Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140723

Senarai Penerima Bantuan Duit Raya

Sudahkah anda-anda semua menyiapkan senarai penerima bantuan duit raya? Anak sedara,anak sepupu sepapat, anak kekawan dan anak-anak jiran tetangga. Kelayakan utama, umur bawah 18 tahun. Yang dah tua sikit dan tidak mempunyai kerja tetap boleh dipertimbangkan.


Duit dah tukar? Aku tukar duit kecil kat kilang aku je. Macam biasa, bab-bab tukar duit raya ni HR Department kilang tempat aku kerja provide service ni. Siap sampul raya dari Hong Leong Bank sekali. Yang kuning tu sampul duit raya Tesco, agaknya sebab diaorang beli baucer Tesco kot. 

Bestlah kerja Gomen, aku dengar dapat duit raya ek? Aku tidak pernahlah dapat duit raya ni. Dapat baucer Tesco 20 ringgit je, itupun duit sumbangan persatuaan pekerja. Raya Cina pun dapat angpow 2 ringgit je. Tak apalah, aku dapat bonus jugak akhir tahun, yang kerja suri rumah tu ada tak ada juga dapat bonus dari laki. Mintak tahu kalau laki tak bagi bonus atau duit raya.

22 ulasan:

  1. tula kan..gomen dapat bantuan raya..kami kat sini mujur bonus setahun sekali yg diberi secara partial (2x) dapat sebelum raya..alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Ros dah tukar dah duit raya:)

    BalasPadam
  3. tak buat senarai nama pun..ekekekeke, biasanya jumpa terus bagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x wat jua.. fikir2 dlm kepala otak..

      Padam
  4. x dpt bonus gak.sobbbs...baucer pon x dpt thn ni.sedeyyyynya

    BalasPadam
  5. saya setia tujuh tahun kat sini
    habuk bonus pun tak rasa
    tapi bab bantuan raya tu, belum sediakna langsung...hehe

    BalasPadam
  6. baru jer tuka duit raya..tahun ni bajet kureng sikit..huhu..

    BalasPadam
  7. sis masih dapat duit raya tau sbb masih bujang ... alhamdulillah rezeki .

    BalasPadam
  8. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    BalasPadam
  9. Dah siap tukar duit raya minggu lepas..dpt gak sampul dr Hong Leong bank sbb bayar keta kat sana..hehe.. :)

    BalasPadam
  10. duit raya tukaq dah dapat.tinggal nak mengisi nyer pulak adoi

    BalasPadam
  11. adik, budak2 sekarang bukan main .kdg2 kita bagi tk smpat keluar pagar dia kosongkan envelop , ambik duit dan krtas tu buang atas jalan..saya belum tukar lagi.duit dah cerah..he he

    BalasPadam
  12. I takda dapat bantuan rayalah. Bonus dari company pun takda. Gaji maintain 25hb. tak kiralah esok ada ribut taufan badai melanda ke, nak raya ke, nak apa sekalipun. Kalau raya jatuh 24hb, memang nangislah tak bergaji.

    Duit raya dah siap tukar cuma belum masuk sampul lagi. Entah mengapa I tak dapat sampul raya banyak-banyak tahun ni. Kurang membeli kot :)

    BalasPadam
  13. Bunda tak pernah sediakan peruntukan duit raya ni...ikut dan jer nak bagi...

    BalasPadam
  14. raya cina dapat angpow 2 hengget ke PB?..tak pe lah,janji ada

    BalasPadam
  15. swaasta tak pernah merasa dapat duit raya. huhu.

    BalasPadam
  16. setiap org ada rezeki tersndiri kan kak..

    tak kisah gomen, swsta atau surirumah sekali pun

    slmt hari raya kak.

    BalasPadam
  17. p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

    BalasPadam
  18. seronok mcm tu..tak yah nak q panjang2 kat bank...tau2 jek dieorg leh tukar kan ....senang mcm tu....

    Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.

    Pohon maaf zahir dan batin….

    Moga syawal dirai meriah dan diberkati….

    Makan ketupat rendang tu ingat2 le kite heheheeheh

    BalasPadam
  19. Bagaikan satu kemestian nak bagi duit bersampul nampak best sikit. Tapi kakak sejak 2 tahun ini bagi budak yg keluar-masuk rumah nak beraya hulur aje sorang 2 ringgit tak guna sampul sebab yg nakal dia ambil duit terus buang sampul kat kusyen kita bersepah... Anak saudara/sepupu-sepapat/mak-pak sedara baru kakak masuk sampul..

    Mengambil kesempatan ini kakak nak ucapkan selamat hari raya dan mohn maaf atas apa juga salah silap kakak ye...

    BalasPadam
  20. Bestlah gomen dpt bonus..sy ni company kecik ja..bonus pun utk org yg dh keje lama..yg baru keja tggu gaji la jawapnya...

    BalasPadam
  21. jd kemestian de duit raya utk budak budak kan

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...