Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140721

Tart nenas mudah-mudah


Sekarang ni, sikit punya hal pun boleh bawa gaduh. Puasa kot. Macam semalam, pasal lupa nak beli air batu pun nak jadi gaduh besar. Aku lupa nak cakap air batu dah habis, lepas dah sampai muka pintu rumah, lepas keluar beli lauk basah. Lepas dua-dua orang penat termasuk si kecil Luth pun penat.

Laki aku pun, tak boleh cakap perlahan-perlahan. Dah tahu, bini jenis sensitif tak boleh suara kuat-kuat. Nanti dia sentap. Bila dia sentap, dia akan mengungkit semua benda. Kekonon, bini ni je yang buat kerja dalam rumah tangga ni. Kekonon semua benda dia kena ingat, walaupun hal lupa nak bagi tahu air batu dah habis je pun. Ah, sensitif sungguh. Kecil sungguh hal nak buat gaduh. 


Sebenar-benarnya bukan hal sebenarnya, bukan pasal hal batu. Pasal macam mana laki nak layan bini. Dan macam mana bini nak terima jenis laki yang cakap biasa dengan nak gaduh, nada macam sama. Okey, hal semalam dah settle pun.

Malam semalam juga aku mengentel biskut raya lagi. Hari tu, rasanya dah cakap malas dah nak buat biskut raya. Tak larat nak berperang dengan Luth. Tapi sebab laki kesayangan hamba yang request nak bini kesayanganya buat biskut tart maka aku kuatkan semangat buat juga. Biasalah lepas dah berbaik-baik. Minta apa pun bagi. Isteri solehah kan. 



Line semua clear, tuan kecil Luth tidur awal. Maka aku pun memulakan proses mencampur adukkan pastry tart nenas. Jem nenas aku beli dah siap. Sebenarnya aku dah beli 2 biji buah nenas ingat nak buat jem. Satu dibuat gulai bersama ikan kering oleh ma aku. Dan tidak lama kemudian dibuat paceri nenas oleh ma aku juga sebab tengok tak bergerak-gerak nenas aku. Maka sudahnya belilah yang dah siap.

Tak sempat nak berkembang mekar dan beranak pinak bunga tart aku, Luth dah bangun tidur. Tart seterusnya menekap sambil beriba Luth.

Kering tekak lepas teriok

Air mata anak lelakiku yang bangun tidur. Air mata dan tidur tidak dapat dipisahkan. Nak tidur pun berair mata, nak bangun pun berair mata. Hapuslah air mata anakku..

Bersambung..

Ceh..ceh

31 ulasan:

  1. hehe..biasalah tu laki bini
    lidah pun boleh tergigit

    anyway saya tak penah buat bskut raya
    sejak berkahwin
    readon paling kukuh, tak ada oven...hehe

    BalasPadam
  2. Cantik tuh. Nak sikit.

    BalasPadam
  3. penat pun tetap seronok buat kuih raya sendirikan PB..
    teringin tapi nak buat camana keadaan tak mengiizinkan..

    BalasPadam
  4. suka sgt tart..dh beli bhn..buatnya tak juga..lps2 rayalah tu

    BalasPadam
  5. Kira rajin juga lah PB.. ada sikecik pun rajin juga buat biskut sendiri :)

    BalasPadam
  6. Haha...teringat kami berdua...lebih kurang tu la...

    Rajin noo buat biskut raya!!

    BalasPadam
  7. jadi la jugak tart.ni dok nk buat tart x buat ni.bl xtau nk buatnya

    BalasPadam
  8. ada juga hasilnye..rajin buat tart..tart nenas memang tak jemu kan makan..

    BalasPadam
  9. Ko xde rase mcm nak lalu sri gombak smbl bawak balang kuih ko tuh skit ker???..larikkkkkk..wakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jem oh gombak.. jem rumah aku banyak dah..

      Padam
  10. feveret tart nenas bunga ni
    tak suka tart gulung

    BalasPadam
  11. feveret tart nenas bunga ni
    tak suka tart gulung

    BalasPadam
  12. Darah muda lagi ni cepat aje nak terguris... kalau dah tua macam kakak dgn abang ni dah tak ada apa lagi nak dikecilkan hati. Masing-masing dah masak-ranum faham:)

    Kakak tahun ini tak buat pun tat nenas. Ingat nak beli ajelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah Kakzakie, klu ada benda2 kecik tu dah malas dah nak kecik2 hati, buang masa shj...baiknya teruskan kehidupan cam biasa, nanti kita jugak yg bahagia...

      lagi pun golongan org lelaki/suami ni pun kadang-kala bukannya faham/tahu bini dia kecik2 hati ni..

      Padam
  13. baguih nyer buat kuih... x pernah g wat kuih raya ;)

    BalasPadam
  14. agagagaga terliur tgk tart. bskut fav sy tuuuuu. nak skit. huhuhu

    BalasPadam
  15. pergghhh sedap tu...mama irfan ni malas buat kuih raya

    BalasPadam
  16. berikan daku kekuatan nak buat sekuk raya banyak jenis mcm ko jugak~~!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko puji aku ke? org lain puji aku tak rasa segan.. kalu ko puji aku rasa malu..
      malunya.. sb aku tahu ko sebaya aku.. aku bru nk bljar..

      Padam
  17. rajin sunggoh weh..kaksura ni tak dan..nak tggu si kecik tido..last2 Umi dia yg tido dulu..butter kat peti ais tu kejap keluar kejap masuk..huhu..:)

    BalasPadam
  18. Rajinnya. Kita nak masak lauk buka pun x dan apatah lagi nak buat biskut

    BalasPadam
  19. Rajinnya. Kita nak masak lauk buka pun x dan apatah lagi nak buat biskut

    BalasPadam
  20. Salam kenal dari cheq da..follow blog..

    BalasPadam
  21. As salam. Selamat membuat biskut raya, ye? Abe Kie singgah sini n follow. no 329. jemput ke blog sy. tq.

    BalasPadam
  22. biasalah tu PB, orang lelaki selalu nak juga apa yg dia rasa nak.layan jerlah. rjin PB ada anak kecik pun smpt buat kueh raya..

    BalasPadam
  23. Ni dah ikut perangai sapa ni tajuk lain, tetiba cerita lain yang dibuat entri utama. Hehehe. Okeylah tu, PB dapat gak buat tart nenas tu walaupun anak teruna beriba sentiasa, berairmata selalu. Yang di rumah sebelah sini, takda siapa pun kacau pabila larut malam tapi tidur itu lebih nikmat dari buat kuih kat dapur tau :)

    Bulan puasa, angin puspus memang suka datang walaupun kecil je sebabnya. Dugaan untuk tambah dosa je sebenarnya. Bertabahlah jadi orang perempuan ni. Gaduh manja ke, gaduh besar ke bila tiba hal rumahtangga, memang kita je yang salah. Maka kita ajelah yang kena mengalah. Dah namanya laki kita kan, nak wat camna :)

    BalasPadam
  24. adat rumahtangga..mesti ada gaduh2...tapi baik balik...

    rajinnya PB...sempat lg buat tart tu

    BalasPadam
  25. bagus bagus rajain buah biskut...mlm kang sy bru nk smbung buat..tgu ank dara dua org tido dlu

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...