending..hehe
    sekarang sibuk mmg x lah nk tgk tv lg2 sekarang dh mcm2 program kan..artis pn ramai yg dh mula berhijrah.. alhamdulillah..bertudung tu lagi cantik dan lagi omeyyy kan

    BalasPadam
  2. tengok cerita berantai ni memang perlu kesabaran yang tinggi... ^_^... betul tu yang lama jangan diungkit, tapi tak boleh nak tolonglah kalau ada juga yang suka sangat drag dan ungkit2...hak individu katanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rancangan pengajaran..nak tunjuk dah berubah tp duk tayang gmbr seksi-seksi.. geli tgok.

      Padam
  3. saya pun tak suka cerita berepisod ni
    susah sikit nak nengok, asyik berebut remote aje
    tu yang maleh, eh saya pun suka tengok csi
    rasa macam part of the team..hehe
    ada ke cite gitu, nape nak tengok benda yang dah lepas dak

    BalasPadam
  4. noe x pernah lg tengok rancangan hijrah selebriti tu...betul la PB cakap...x yah la nk tayang2 gambar2 lama tu...

    BalasPadam
  5. Ttg tv knor pun tk ada msa nk tgok..tapi sesekali hilangkn penat, duduklh menyandar kjp..sempatlh tgok nelofa yg blum bertudung msa tu..madih gelak kuat ke dia...tk mnis perempuan gelak kuat2 gitu.
    alhamdulillah. Tumpang seronok

    BalasPadam
  6. itu artis... orang biasa2 macam I ni, bila ada perubahan ke arah kebaikan jer, sama jugak orang mesti nak ungkit2 kisah lama.. macam eh kau dulu kan... tetttttt. haaaa I is tak layan semua tu jugak, lantok pi depa, yang penting I harus kuat. hek hek hek.

    BalasPadam
  7. lagi lawa bila bertudung cik loofa ni

    BalasPadam
  8. Aku lak kalau cite berantai nie tgk cite..kalau best mmg aku sanggup layan..tpppppp yg paling aku menyirap, setiap cite berantai yg aku tgk xpenah missed hari2, part ending (episod akhir) mmg aku selalu terlepas..bile dh 4-5 kali gitu, mmg aku xlayan dh..

    Suke aku tgk nelopah pakai tudung..suweetttt ngat..;))

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum dear,salam ramadhan ya baru sempat berkunjung. Saya suka sangat tengok penampilan Neelofa bertudung, sejujurnya Lopa mmg cantik exotic mukanya bila pakai tudung jubah hitam.

    BalasPadam
  10. hahaha...sama la kita..bukan tengok tv pun sangat..anak2 yang tengok...tapi suka juga tengok CSI dari dulu sampai skang..bab berhijrah ni..betul tu..dah org tu dah berubah, tak payahla nak tunjuk yang lama2 dulu...

    BalasPadam
  11. Cantik neelofa bertudung. Dengar citer dia kat IKIM fm last week pasal penghijrahan dia. Memang sgt touching. Sesungguhnya hidayah itu milik allah pada sesiap yg di kehendakiNYA kan,

    BalasPadam
  12. akk plak suke nengok drama berantai nih..ari2 nunggu hihi tp kena byk sabar la..dah le berantai dengan kejap2 iklan lg huh!
    ingatkan nelofa saje bertudung untuk bulan puasa, kan biase artis gitu, rupakan tak alhamdulillah :)
    suke nengok dia, cantek

    BalasPadam
  13. Ros ada jugak cerita tu. time ogy.. iya la, ada dipaparkan gambar -gambar lama. pada Ros memang tak perlu langsung,.. untuk apa dikeluarkan semua gambar lama tu..

    BalasPadam
  14. Owhhhh rancangan 2 kat asto ke... Sbb x pernah tgk + umah mg xde astro... Sbnr nyer jtoh dosa pada empunyabdiri bler tgk gmbr seksi depa... Kenala la d tayang lg iskkk

    BalasPadam
  15. sy pula suka tgok citer berepisod ni..lg2 yg surprise....rasa tk sabar tggu esok sambung...hihiiii.. pelik kan.. btol,dh ramai artis kita bhijrah,..sejuk mata memandang...

    BalasPadam
  16. hahaha PB, sama lah atie tak suka sgt nak ikut cerita berepisod2 ni..adui tak larat nak nunggu tiap minggu.. lah ni dok layan CSI, Hawai-Five O, 24hour another live... hihi...tapi kena berebut remote jgk lah dgn Pa'e..dia sibuk nk tgk kartun.. haha..
    tentang gambar2 lama artis yg belum berhijab tu tak perlu lah di tayang semula kan..kesian, kena tanggung dosa plak

    BalasPadam
  17. Kalau tengok cerita banyak episod ni, memang habislah kerja lain tak dibuat. Ingat dulu masa tengah dalam pantang si Abang, tengok sinetron Indon beratus episod gitu. Kita dah habis pantang, cerita tak habis lagi. Tensionlah dapat tengok pangkal, hujung cerita tak tahu. Kalau banyak episod ni memang bila missed satu episod jek dah rasa berubah air muka. Takdalah nak feeling-feeling lelebih lagi. Hijrah Selebriti tu tak pernah tengok. Well, jarang tengok rancangan Melayu sebenarnya *saja nak suruh orang kutuk berlagak, siapa yang berdosa?* Hehehe ...

    BalasPadam
  18. Betul tu..resepi memikat suami tu best...xpyhlah kan ungkit2...kesian pada mereka..

    BalasPadam
  19. sejarah biarlah tinggal sejarah..kalo diungkit buat kita terasa je,,

    BalasPadam
  20. saya pun minat CSI. best sangat rasanya walaupun rasa depa terror sangat selesaikan jenayah. , pada saya, bila buka cerita silam tu..orang yang tak tahu sebelum ni jadi tahu.yg berlalu, sudahlah. teringat pulak pesan arwah kak pah pada media dan peminat...

    BalasPadam
  21. kan bila artis dah berubah jgn diungkit kisah silam diorg...

    BalasPadam
  22. eloknya mmg camtu lah . bila dah hijrah , gambar lama delete jer sbb blh tambah dosa ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...